Proton Mahal Cekik Darah!

Kalau ada orang Melayu tanya pada peniaga Melayu kenapa jual mahal barang ni, maka peniaga Melayu tu cakap, “Nak cari makan…“.

Bila orang Melayu beli barang dengan peniaga Cina sebab murah, peniaga Melayu cakap “Tak mahu tolong bangsa sendiri“.

Sampai bila peniaga Melayu nak maju kalau setakat berharap nak untung besar tapi cekik darah bangsa sendiri?

Kalau itu la pengangannya, sampai bila la peniaga Melayu nak maju. Tapi itu tahan… itu peniaga kecil. Lebih-lebih pun ada la 2, 3 posen aje… kira halal la tu…

Yang sakit hatinya bila syarikat Malaysia (milik Melayu kononnya) besar gedabak yang buat untung macam peniaga Melayu kedai runcit… tapi bukan 2, 3 posen… dia bantainya sekali ganda harga…

Inilah Proton kesayangan yang cekik darah Melayu sendiri!

Ini Satu Malaysia kena tipu dek Proton!.. jual kereta Proton timbang kati di Arab Saudi… Penipu besar!

Harga Persona kat Saudi = SR 36,100
Harga Gen2 kat Saudi = SR 33,600
Harga Waja kat Saudi = SR 37,950

1 Saudi Riyal = RM 0.94

Maknanya harga Persona kat Saudi = RM 33,934
Maknanya harga Proton Gen2 kat Saudi = RM 32,256
Maknanya harga Waja kat Saudi = RM 35,673

Satu Malaysia bayar RM 66,799.97 untuk sebuah Waja di Malaysia! RM31,126.97 lebih MAHAL!

Tukar Tiub

Kononya Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan… sekarang Rakyat Didahulukan bayar lebih beli Proton, Pencapaian Proton Diutamakan… Bapak punya cekik darah!…

Satu Malaysia kena TIPU!

Lepas ni beli BMW pun tak apa…

Posted on April 3, 2010, in Artikel "Copy & Paste", Bebas, Kempen Pilihanraya, Otak de Lutut, Satu Kajian. Bookmark the permalink. 34 Komen.

  1. salam,utk makluman saudara poster tu pn da lame berlalu&xprlu dprbsrkn.scra mdhnye,Proton mahu dikenali di luar hatta di Arab Saudi skalipun rkyt2nye xrmi tahu ade ngra Islam mampu kuarkn ketenye sndri (Proton).jd,utk trk mnt rkyt2nye Proton tpksa lpekn untung dhlu dr luar semata2 utk trk pembeli2 luar ni,tp tdk bmkna phk Proton jual kete2nye mhl di Mesia krna mrka pn kna cukai(bndgkn hrga kete2 Proton di semenanjung&lgkwi yg bebas cukai).Arab Saudi sbgi pengeluar mnyk tbsr dunia xprlu ksh psl cukai kete ni kalo nk bndgkn ngn mesia kite(cbe kaji hsl mnyk kedua2 ngra yg mane lg tggi,bpe keuntungn mnyk kpda ngra).utk renungan saudara &kite bsma

    KIPP: Aduh…. dah terang lagi bersuluh… lagi mau defend. Kalau cukai Arab Saudi tak amik, so kos iklan, kos pengangkutan, kos berkaitan sapa tanggung?.. orang Malaysia yang beli Proton la tanggung.. bisnes apa macam ni.. menyusahkan rakyat ada la..

    • Proton kn msh baru,utk pasaran eksport & mbina jenama prlu ms utk dikenali.dgn hrga mrhla nk trk pelanggan,kna fkr jgka pnjgla bkn nk untung cpt je.sgla kos2 tolak ke tepi,anda ade bukti rkyt yg tanggung sumenye?ckp tnpa fkta&bukti sume org bole.sdh tntula Proton yg tanggung kosnye,xde beza kualiti kete2 Proton utk eksport/import.

