Category Archives: Keusahawanan

Siapa Lim, Amy Dan Anwar?

Siapa mereka diatas?. Satu persoalan yang tak terlalu hangat untuk diperkatakan, tetapi banyak nilai yang boleh diambil dari mereka ini.

Siapa Lim Guan Eng

Kawan aku ada hantar mesej mengenai Lim Guan Eng. Boleh percaya ke dia?. Aku jawab, “Entah la, aku pun tak berani cakap. Tapi yang aku tahu, dialah satu-satunya pemimpin bukan Islam yang menjadikan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai mentor“. Siapa tak kenal dengan dia, Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru. Tapi aku baru baca dalam Tranungkite Online tentang Lim Guan Eng. Mari kita lihat dibawah.

I popped my head round the curtain that veils First Class and Economy Class and guess who I saw sitting in the front row seat of Economy quietly reading the newspapers?


YAB Mrfirst C. Lim, you have my deepest respect. You have made history by being the hief Minister in this country to sit in Economy Class whilst in office as Chief Minister. You really mean what you say when you talk about cost-cutting. Sir, you have shown me leadership by example
– Petikannya dari sini

Siapa Pula Amy

La… siapa la lagi kalau bukan penyanyi rock lagenda Malaysia, Amy Search yang ada restoran masakan laut cina yang dinamakan Restoran Cheng Ho di Wangsa Maju (ingat nak pergi makan kat sanalah minggu depan) dan berhasrat pula nak buka Ma’ahad Tahfiz di Johor. Mari kita lihat dibawah.

KUALA LUMPUR, 6 Mei: Percaya atau tidak, penyanyi rock terkenal Amy Search, akan membuka sebuah maahad tahfiz bernilai RM3 juta di Johor tidak lama lagi?

Tetapi itulah yang sedang dirancangkan oleh Amy sekarang. Bagi mempastikan ia menjadi kenyataan, Amy telah memberikan penerangan secara sepintas lalu kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berkunjung ke kedai makannya, Restoran makanan Cina Islam Cheng Ho di Wangsa Maju baru-baru ini.
– Petikannya dari sini
 
Siapa Anwar
time-dsai-100.jpg
Siapa lagi kalau bukan Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang dipecat oleh Tun Mahathir semasa pemerintahan beliau. Malas nak cakap banyak-banyak, cuma empat hari yang lepas beliau telah dinobatkan sebagai 100 Individu Yang Berpengaruh di Dunia oleh majalah Time. Anda boleh baca petikannya di sini
Siapa mereka?, merekalah manusia yang biasa yang luar biasa. Wallahu A’lam Bissawab.

Cakap Banyak Pun Tak Guna

Memang ha*** j****h. Tak tau nak cakap apa. Dah la ekonomi turun tak naik-naik. Masa sebelum PRU-12 hari tu cakap naik. Sekarang ini dah tak tahu nak cakap macam mana. Makanan ruji rakyat Malaysia pun dan melambung-lambung. Dari harga beras RM 19.00 sebelum pilihanraya, kini naik RM 11.00 menjadikan kini harga beras untuk 10kg (5% peratus kandungan hancur) menjadi RM 30.

sebagai seorang penngguna dan juga seorang pengusaha, aku memang terasa berat dan susah hati. Nak bagi makan apa pada anak bini lepas ni kalau tiada tindakan yang kerajaan ambil untuk menghalang perkara ini berlaku. Tututan MTUC untuk mengkaji semula gaji minimum masih lagi tak dengar cerita. Kerajaan buat bodoh sahaja. Jika masalah gaji para pekerja masih tidak dapat dikaji, bagaimana pula “gaji” para peniaga?

Masalah yang dicadangkan MTUC patutnya disegerakan. Semua untuk kebaikan rakyat Malaysia. Jangan sampai bila dah tersungkur baru tergadah. Jangan bila Pakatan Rakyat ambil alih kerajaan, baru BN nak bising itu, bising ini. Tapi bila berkuasa langsung buat-buat tak dengar apa yang rakyat suarakan.

Pada yang tak terasa dengan kenaikan harga sekarang ini, aku harap lepas ni undi la lagi BN. Biar tambah lagi derita rakyat Malaysia yang tak kaya ini. Biar yang kaya bertambah kaya, dan yang miskin bertambah miskin. Biar semua papa kedana dalam negara yang MUHIBBAH ini….

Usahawan Sombong

Jangan salah faham dengan tajuk diatas. Tapi ia memang merujuk kepada sesetengah orang yang menganggap mereka sudah cukup ilmu di dada. Padahal mereka masih lagi melutut pada not hijau, merah dan biru dan terkial-kial untuk memenuhi kehidupan seharian. Apa bezanya usahawan yang dicipta dengan usahawan yang lahir semulajadi dalam diri. Kedua-duanya juga dipanggil usahawan. Dan kedua-duanya juga tidak tahu masa depan mereka itu berjaya atau tidak. Sama sahaja. Tak ada bezanya. Sama-sama berusaha untuk kejayaan.

