Profil Kipp

kipp

KeGAGALan yang sebenar adalah GAGAL untuk bangkit semula selepas GAGAL….

Nama Pena: Kipp

Mel Elektronik: kipptriplek@yahoo.com

Kediaman: Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Tarikh Lahir: Zulkaedah 1400 Hijriah

Pekerjaan: Perunding Kewangan dan Pelajar Sepenuh Masa (sampai bila-bila)

Siapa KIPP:
Kipp
bukan nama sebenar, hanya nama ‘penablog‘ yang dicipta dari panggilan rakan-rakan sekuliah suatu masa dahulu. Berasal dari kampung pedalaman di Pahang. Membesar dan bersekolah juga di Pahang. Mendapat pendidikan awal yang berteraskan Islam hingga ke peringkat menengah. Belajar dari peringkat Diploma, Ijazah Pertama dan Sarjana di Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Pahang, Selangor dan Kuala Lumpur. Tidak pernah bekerja (makan gaji) secara tetap – kalau dikumpul-kumpul, hanya tiga bulan sahaja – dan kini menjawat jawatan bos kepada diri sendiri, kuli kepada diri sendiri dan ketua keluarga. Meminati bidang politik, tetapi hanya sebagai pemerhati dan tidak lebih dari itu.

Ceritera Blog:
Blog 3K – Kaji, Kritik, Kantoi adalah cetusan ide dari pengalaman awal penulis dalam arena penulisan blog di Malaysia. Pernah membina blog dari paltform blogdrive dan kini telah berpindah ke platform wordpress. Penulisannya meliputi apa sahaja mengikut kesukaan akal, hati, emosi dan kepala otaknya sendiri. Ruang lingkup tulisannya adalah berunsur apa-apa saja yang melibatkan hal-hal duniawi dan ukhrawi, baik yang hidup ataupun yang telah mati. Walaupun begitu, penulisan adalah berdasarkan pendapat yang waras dan mengikut fakta  yang benar tanpa sebarang prejudis. Sebarang rujukan yang digunapakai akan dikreditkan kepada sumbernya. Akhir kata, yang baik itu tentunya daripada Allah Ta’ala, dan buruk itu tentunya dari kelemahan ilmunya sendiri.

Wallahua’lam

  1. Dah tukar blog ek?… ok le tu…

    Nak tukar angin… hhuhuhuhu

  2. cantik header…nak blaja boleh?

    Tarikh Lahir:
    16 September 2006….
    [macam tak caya budak umur setahun dah pandai berblog. hehehhehe..

    maaf ek, datang ganggu je kat blog awak. anyway, thanks bagi komen kat blog saya. Jika ada kesudian, datang la selalu.

    hehehehe… terima kasih kerana singgah sini. Nak blaja tak de hal… Insyaallah… Pasal umur tu, bukan umur sebenar, tu umur aktif blog.. anyway thanks again

  3. kotak kt tepi tu kata sy boleh ‘menconteng’ kt sini..
    maka, tanpa segan silunya saya ingin menconteng arang di ruangan ini. ha ha ha..

    erm,cmne anda reply komen2 di atas dlm bentuk quote tu..? boleh ajar?

    Bolehhh… pegi kat “edit” di bawah nama si penghantar komen, pastu klik “b-quote” bawah komen tersebut dan terus menulis… selamat mencuba

  4. dh cuba dan dh berjaya~!! syabas pd diri sendirik.. hihi.. tima kasih atas tunjuk ajar encik. at least sy da blaja sesuatu yg baru pasal wordpress ni. tima kasih sekali lagi~! :)

    Tahniah… hehehehehe… sama-sama :)

  5. Assalamualaikoum.huhu..dah guna wordpress maa..huhu ..hari tu ada juga angan2 nak guna wordpress..huhu..tapi x pandai2.maklumlah takder cikgu yang ajor..apapon tahniah utk blog baru..huhu..dan selamat hari raya..maaf zahir dan batin..kirim salam kat pak itam ngan mak itam.

    Walaikumsalam… mula-mula tu memang payah gak nak guna wordpress ni. Tapi dok try hari-hari… Selamat Hari Raya ko kat sana.

  6. arghh..aku tak tau nak conteng apa…tapi thanks la sebab sudi datang melawat blog aku…aku dah link kan ko nyer blog ni…

    Apa-apa pon aku ucapkan terima kasih bebanyok… heheheheh..

