Apa Hebatnya Penyokong BN?

Aku malu dengan pendapat dan kenyataan seorang rakan seuniversiti satu ketika dahulu. Memang aku tahu dia penyokong Kerajaan BN. Bagi aku itu hak dia. Tapi apa yang aku kesalkan ialah tentang apa yang dibicarakan tentang politik di Malaysia amat dangkal sekali bagi seorang yang mempunyai Ijazah. Tak sama taraf dengan padangan orang lain, malah lebih dangkal pembicaraannya dari orang yang tidak belajar tinggi sepertinya.

Kemana semua kemahiran yang dipelajarinya semasa di universiti untuk “mengorek maklumat”. Zaman yang penuh dengan informasi di hujung jari tetapi tidak digunakan sebaik mungkin untuk mendapatkan isu-isu “gah” bagi melawan orang “pembangkang” seperti aku.

Tetapi aku kecewa. Tak berbaloi hanya melawan isu-isunya yang patutnya sudah pupus sejak zaman Tun Ghafar Baba dahulu. Itu sahaja isunya. Isu-isu yang secara akademik, sosial, ekonomi langsung tak disentuh dan bila dinyatakan isu ini kepadanya dijawabnya lain dan menyerang aku secara peribadi. Langsung tak berkaitan. Mereka inikah yang aku mahu lihat memimpin Malaysia?… Oh tidak… Nau’zubillah!.. Tiada kaliber, tiada karisma, tiada maklumat tapi bodoh sombong dan angkuh.

Apa hebatnya UMNO dan BN kalau penyokong-penyokongnya hanya menggunakan isu seperti ini:

1) Sokonglah BN kerana hanya BN dapat bagi kemajuan

2) Sokonglah UMNO kerana menjaga ketuanan Melayu, Hidup Melayu!

3) Sokonglah BN kerana bagi subsidi minyak, buat jalan raya, buat sekolah

4) Sokonglah BN kerana sudah memerintah lama

5) Sekonglah BN kerana negeri-negeri BN sahaja yang kaya (padahal negeri Sabah rangking negeri termiskin di Malaysia di ikuti Terengganu – kedua-dua negeri di bawah pemerintahan BN)

Setahu aku, semua isu ini dah lapuk. Sudah basi. Google sahaja dah dapat info itu, info ini. Tak payah susah-susah cari. Tetapi tak apa.  Ada otak pakai, ada telinga dengar, ada jari ‘klik’, ada mata baca, ada mulut sebarkan. Jangan jadi seperti mereka yang syok sendiri. Biarlah Luncai terjun bersama labu-labunya. Haha.

Sedih, sedih.

Advertisement

Posted on Disember 28, 2009, in Isu Semasa, Kartun, Kempen Pilihanraya, Otak de Lutut, Politik. Bookmark the permalink. 3 Komen.

  1. penyokong2 BN ni bukannya hebat, tapi HABAT sebenarnye! Sokong yang akhirnya mbawa rebah!!! Bukak mata hati, pelbagai isu dan masalah menyelubungi UMNO-BN. Enjin pesawat pejuang TUDM yang harganya RM50juta bleh hilang, pemimpin macam ni ke kita nak harapkan lagi???

    KIPP: Kita aje yang sedar…. yang lain entah…

  2. Tolong jangan kacau BN berikan lah peluang kepadanya untok menghembus nafas terakhirnya dengan tenang, nanti kalau dia mengelupur susah juga dibuatnya.

    KIPP: Ish… biarkan aje mengelupur.. mengelupur kita dulu dorang tak ingat..

  1. Pingback: UMNO Di Hatimu « 3K – Kaji, Kritik, Kantoi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: