Category Archives: Kartun

Apa Hebatnya Penyokong BN?

Aku malu dengan pendapat dan kenyataan seorang rakan seuniversiti satu ketika dahulu. Memang aku tahu dia penyokong Kerajaan BN. Bagi aku itu hak dia. Tapi apa yang aku kesalkan ialah tentang apa yang dibicarakan tentang politik di Malaysia amat dangkal sekali bagi seorang yang mempunyai Ijazah. Tak sama taraf dengan padangan orang lain, malah lebih dangkal pembicaraannya dari orang yang tidak belajar tinggi sepertinya.

Kemana semua kemahiran yang dipelajarinya semasa di universiti untuk “mengorek maklumat”. Zaman yang penuh dengan informasi di hujung jari tetapi tidak digunakan sebaik mungkin untuk mendapatkan isu-isu “gah” bagi melawan orang “pembangkang” seperti aku.

Tetapi aku kecewa. Tak berbaloi hanya melawan isu-isunya yang patutnya sudah pupus sejak zaman Tun Ghafar Baba dahulu. Itu sahaja isunya. Isu-isu yang secara akademik, sosial, ekonomi langsung tak disentuh dan bila dinyatakan isu ini kepadanya dijawabnya lain dan menyerang aku secara peribadi. Langsung tak berkaitan. Mereka inikah yang aku mahu lihat memimpin Malaysia?… Oh tidak… Nau’zubillah!.. Tiada kaliber, tiada karisma, tiada maklumat tapi bodoh sombong dan angkuh.

Apa hebatnya UMNO dan BN kalau penyokong-penyokongnya hanya menggunakan isu seperti ini:

1) Sokonglah BN kerana hanya BN dapat bagi kemajuan

2) Sokonglah UMNO kerana menjaga ketuanan Melayu, Hidup Melayu!

3) Sokonglah BN kerana bagi subsidi minyak, buat jalan raya, buat sekolah

4) Sokonglah BN kerana sudah memerintah lama

5) Sekonglah BN kerana negeri-negeri BN sahaja yang kaya (padahal negeri Sabah rangking negeri termiskin di Malaysia di ikuti Terengganu – kedua-dua negeri di bawah pemerintahan BN)

Setahu aku, semua isu ini dah lapuk. Sudah basi. Google sahaja dah dapat info itu, info ini. Tak payah susah-susah cari. Tetapi tak apa.  Ada otak pakai, ada telinga dengar, ada jari ‘klik’, ada mata baca, ada mulut sebarkan. Jangan jadi seperti mereka yang syok sendiri. Biarlah Luncai terjun bersama labu-labunya. Haha.

Sedih, sedih.

Polis: Anti Rasuah?

rasuah.jpg 

Lukisan oleh Zunar

Kartun Punya Cerita

Haaa… seminggu ni apa keje pun tak jadi, ni pasal Naruto, Bleach ngan Smallville Season 4 & 5 punye pasal. Sehari suntuk selama beberapa hari aku hanya kuar cari makan takpun update blog ni aje, yang lain layan katun.

Naruto dah nak abih layan, dari 1st episode sampai ke 140… tapi ade lagi tu tak abis. Bleach plak baru tengok lapan episod. Pastu citer mengarut tapi mendapat sambutan aku iaitu Smallville season 4 dah abis dah (tak yah nak layan lagi citer ni tiap minggu kat TV3…. jadi tukang citer kat adik-adik aku masa dorang citer ni kat tv… marah dorang kat aku.. hahahahaha), next season 5 baru nak mula… (bila la si Clark ni terbang pun aku tak tau).

Citer katun Initial D dari 1st stage sampai 4th stage dah khatam dah… Tu tak masuk lagi citer yang jarang orang lain tengok cam Samurai Champloo, Budak Getah.

Boleh dikatakan idup aku selubungi katun…. hehehehe…. ditambah lagi dengan title aku yang bergelar Penganggur Terhormat di alam ni, maka lagi bermaknalah kehidupan aku seharian… hahahahahaha…

Oleh yang demikian, kepada mereka yang suka katun-katun ni, teruskan pengdownloadan kedalam PC, pastu boleh burn and share ngan kengkawan lain…. huahuahua….

….chow…