Category Archives: Artis
Jangan Takut Dengan Tarikh 16 September
Itulah yang dikatakan oleh Najib Tun Razak. Dalam takut kena tunjukkan keberanian. Barulah ada tokoh kepemimpin yang gagah berani. Haha.
Tapi betul ke Najib tak takut? Kalau nak tunggu cerita dari media kerajaan tentang perkembangan Anwar Ibrahim memang susah la. Lagi cerita pasal liwat pun makin sayup aje. Entah kemana menghilang. Nak juga aku tengok sekali lagi tilam bawak tutun naik mahkamah. Mungkin lepas ini Akta Tilam pula akan dibuat pula lepas ni.
Nak tahu pasal Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim dan lain-lain pembangkang kerajaan BN/UMNO, nak tak nak kena la belek Harakah, Siasah, Suara KeADILan dan lain-lain lagi. Kalau tak belek macam tu, aku rasa seakan-akan “bagai manusia dibawah UMNO“. Tak ada perkembangan minda, asyik syok sendiri.
Cakap pasal syok sendiri, mungkin 16 September 2008 yang dicanangkan Anwar Ibrahim nampak macam tu juga. Mungkin juga tidak. Mungkin retorik, mungkin juga realiti. Alih-alih MP Sabah jadi taruhan, maka yang di Sabah nafi 100% tak terlibat. Nak percaya atau tak mahu percaya kita tunggu 16 September nanti. Bukan lama mana pun, seminggu dua lagi.
Orang PKR dah yakin benar akan memerintah Malaysia nanti. Katanya 43 MP BN akan masuk PKR. BN senyap. Macam benar perkara ini berlaku. Tak ada media kerajaan yang meceritakan hal ini, ataupun aku yang tak tengok TV… ye la, Ramadhan ni kalau dengar cerita dari media kerajaan macam menambah dosa aje. Huhu.
Lagipun kalau nak mengharapkan BN/UMNO nak jaga Malaysia…. kita sudah sekian maklum. Bukan boleh percaya sangat pun. Dah 51 tahun merdeka, tapi minda masih dijajah juga. Bawa Avril buat persembahan merdeka. Nak tanya BN/UMNO ni, apakah signifikan bawa penyanyi luar negara melompat-lompat di tanahair kita sempena merdeka? Mana otak anda? Mana maruah anda yang beri permit tu? Bila wartawan tanya orang seni (bukan semua) jawapannya juga macam otak di kepala lutut. Tak reti nak hargai kemerdekaan. Itu la sebab ada yang sanggup letak bendera terbalik, sebab minda pemimpin dah tunggang-langgang.
cakap pasal bendera – Jalur Gemilang – yang tak berapa nak gemilang ni, ada yang letak bendera terbalik. Pak Lah marah sangat. Biadap katanya. Tapi pernah tak tanya apa sebab?. Lagi bila buat kajian tentang bendera sudah berkurangan di letakkan di kenderaan, Shafie Apdal jawab, jangan tunggu kerajaan bagi bendera baru nak letakkan pada kereta. Bagi aku, kalau kerajaan bagi pun aku mungkin simpan aje. Nak letak pun malas. Bukan tak hormat dengan bendera, kerana bendera bagaikan panji. Jatuh panji, kalah negara. Tapi kalau pemimpin korup, awal-awal negara dah kalah. Tak perlukan panji untuk dijulang. Buat malu aje.Dan sekali lagi, pernahkah pemimpin ini bertanya, apakah sebab ini berlaku?
Biarlah 16 September ini walau dikatakan retorik leliur Anwar Ibrahim oleh BN/UMNO, aku doakan agar ia menjadi realiti. Mahu melihat perubahan. Kalau tak berubah juga, PRU-13 pula jadi taruhan!
Akedemi Fantasia: Apalah Kami Sebagai Siswazah….
Tiga, empat hingga lima tahun bertungkus lumus memerah otak untuk mendapatkan segulung ijazah. Dengan istiadat konvokesyen yang dihormati, graduan penuh ceria berjubah dan bertopi empat segi tersenyum dengan penerimaan sehelai kertas yang akan menentukan hidupnya selepas itu. Akan tetapi istiadat itu kini tidak dianggap sebagai satu perkara yang bernilai, ianya boleh digunapakai kepada “pelajar” yang hanya perlu belajar hanya dalam tempoh 10 atau 12 minggu untuk mendapat taraf graduan tersebut. Tidak perlu tugasan, tidak perlu kerja rumah, tidak perlu kekalkan CGPA atau GPA pada tahap “kepujian”, tidak perlu semua itu, hanya nyanyian dan undian, mereka mendapat hak yang sama dengan graduan universiti ini.