  7. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

    Saudara Kipp,

    Pertama, terima kasih sebab lawat blog saya. Blog Malaysia yang paling ramai pengunjung dari Indonesia pada masa ini. Juga antara blog yang paling banyak perkataan2 yang “sopan” dalam komen2nya. Apo nak dibuek laie, sabar jo laaah.

    Kedua, ada tak komuniti bloggers Malaysia? Ingat nak join la. Saya ni masih baru sangat dalam blog memblog ni. Jadi masih goblog. Saya juga tak ada sorang pun kawan blogger.

    Sekian, terima kasih.

    Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

    Walaikumsalam… Thanks melawat blog saya gak. Sama la kita… saya ni kira baru gak berblog ni. Komuniti bloggers tu ada, tapi tak pernah nak amik tau la pulak. Insyallah, kalo saya dapat tahu nanti saya bagitau awak…

  8. nothing to say but just nak tulis2, so have a nice day

  9. me cuma singgah2 jenguk2 komen2 blog ko ini..
    esok hariraya qurban.. hati2 dijlnraya..

  10. cam ne ye nak hubungi penulis blog ini?

    Jangan risau, saya yang akan hubungi awak

  11. selamat blogging bro
    tolong 3k saya punya blog sikit
    sikit saja tau :))
    tima kasih

    Tarak hal punya bro… huhuhuhu

  12. terima kasih sudi ke blog saya…
    huuhuhu..
    lain kali dtglah lagi..

    Insyaallah….

  13. assalamualaikum…
    terima kasih kerana sudi menyelongkar blog saya..
    tak ramai yang nak menyelongkar sebenarnye..
    tapi puas.. sbab dapat bawa pembaca melancong
    wakakaakaa…. terima kasih ya..
    senang nanti saya add..

    Walaikumsalam… takde hal la… datang la lagi…

  14. aku ta nak cakap apa2 hahaha

    Tak yah cakap…tulis aje.. hehehehe

  15. thanks bro….. web lu okla banyak benda leh diambil…… teruskan sama2 kita perangi Bee End……. http://reunionunic.wordpress.com

    Yeah!!!…. betol tu…

  16. as-semanggoli

    Salam.. moga apa saja yg dicoretkan ini dapat membaw 1001 kebajikan utk ummah sejagat. Amin. Teruskan..

    Insya Allah… itulah harapannya…

  17. betul tu kipp…….. apa yg ada dpn mata jer dorg npk..
    tp apa d sblik dorg xnpk kelantan membangun…
    buka mata,buka mata dan buka mata pada org yg pk kelantan x membangun…
    cba dtg dulu dan banding dgn negeri sndiri baru leh nk ckp apa pon……
    takbir!!!!!!!!

    Takbir!!! Allahu Akbar!!!

  18. aiii…salam…

    Salam jua ke atas mu.. Sapa di sanaaa?

  19. teruskan berjuang http://reunionunic.wordpress.com sory iklan cikit hehehe site tue best

    Jangan riso, aku dah linkkan blog ko dalam “teman blog” aku…

  20. salam kipp…Tq sbb sudi bertamu ke blog sy..Sy pun msh baru dlm dunia blog ni..baru 2 bln..masih byk kena blaja..Apa2 pun tq sudi jenggut Kalam Abu Musaddad. Lain kali bertamu lagi ekkk..Pintu umah sentiasa terbuka tuk tetamu2 maya ini….

    Salam juga. Trima kasih sebab melawat blog saya. Insya Allah lepas ni kita saling lawat melawati….

  21. Assalamu`alaikum….klau oak nak tau, kome la yg selalu singgah blog oak…tp x pernah pun rasa nak menconteng…anyway tahniah dgn entry yg hangat2 blaka…

    Walaikum salam… terima kasih, terima kasih… huhuhu

  22. salam…ada kelapangan..cuba kaji dan kritik..
    “Penglibatan Media Massa dalam memboikot produk2 dari Belanda/Dutch”

    For me.. Dalam kehangatan dunia2 islam lain melakukan tunjuk perasaan menggambarkan ketidakpuasan hati mereka terhadap penghasilan filem fitna…

    Manakala, Malaysia+Islam Hadhari..agak tenang.. tindakan kita memboikot secara halus produk2 hasil keluaran belanda..perlu dipuji..kita tidak menimbulkan huru hara atau mungkin kecederaan dan mengganggu kenteteraman awam…

    TETAPI..kenapa media massa tidak memberikan kerjasama… iklan shell..iklan shampo clear..iklan susu dutch lady masih lagi dikeluarkan..