Bukan semua usahawan itu bijak mengatur perniagaan. Disebabkan usaha dan pembelajaran yang berterusan menjadikan mereka hebat. Tapi ada juga yang bongkak dan sombong untuk tidak belajar dan diajar. Mereka mempertikaikan orang yang mengajar, mereka mempertikaikan usaha orang yang mengajar, mereka mempertikaikan orang yang mahu menolong mereka ke arah yang lebih baik dengan membandingkan dengan usahawan yang ternama tetapi rendah taraf pendidikannya.

Jangan samakan diri kita dengan Syed Mokhtar Al-Bukhari, Bill Gates, Boon Siew. Mereka berjaya dengan pembelajaran pengalaman hidup yang berterusan yang menjadikan mereka berjaya. Mereka pernah hidup susah, hidup merana dalam gundah gulana. Tapi adakah kita lihat akan kesusahan itu?. Janganlah jadikan mereka sebagai alasan untuk tidak menerima ilmu dari orang lain. Ya!, kita tahu bahawa mereka ini tidak belajar tinggi tetapi berjaya. Tetapi ia bukan lesen untuk seorang bakal usahawan meletakkan diri kita pada tempat mereka. Dan tak salah jika aku katakan bahawa mereka juga belajar dalam erti kata secara tak formal dari orang sekeliling dan juga orang perseorangan. Kita tak tahu kemampuan diri mereka semasa mereka sedang membina kejayaan mereka, adakah kemampuan kita setara dengan mereka?. Persoalannya, adakah kita sanggup bersusah payah seperti mereka berusaha untuk membina empayar perniagaan mereka ke tahap ini.

Sifat besar diri dalam menerima ilmu tidak membawa kemana. Nanti hanya menjadi bahan ketawa orang lain. Dah la bodoh, sombong pulak tu. Anggap diri bagus, tapi kenapa masih berada di sini, bersama-sama kami yang dikatakan “bodoh” untuk dicelup dalam bidang keusahawanan ini. Kalau sudah hebat, kenapa masih lagi merayu-rayu untuk dapat kontrak sana sini. Kalau sudah banyak ilmunya, kenapa masih belajar dengan kami yang kononnya tak ada syarat untuk jadi usahawan ini?. Fikirkan lah! 

Diriku Seharian

Pagi kul 5.00 pagi aku dah bangun, tak tau kenapa tetiba aje aku bangun awal pagi ni… selalunya kul 6.30 pagi baru nak bangun itupun rasa malas yang amat.. tapi kewajipan solat Subuh tu penting.. tapi kekadang tu termiss gak… kul 7.00 pagi baru amik wudu’. Tapi pagi ni, awal…. nak gi surau, terasa awal lagi. Tersentak kejap pemikiran aku melayang apa yang aku nak buat pagi ni. Nak kerja tapi kerja tak ada, bisness jalan, tapi prospek baru tak ada… hanya yang ada list prospek lama yang aku simpan tapi tak tau bila nak jumpa. Terasa nak tidur semula, tapi mata terkelip-kelip tak dapat tidur… arghhh!!… nak buat apa ni…. Kul 5.50 pagi dah dengar azan Subuh… tapi time ni pulak mata dah nak tidur semula… ish, ish, ish… hampeh punya setan…. time aku rajin nak gi solat kat surau, time ni la ko sibuk nak mengantukkan aku.

Habih solat jemaah, aku jalan balik umah… rumah ‘tumpangan’…. aku tumpang rumah kawan dalam sebulan setengah sementara nak pindah umah baru. Hidup aku rasa macam ‘porak-peranda’ kejap sebab tak ada rumah sendiri…. nak solat pun susah… nak tak nak kena tahan… nasib baik surau dekat ngan rumah tu. Kul 8.00 pagi aku dah kuar… tapi kuar dengan tak tau arah nak pegi mana… nak duk umah?… ish… lemas aku… terpaksa la lepak kat umah kawan aku…. boleh layan citer katun baru..

Tapi bila pikir-pikirkan.. aku dah rasa macam banyak perubahan pada diri aku sendiri… cam ne aku nak hadapi esok hari pun aku tak tau. Seminar yang aku pegi semalam tu ada beritahu aku – MANUSIA TIDAK MERANCANG UNTUK GAGAL TETAPI MANUSIA GAGAL UNTUK MERANCANG – aku rasa aku memang gagal untuk merancang… akan tetapi rasanya aku masih sempat untuk merancang kejayaan untuk diri aku sendiri.

Bila malam menjelang, aku masih lagi memikirkan apa yang perlu aku buat untuk terus mencari apa yang aku nakkan. Prospek baru dah muncul, tetapi peluang tu aku saja buka sikit aje… tak reti atau takut… ntah la.. perlu lagi motivasi untuk diri aku… mungkin aku agak jauh dengan Allah rasanya… astaghfirullah…. rasanya dan patut bagiku mencari pengisian rohani untuk membetulkan diri aku semula…

Terfikir; alangkah beryukurnya aku menjadi muslim kerana aku boleh mengadu nasibku bila-bila terus dengan-Nya… alhamdulillah… terasa aman dan tenang… alhamdulillah…. terasa sedih tetapi gembira… alhamdulillah… hanya Engkau yang aku meminta pertolongan… amin…