Walaupun di Akedemi Fantasia, pelajarnya juga belajar, sama dengan pelajar universiti yang belajar, tetapi tekannya lebih tinggi kerana ia melibatkan kewangan, masa, tenaga, pengetahuan yang lebih banyak berbanding dengan rancangan hiburan yang hanya menumpukan kepada keuntungan semata-mata. Secara jujurnya aku melihat (kali pertama aku melihat secara langsung final A.F iaitu A.F 6) ia sebagai memperli pelajar universiti dengan jubah dan topi empat segi ditambah pula dengan “istiadat penganugerahan” yang sama dengan konvokesyen. Ini memperlihatkan graduan universiti ini tiada yang istimewa selepas belajar tiga hingga lima tahun dengan pelajar yang belajar sepuluh atau dua belas minggu. Keistimewaan itu hilang dek populariti dan juga hiburan yang mendatangkan keuntungan.
Apalah kami sebagai siswazah jika dibandingkan dengan pelajar A.F ini. Mereka mendapat lebih banyak maafaat walaupun hanya belajar selama beberapa minggu berbanding pelajar universiti yang belajar betahun-tahun lamanya untuk mendapatkan sehelai kertas sahaja, bukan wang tunai puluh ribu ringgit, bukan apartment, bukan kereta, bukan piala, hanya segulung kertas yang dicop mohor universiti sahaja, itupun mereka (orang hiburan) nak tiru “istiadat” yang kami banggakan ini. Dan selepas ini orang hanya tersenyum bila melihat gambar graduan di hari konvokesyen sambil berkata, “Kalau setakat nak bangga dengan gambar konvokesyen, baik masuk A.F aje, dapat juga pakai jubah konvo…. tak payah buang masa“.
Siapa Lim, Amy Dan Anwar?
Siapa mereka diatas?. Satu persoalan yang tak terlalu hangat untuk diperkatakan, tetapi banyak nilai yang boleh diambil dari mereka ini.
Siapa Lim Guan Eng
Kawan aku ada hantar mesej mengenai Lim Guan Eng. Boleh percaya ke dia?. Aku jawab, “Entah la, aku pun tak berani cakap. Tapi yang aku tahu, dialah satu-satunya pemimpin bukan Islam yang menjadikan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai mentor“. Siapa tak kenal dengan dia, Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru. Tapi aku baru baca dalam Tranungkite Online tentang Lim Guan Eng. Mari kita lihat dibawah.
“I popped my head round the curtain that veils First Class and Economy Class and guess who I saw sitting in the front row seat of Economy quietly reading the newspapers?
YAB Mrfirst C. Lim, you have my deepest respect. You have made history by being the hief Minister in this country to sit in Economy Class whilst in office as Chief Minister. You really mean what you say when you talk about cost-cutting. Sir, you have shown me leadership by example”
– Petikannya dari sini
Siapa Pula Amy
La… siapa la lagi kalau bukan penyanyi rock lagenda Malaysia, Amy Search yang ada restoran masakan laut cina yang dinamakan Restoran Cheng Ho di Wangsa Maju (ingat nak pergi makan kat sanalah minggu depan) dan berhasrat pula nak buka Ma’ahad Tahfiz di Johor. Mari kita lihat dibawah.
KUALA LUMPUR, 6 Mei: Percaya atau tidak, penyanyi rock terkenal Amy Search, akan membuka sebuah maahad tahfiz bernilai RM3 juta di Johor tidak lama lagi?

BN Atau Siti Nurhaliza Yang Terdesak?
Be End yang mendesak dan terdesak
Iklan TV yang penuh dengan desakan suruh mengundi Be End
Pak Lah dan Najib terdesak keliling Kelantan buat “roadshow“
Rakyat Kelantan didesak untuk mengundi Be End supaya Be End dapat minyak dan gas asli
SPR terdesak membatalkan penggunaan dakwat kekal
Untuk mendesak kemasukan pengundi yang umur lebih 100 tahun. Sila check nombor kad pengenalan dibawah untuk mengetahui umur pengundi yang masih ada di dalam sistem SPR
801018775059 800311086231 811028045577 830416610017 841207065917 851222740019 850513106435 851117106729 850802106378 850916086838 860320145365 861101105077 860208145701 860320145357 861217145011 860126145839 871205740015 870914105781 870418105790 871016146308 881231100432 881103750027 880505066047 880906087033 881030136332 891102740096 891129740088 890520610089 890112146416 890920076065 890403615016 910609755079 920622710069 920612740045
Be End terdesak hingga guna artis untuk berkempen, sedangkan artis tu tak lagi daftar diri untuk mengundi. Sebagai contoh artis ini yang berkempen di Gemas dan mengatakan, “Mengundi adalah tanggungjawab setiap rakyat dalam menentukan masa depan negara, maju ke hadapan atau sebaliknya“.
Cuba check dekat SPR jap. Ada ke tidak.
Adakah Siti terdesak kerana popularitinya makin menurun?
Dan akhirnya Be A juga yang TERSEDAK sekejap…..
p/s: Terima kasih pada Surat Dalam Botol kerana info ini.