      KIPP: Proton masih baru ke?.. dah 20 tahun lebih dah bro!.. manusia pun dah boleh kawen dah masa tu, siap dapat 2-3 anak lagi. Takkan sengal camtu sekali management Proton kalo nak panatrate pasaran luar sampai lelong kereta Proton macam besi buruk. Aku pun orang Malaysia, sure aku sayang dan bangga dengan Proton, tapi kalo macam ni gayanya teruklah. Pasal kos tu, fikir logik la bro. Kalo rakyat Malaysia yang bayar lebih untuk kereta tu, so duit yang kita bayar lebih tu la yang Proton guna nak cover rugi luar negara. Macam Tesco la, jual barang basah murah gila babas, tapi barang elektronik, runcit, hardware mahal sikit dari Giant… maknanya keuntungan barang kering cover kerugian barang basah… memang la dorang kata itu strategi, tapi tengok tempat la, takkan sampai mentekedarah macam tu walau hanya untuk promosi.

      • DAH NAK HAMPIR 30THN USIA PROTON, BUKAN BARU LAGI, KO DAH LUPA KE SEKARANG NI DAH TAHUN 2010. NI MASALAHNYA, BILA ADA ISU MASLAH PROTON MULALAH CKP PROTON MASIH BARU, SEBAB BUDAYA NILAH YANG MEROSAKKAN BANGSA. KALAU NAK BUAT NAMA BUKAN DENGAN JUAL KERETA TAK ADA KUALITI DAN JUAL MURAH KAT LUAR NEGARA DAN JUAL MAHAL KAT MALAYSIA. SEPATUTNYA BERMULA DENGAN KELUARAN PERTAMA PROTON JUAL KERETA YG BERKUALITI DAN SEMUA KERETA MODEL PROTON PERLU BERKUALITI JGN MCM TONG SAMPAH. ORG MENILAI SUATU JENAMA BERMULA DARI PENILAIN PERTAMA MODEL PERTAMA BARULAH SETERUSNYA. NI BILA DAH UNTUNG SIKIT MULA NAK UNTUNG BESAR DAN JUAL KERETA BURUK DAN KUALITI TIDAK DIUTAMAKAN. DALAM USIA PROTON SEKARANG NI PATUTNYA TAK ADA LAGI JUAL KERETA BURUK YANG MAHAL.

    • betul tu, proton dan segala benda yg berkaitan dengan kerajaan Bahlul Nauzubillah(BN) semua cekik darah. tak payah nak puji atau backup proton. sepatutnya utamakan rakyat sendiri barulah boleh digelar kereta nasional. bagi aku malaysia tak ada kereta nasional sbb tak ada ciri2 nasionalisme. ko gila ke ckp jual proton kat saudi tak ada untung, mana ada bisnes tak untung. dahlah kualiti proton luar negara lebih bagus daripada yang dlm negara sendiri. untung kat malaysia berlipat kali ganda sampai rakyat sendiri pening nak bayar dan repair kerosakan yg entah apa2 menanpakkan kelemahan proton. PROTON BUKAN KERETA NASIONAL!! PERGI MAMPUSLAH PROTON..kerajaan nak untung lebih sampai harga kereta sama mcm kereta import. kereta import pun letak cukai sama dengan kita beli 3 buah kereta. kerajaan zalim patut pupus dari muka bumi ini. AKU TAK HALALKAN DUIT AKU BAYAR CUKAI KERAJAAN DAN HARGA BARANG YANG MAHAL..SAMA-SAMA KITA TAK HALALKAN DUIT KITA BAYAR BIAR YANG TAMAK NANTI AKAN LINGKUP CEPAT.

  2. hanif,

    fokus kipp bukan mencari alasan kenapa untuk proton jual barang mahal, ini premis utama.

    memang dasar kau suka tengok positif, itu aku suka hehehe..

    kalau buat kat dalam jual la mahal, ambil untung, itu basic…

    jual proton macam jual air mentah kat singapore la, semua murah, hehehe..

    apa bukti kau proton jual harga murah sebab proton baru? atau kena jual harga murah kalau tak kena kick out dengan competitors lain? atau kualiti tarak?

    atau cuba lu fikir dari aspek ini, mangkuk correll mahal sebab kualiti baik, orang tetap beli beb..

    dah saudi kaya, duit tak kisah, mesti cari barang baik, perempuan pun nak yang class class gitu..

    bodo namanya berniaga lupakan untung dahulu, kenapa tak jual singgit jer.. hehehe

    tak nama kita meniaga bodo?