    I know… semua company terbabit telah membayar untuk iklan mereka agar dikelurkan di media-media massa… cuma agak terpanggil untuk saya suarakan MALAYSIA+ISLAM HADHARI…
    Apakah maksut boikot itu… Apakah fungsi kerajaan.. saya tidak mahu terbabit dalam keputusan kerajaan kita keranan masih membenarkan sesuatu yang menghina agama kita secara terang-terangan.. nauzubillah.. apabila allah turunkan sesuatu bala itu.. nauzubillah…

    Hmmm… sukar juga nak jawab persoalan ni. Media massa perdana especially pro-kerajaan yang sememangnya hanya mendedahkan perkara “permukaan” sahaja, perkara “dasar” pulak tidak disentuh langsung. Apatah lagi jikalau perkara tersebut memberi banyak keuntungan kepada mereka. Sudah pasti mereka menjaga sumber “periuk nasi” dorang sendiri, tak kisahlah jika ia menghina Islam atau tidak, janji WANG dan NAMA. Dan nak bagitau sekali lagi, Islam Hadhari adalah tidak wujud sama sekali dalam jiwa saya sebagai umat Islam yang mencintai Allah dan Rasulnya. Islam Hadhari adalah bawaan Pak Lah sebagai “imam” untuk survival politiknya di Malaysia. Itu sahaja. Terima ksih kerana menjenguk blog yang tak seberapa ini.

  23. Kipp..

    Macam moto Kawasaki Kips.

    Bergaya, pantas, teguh, kukuh dan laju.

    Semoga prestasi anda sehebat Kawasaki Kips :)

    Hehehehe… boleh diterima, boleh diterima… Begitu juga engko… terima kasih..

  24. salam,saudara kipp,
    komentar anda ttg hedonisme d mlaysia kini agk interesting,sstu yg mmg sdg mnular dan mnjadi polemik utama d zmn kita skg.sy tertarik utk mmbincangkan masalah ini dlm assignment utama sy skg,cumenye,masih blm mndapat tajuk yg btul2 ssuai dlm skop hedonisme itu sendiri.
    kalau2 saudara ade cdangan n idea2 yg bleh dkongsi hrap dpt email or Ym sy d hana_flores@yahoo.com.
    syukran jazeelan.

    Ok.. nanti saya e-mailkan

  25. nice blog..

    sgt kelakar dan bermaklumat,

    tp kenape name kipp?

    kipp in touch ker??

    hehe..

    gurau!
    -hv a gud day-

    Kelakar ke blog aku nih.huhu. “Kipp in touch” tu kira ok gak la… hehe

  26. asli Pahang ke,ni,,kawe gak ale ..Merapoh ke?

    Oh… aku bukan orang asli Pahang la… orang asli kat betau… huhuhu

  27. salam…~
    nak nanya ni..byk gak…
    slh satu nye…dlu mmg student kutpm ke?

    Yup!..

  28. salam…abang long!mantap!
    how things going?
    ok,adioss.
    wassalam

    Salam gak… hola!…

  29. Salam…
    Just nak ucap taniah..cantik,padat,bernas kat blog sahabat ni…suka baca pendapat org muda yg terbuka minda,hati dan jiwanya…
    Dr sahabat ko yg dulu2

  30. salam kipp! haaa… aku nak advertise leh ke? hahaah.. fabrik2 terkini di blog aku! click ah! tq2

    KIPP: Bleh… aku tak de hal.. komisyen brape?

  31. assalamualaikum… bersua kembali sahabat.
    lama betul xjumpe…
    sekaring memasing dah berumahtangga dan beranak pinak.
    harapnye ukhwah antara kita semua berkekalan…

    KIPP: Insya Allah.. begitulah hendaknya… aminn

  32. thx sbb singgah blog aku. anyway, keep up a good work in blogging.

    KIPP: Terima kasih sebab singgah…

  33. kipp…air kencing kau warna apa yea…biru ker hijau?

  34. Emm menarik dan saya tertarik dan ingin memetik sebahagian … TK

Tinggalkan komen