AJL-22 Dan Faizal Tahir
Terhibur bila menonton AJL ke-22. Lagu dan persembahan yang menarik yang menaikkan bulu roma aku. Walau bagaimanapun, terasa kesian bila terkenangkan nasib si Faizal Tahir. Bukanlah minat sangat kat dia, tapi lagu yang dia bawa tu memang layan. Dua lagunya masuk ke final AJL ke-22, dan disebabkan Angan dan Sedar membuka baju di khalayak ramai menunjukkan logo Supermen Untuk Kamu semua di dada dia, maka dia di Sembunyi. Semua orang mengecam tindakan beliau dan hilanglah Harapan untuk beraksi di pentas AJL. Dah la di gam, royalti kena tarik tambah dengan hukuman buat kerja kebajikan… aduhhh. Pedih dan letih bila dikenangkan. Maka hilang Maha Karya Cinta dan Kasih Tercipta kerana dek terlebih aksi (over acting) dia atas pentas. Habis disambar Fiq dan Bob. Kesiaannn… nak buat camne, bukan rezeki dia.
Ada juga terfikir tentang si Faizal Tahir ni, sebelum jadi naib juara OIAM dulu tu, memang dia ni orang dah kenal dalam dunia nasyid tempatan. Dan bila dia masuk realiti tv tu, macam tak percaya. Kenapa dia nak beralih arah? Mahu kejar apa? Populariti ataupun memenuhi kepuasan diri? Apa Destinasi Cinta beliau dalam dunia hiburan ini?. Dan akhirnya disebabkan sikap agak keterlaluan tu menyebabkan dia entah ke mana, yang nak kejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Maka hilanglah coretan Ceritera Cinta dia dalam dunia yang dia pilih sendiri.
Dalam AJL ke-22, lagu dia si Fiq dan Bob nyanyi, dan langsung tak ada sebut pun pasal dia atau nama dia. Wah! memang gam habis… pantang nenek moyang!!!. Mungkin ada hikmahnya disebalik kejadian tu. Mungkin juga ia satu peringatan daripada dia dihanyut Samudera dalam dunia populariti. Dan diluar sana mungkin ada Farhana dan juga Balkis yang kecewa dengan ketiadaan Faizal Tahir di AJL ke-22. Dah takdir kata begitu, maka begitulah adanya.
Kata orang atasan dunia hiburan, “Bukan Janjiku untuk dia berada di pentas AJL yang akan datang. Kalau Dirgahayu (panjang umur) Faizal Tahir, mungkin ada la rezeki dia selepas ini“. Dan lagu yang paling sesuai untuk aku pilih untuk ditujukan khas kepada peminat Faizal Tahir – Izinkan Ku Pergi…..
p/s: Kalau setakat lelaki tunjuk dada tu tak hal la sangat, bukan aurat pun. Lagipun dada si Faizal tu bukannya seksi sampai nak kena tindakan macam tu. Yang patut kena gam tu ialah artis wanita yang remaja, muda dan tua yang patut bergelar nenek yang tayang “lurah dendam” kat orang ramai. Tu tak masuk lagi artis tangkap gambar bogel sendiri. Itu yang sepatutnya kena ambil tindakan!. Barulah adil.
Cerita
Lepas kejadian handset aku hilang ari tu, aku lepak kat kampung seminggu. Dengan gelaran Penganggur Terhormat, maka aku gunakan masa sepenuhnya dengan kerja yang dah lama aku tangguhkan iaitu, makan, tidur, jumpa prospek, tengok movie, tengok tv…. hehehehehe.
Dalam dok layan citer drama kat tv, tetiba otak aku memproses beberapa data yang dah lama aku nak begitau semua penduduk Malaysia ni. Perasan tak korang semua tentang drama tv Melayu sekarang ni…. Hmmm… cuba pikirkan sejenak…. apa yang aku nampak sekarang ni drama dan filem kat Malaysia ni dah menghala ala-ala kepada citer Hindustan… maksud aku bukan ada tarian atau adat, tetapi KEMEWAHAN yang langsung tak menggambarkan orang Melayu.
Kita lihat sahaja drama bersiri macam siri Samarinda, dari citer yang pertama hingga sekarang ni watak-watak Dato’ dan Tan Sri dah macam isi dan kuku, boleh kata hampir semua drama-drama tv sekarang ni mesti ada watak Dato’, Datin, Tan Sri dll, pastu kalo dulu slot scene kat Eropah mesti ada nak tunjukkan kayanya orang Malaysia ni, tapi skang pulak mungkin dah tak de budget nak buat scene kat luar, buat pulak citer orang-orang kaya dan kenamaan yang duduk dalam mahligai…. ntah hape-hape ntah… macam hampeh. Dah la tu konspirasi PhD (Penyakit Hasad Dengki), busuk hati dan sewaktu dengannya dah jadi salah satu jalan cerita dalam drama tv kita sekarang ni.
Aku tak nafikan ada juga citer yang baik yang menceritakan gaya hidup Melayu dan juga krisis-krisis keluarga yang jadi nasihat untuk kita macam citer Chah kat TV3 baru-baru ni… citer dia bagus… kalo citer-citer macam tu aku tak komen sangat la, tapi skang ni dah lain…. be creative la para producer semua, jangan la asyik nak tiru orang lain…
Moral: Kehidupan ada warna-warninya, akan tetapi tak semua orang mempunyai warna yang sama…
… chow…