    KIPP: Betul tu. Hanif kata Arab Saudi tak kisah pasal cukai kereta… maknanya Arab Saudi tu banyak kaya, rakyat dia pun kaya. Tapi kenapa nak jual Proton murah?… itu la masalahnya..

    • Proton jual kete kt sgpore pn bhnnye murah,ade jgk org beli tp spec dtmbh n harga pn naikla.mmg diakui kualiti Proton msh blm mnckpi utk bersaing wlupn Exora sdh menampakkn peningkatan,so hrgala yg memainkn peranan utk trk pelanggan bkn ke cmtu?bkn hrga je,wrnty lg smpi 5 thn n mcm2 utk trk pelanggan luar smpi kdg2 kite lht rkyt sndri diabaikn.yg ni aku pn mrh n xpuas hati,tp stkt yg aku tau kualiti eksport n import xde beza kecuali Perodua.ko nk bkti Poroton jual mrh,poster tu da ckpkn.untung pd Proton msti ade wlupn jual kt luar,bkn rugi cmtu je.ko da gi Arab?trf hdp dierg cmne?kalo da trf hdp tggi brg2 pn mstila mhl,yg mrhla org skekn tp kalo kualiti trk sape nk belikn.corell awl2 jual bgs sgt ke?jual mhl ke mle2 dulu?syrkt kete msg2 ade strategi,fkr2kn

      KIPP: Adoyai… apa yang ko merepek ni Hanif… awal-awal kata Proton jual murah sebab nak tarik pembeli. Tapi kali ni ko cakap orang suka barang murah yang berkualiti… pening la aku. Apa yang aku nak sampaikan ialah KENAPA NAK JUAL PROTON PADA ORANG SENDIRI MAHAL SEDANGKAN JUAL KAT LUAR NEGARA MURAH?…. Apa signifikannya?… Itu maksud aku…

  3. hehehe, bagus.. semakin aku nampak ko ni melilau tak paham point Kipp.

    kau cakap ” untung pd Proton msti ade walupn jual kt luar, bukan rugi cmtu je”

    Ok, kau dah admit Kipp punya point. Kipp punya point: kalau dah boleh jual kat orang luar murah, DAPAT UNTUNG, TAKLEH ke jual murah SKEET kat RAKYAT! nak tolong saper? Tolong ARAB ke tolong KAU? ke tolong RAKYAT? ( sorilah aku guna huruf besar, sebab kadang kadang payah nak luku kepala hotak ko hehehe)

    ok kita luku lebih skit kepala hotak ko dengan point berikut:

    1. Eh bukan nak tolong rakyat, nak tolong Gomen, cukai kena tinggi.(hehehe)
    2. Mana dey pergi ini duit cukai? Aku duduk kat USA(gomen hantar aku nak bukak mata Malaysian, bawak balik teknologi), duit cukai gaji aku kerja pergi kat
    Military. Aku tak suka. kau suka? Duit pergi kat monopoli gomen buat benda tak de pedah? hantar angka SAWAN? Kalau bina university aku ok, kalau improve pendidikan aku ok.
    Tak payah pegi jauh, tengok program BersamaMU, tanggungjawab kompany beras mintak sedekah tolong orang miskin ke tanggungjawab saper? fkirkan dey..

    3. Konon nak protect industri keta negara, saper pegang AP dey? saper pegang proton dey? kilang spare part proton saper punya dey? Anak Mahadey.. Apa kata duit AP ni terus ke bawah ( kat ngkau dengan oarng miskin)

    4. Yeah, I agree every company has its own strategies but is it worth to protect “STUPID STRATEGY?” hehehe. FYI, Corell tak de strategy jual murah dulu lepas dah lama baru mahal. Harga berdasarkan kualiti beb. BMW mahal sebab kualiti beb. Corell memang bagus. Hehehe

    5. Strategy jual murah makin lama makin mahal itu strategy untuk barang keperluan, gula, beras. wheat. Nak Tak nak orang kena beli. Proton bukan keperluan beb!! Pak Arab tak makan proton.. hehehe.. lagi satu kat USA ni pun ramai Arab, Arab pun manusia jugak, kalau dah biasa dengan murah, lepas tu kau tukar strategy naik harga, tak de nye dia nak beli. Aku pakai BMW hehehe…

    6. Oklah Kipp, aku dah penat luku kepada budak nih..

    KIPP: Akus sokong sangat point ko yang nombor 5 tu. Kalo dah jual barang tu mrah memang susah nak naikkan harga. Tapi kalo jual harga mahal, dan sikit-sikit turun memang mudah. Biasanya itulah strategi harga syarikat MNC (Multinational Company). Tapi kalo bab Proton ni aku tak tahu la strategi kadok mana yang dorang guna… adoyai!…

    • aku fhm point ko,yg xpuas hati sgt ngn kerajaan tu samela ngn aku tp jgnla libatkn Proton yg hnya nk mbntu eknomi ngra yg xsebsr mane ni.Proton kn GLC(cm ayh ngn ank,bile dpt untung bg kerajaan jgk,same cm kite bg mak ayh kalo da keje).sedangkn Proton pn kna cukai,xkirela utk eksport o dlm ngra(aku xnmpk dasar automotif kite nk lindung syrkt2 automotif mesia ni,yg aku nmpk Proton bnyk usaha sndri tnpa mhrpkn dana kerajaan tlalu bnyk).kerajaan xskg Proton cmne nk lbh maju?kalo ko nk kete proton mrh,suro kerajaan buang cukai kt kete2 Proton dlm ngra,sah2 murah dbndgkn ngn lain2,bebaloila ngn kualiti yg ada pd Proton hr ni xkn hrga Saga kualiti cm BMW ko kn.aku tgk Vios lg hodoh luar n dlm dr Saga,ye mhl sbb cukai tp kalo buang cukai msh mhl jgk,safety pn xamek kisah bebndg Saga wlupn sdkt mhl ade jgk safetynye.cukai pegi ke mane,sape pgg AP aku mane tau,kalo xdsalurkn ke tmpt yg btl slh kerajaanla nape lak ko kaitkn ngn Proton?pd aku kualiti Proton sesuai pd harganya skrg bebndg ngn Perodua,Naza,Inokom.msh boleh murah lg & dtgktkn kualiti,bnyk keje lg Proton nk buat selain nk luku kpla hotak ko hehe

      KIPP: Entah la aku nak cakap ngan ko ni… entah apa yang ko pikirkan kalo harga Proton tu sesuai ngan produknya… adoo… kalu Saga baru tu RM 60,000 lebih ko kata sesuai? Tambah 20,000 lagi boleh dapat Honda City baru, tak pun KIA Forte 1.6… adoyai. Sudah la tu. 20 tahun dulu, Hyundai ngan Proton lahir sama, tapi kalo nak dibandingkan kedua2 jenama tu, aku rasa aku sanggup bayar RM 60,000 tu untuk beli Hyundai…. baru puas. Kalo Proton boleh usaha sendiri, maka dia kena usaha lagi untuk buat yang terbaik. Bukan setakat jual mahal kat negara sendiri, tapi jual murah kat negara luar. Kalu Saga baru tu dia jual RM 30,000 lebih mungkin aku rasa sesuai.

  4. kete proton pun kete tax kat malaysia. itu masalah kerajaan. suruhlah diaorg buang tax. bukan saja proton, hyundai n bmw pun jual murah kat luar berbanding dengan negara sendiri untuk penetrate market. xbleh nak samakan usia proton 25 tahun dengan usia manusia, kalu gitu,kenapa xbandingkan dengan usia toyota n honda, dah tua nak mampus,xreti2 nak buat pedal minyak yg selamat?
    apa2pun, proton masih muda, kalu betul2 buat kete sendiripun start dari waja,itupun masih pakai enjin mitsu,gen2 baru lah hampir sume pakai proton punya(lotus n proton). itu tahun 2004. so kiranya baru 6 tahun, kalu nak ukur umur manuasia,ukurlah, budak 6 tahun, rasa2 dah bleh kawin ke?

    KIPP: Memang la kereta lain pun jual murah kat negara luar… tapi ada ke jual kereta dorang tu timbang kati?….. kalo ye pun agak-agak la.. Suruh orang pakai barang tempatan, tapi jual mahal.. ironi sungguh dunia Malaysia… itu pun ada orang defend lagi… Pasal usia tu.. Fact is fact… Proton dah 25 tahun… tak bleh tukar jadi 5-6 tahun…. Aku tak bagi chance, dalam era globalisasi ni jangan jadi sengal.. salah satu contoh sengal ialah Proton.

  5. Proton memang mahal. Itu kita semua kena akui sebab ia fakta. Walaubagaimanasekalipun kita nafikan, kenyataan tetap kenyataan. Punca mahal tu banyak sebab antaranya tak capai economic of scale, vendor membekalkan barang murah pd harga tinggi ( vendor kroni mgkn ). Tapi saya yakin Proton tidak mengaut keuntungan tinggi sbb ditengok pada keuntungan Proton. Proton untung tak sampai 10% daripada pendapatannya. Mungkin kurang keuntungan boleh jd kerana Proton bg subsidi untuk kereta yang dijual di luar negara agar ia nampak dan kelihatan murah. Yer la fikir la logik. Siapa akan membeli produk yang belum kukuh pada harga lebih mahal brbanding pesaing. Apapun saya setuju dengan langkah Prton jual kenderaan murah di luar negara. ia penting bg membantu Proton mengukuhkan jenamanya di luar negara seterusnya meningkatkan syer nya dalam pasaran negara2 tersebut. Cuba imagine jika Proton kukuh di luar negara, sudah tentu export akan menyumbang lebih 60% kepada pendapatan Proton. Jika angka jualan domestik terus kekal untuk masa depan, maka dijangkakan Proton mampu menjual 500, 000 kenderaan setahun dimana 200, 000 jualan domestik dan 300, 000 untuk export. Sudah tentu ketika itu Proton mampu menjual keretanya 1/2 atau lebih rendah dari harga skrg. Cumanya Proton perlu agresif bagi memastikan pelaburan Proton di luar negara mendapat pulangan secepatnya. Boleh saja nak compare harga Proton dengan kereta import. Even BMW 5 series lebih murah berbanding Perdana di Malaysia dan Mini Cooper lebih murah berbanding Exora H Line.

    KIPP: Ya aku setuju dengan apa yang ko cakap tu. Tapi ingat.. how long it have been kalo nak compare dengan jenama lain yang jual murah di negara ini….???

    • saya sokong,kipp ass ni xfhm ekonomi kot &cr2 nk beniaga.hyundai ngn proton pn xtau sape wujud dl,apeda.aku tau ko pki BMW,yg latest ke zmn tok kadok dl?Saga br Proton jual $60000 lbh?mane ko dpt fkta xntah pape ni??aku pn xbeli kalo hrga cmtu,ko pn ngarut je aku tgk

      KIPP: Adoyai Hanif.. jangan la jadi bodo. Pegi kaji la Proton dan Hyundai tu bila… kalau aku salah, pegi tengok KIA… (aku rasa sama wujud dengan Proton)… Sekali lagi bila masa pulak aku pakai BMW.. adooo.. sapa yang bengong pun aku tak tahu. Ya aku silap pasal Saga baru, aku nak sebut waja… yang tu aku salah. Aku memang tak pandai sangat ekonomi, tapi bab berniaga ni aku tak teruk mana dari yang hanya pandai cakap aje…

      • @kipp
        Kia wujud 1944(buat part basikal),1974 br kuar kete.Hyundai wujud thn 1947(syrkt pembinaan&industri brt).Proton wujud 1983,hnya mle ngn KERETA dhlu k(85 br kuar Saga a.k.a Lancer).tang mane yg same wujud ni??aku confius ngn ko yg da pening tu,nk bndgkn org lame ngn org muda mane bleh.apeda..

        KIPP: Hahahaha.. pandai pun… tapi production kereta untuk ketiga2 jenama tu hampir… dalam era 70-an dan 80-an… dan masa tu proton ada tongkat sakti dari Kerajaan Malaysia berbanding dua2 jenama… 10-20 tu tak lama bro.. this is business.

      • Tahun 1985 keluar proton saga aka lancer. model nie bukannya model syarikat proton hanya rebage. waktu tu sama dengan apa yang perodua buat sekarang.
        Model yang sebenar dari proton hanya pada tahun 2000 iaitu model waja.
        1985-2000=15tahun.
        Tahun 2000-2010, hanya 10 tahun proton mampu buat banyak model.
        Cuba bandiingkan dengan perodua. Tahun 1994 keluar model kancil(rebage).
        199-2010=16tahun.
        Masih belum mampu buat kereta sendiri. Dan saya yakin lagi 5tahun pun tak mampu buat kereta sendiri sebab perodua nak cekik duit rakyat malaysia. -kena bayar royalti kat daihatsu. Dan sebab tu harga myvi 1.3=RM50000.Cuba bandingkan harga proton saga 1.5 (RM28000, rasanya lebih muarah lagi) pada waktu proton rebage.
        Kesimpulannya harga myvi bila rebage murah jer. Perodua je latak harga tinggi2. Alasan yang diberi nak bayar royalti.

        KIPP: Takdenye murah kalo dah jual dalam Malaysia… semua mahal… pastu untung bagi kroni…

  6. BMW 5 Series dan Mini Cooper tu lagi murah jika dibeli di Jerman. Toyota, Honda, Hyundai, Kia memang murah dinegara2 masing dan majoriti model yang dijual pada harga RM160 K di Malaysia sebenarnya di negara masing2 below RM 60 K. tak percaya try google dan check harga. Dan kereta2 ni tetap murah di negara lain spt Brunei, China, UK dan USA. Bahkan ada pengeluar yg bg warranty seumur hidup. Siap kalau kita kena pecat boleh kembalikan semula kereta. Itu belum dikira 0% interest.

    KIPP: Ya betul.. tapi apa yang aku ungkitkan ialah negara Arab Saudi… ada aku tanya negara lain?… Kalau BMW dan Mini Cooper boleh jual murah di negara sendiri, why not Proton in Malaysia?… siapa lagi nak banggakan produk tempatan selain orang Malaysia?…

    • @kipp
      BMW & Mini Cooper bila wujud bebndg Proton?jual kt luar brape bnyk(eksport)?rs2 kalo jual kt dlm ngra shja murah ke?ntah2 xplg modal/lmbt cmne nk kuarkn kete2 baru.Proton eksport xbnyk cmne hrga nk dkrgkn,ko salahkn Proton yg buat kete sndri dr awl & xmrh tp ko fkr xbrape kos kuarkn 1 model n prlu jual bpe utk plg modal?cnth Exora,tau bpe ke kos die Proton bgnkn?ko tnye Perodua lak,ade wat kete sndri?Naza,Inokom ko xbsg lak dierg wat kete sndri ke x.apeda

      KIPP: So, ko sendiri dah jawab persoalan aku sekarang. Dah tahu Proton buat kereta sendiri dan tak banyak eksport kereta luar negara, lagi mau jual murah kat luar negara. Kereta jenama yang lain dah dapat tempat seluruh dunia, including China, India, Indonesia dan US yang ramai penduduk. Kalau dorang jual murah sekali pun, modal dorang dah dapat, tapi murah sangat ke sampai separuh harga macam Proton jual kat Arab Saudi?. Sebab aku pikir pasal kos kuarkan satu kereta tu la pasal aku letak entry ni dalam blog aku!. For your sake bro!. Kalau jual semurah itu di Arab Saudi dan kos2 lain sapa yang tanggung?. Rakyat Malaysia yang beli kereta Proton yang dianggap murah tu yang tanggung kos2 tu…. So, sapa yang rugi?… Aku tahu ko defend Proton sebagai produk tempatan yang ko sayang. But please see the reality, siapa yang bayar hutang kereta tu? Rakyat Malaysia!.. Tak reti la aku nak terang camne ngan ko ni…

      • AKU SOKONG KIPP. Masih ada juga tak sedar proton BN cekik darah rakyat sendiri. Hanif berapa kosnya?
        Kalau difikirkan bukannya satu mesin dan acuan nak buat satu kereta tu hanya guna sekali, tetapi semua ini kereta termasuk yg dhantar kat saudi. lagi pun mcm gen2 dah berapa tahun guna acuan tu. kos acuan dan mesin satu model kereta mestilah sekali sahaja, apa yg ruginya sampai tak dapt untung bukannya mesin tu hanya boleh buat sebuah kereta sahaja pastu buang. jepun pun dapt jual murah kereta dengan rakyat mereka, sedangkan kebanyakan kereta lepas 5thn lbh kurang dia org akan akan tukar dgn model baru. toyota camry, altis, dn mcm lagi dah berapa banyak model replacement. Tp proton perdana, waja, gen2 dan berapa thn hanya tukar bumper je. perdana kalau dia buat sendiri dah berapa belas thn dah masih bentuk tu cuma tukar bumper je, takkan tak ada untung dari acuan yg sama dah bertahun2. yg dijual kat saudi pun dibuat dimalaysia juga tambah kos perkapalan dan cukai kenapa setengah harga kurang berbanding malaysia. makin jauh hantar makin murah ke kos?
        Kenapa harga sabah sarawak mahal sedikit dari semenanjung, borneo jauh lagi ke dari saudi?

  7. Kalo bengap tu, bengap jugak kan…. rakyat malaysia esp melayu dah byk kena tipu….cuma tak sedar2 jer…..

    KIPP: Itulah hasil didikan BN..

    • Tulah kalau boleh rakyat fikirlah, biar parti lain lagi memerintah, aku tak kisah mana2 parti pun boleh asalkan bukan BN. rakyat takut sangat dengan momokan BN. kalau boleh sentiasa bertukar parti mcm negara lain. ni dari mula merdeka sampai kiamat masih gak parti sama, lama2 nanti sama mcm korea utara. sebenarnya BN takpernah kalah sbb tu rakyat dipandang sebelah mata. kalau sentiasa tukar2 parti pemerintah barulah ada persaingan sihat taklah kita dengar pemimpin yg tak matang mengutuk dan memperlekehkan parti lain dan memutar belit kenyataan di tv. taklah kita dijadikan modal bisnes mereka. perut mereka sampai buncit makan duit tak habis, tapi rakyat kesempitan wang mereka hanya boleh ckp simpati bagi duit sikit untuk mkn esok lusa dan tunjuk dlm tv pastu blah dn lupa. rakyat bkn nak dgar menteri kutuk parti lain tak bagus, tp klu menteri tua dah matang nak tahu rakyat nak kerajaan buktikan, maksudnya klu rakyat susah bantu, bantu biar betul2, rakyat ckp cukai kereta tinggi jd kurangkan cukai, beri subsidi dn mcm2 lagi, tak payah bazir duit masa pilihan raya, ni pilihanraya baru nak tunjuk banyak duit bantu rakyat.

  8. hahahah, nak wat cmne, sbb pngurusan proton sape yg pgang? org politik gak. kalau xletak harge mahal mcmane nak maintain ibu pejabat parti tersebut yg besar tu? bukan murah beb nak maintain bgnan tu. kos bil elektrik utk centralized air cond pun dah sekian harge. hahaha. faham2 je la. nak suruh parti lain pegang malaysia pun xgune gak, org bekas parti pemerintah gak. entah2 makin disonglap duit tu nanti. nak wat cmne beb, kite beli je la kete 2nd hand. lg puas hati, xkesah warranty void, hari ni beli, esok masuk rim baru,luse bubuh turbo plak.hahhah.

    KIPP: Lepas bubuh turbo, esok lusa eksiden.. huhu

    • kerajaan kedekut tapi membazir. cukai kereta sampai 300%. bukan maintain pejabat, ni semua bisnes. masuk parti politik bukan utk berpolitik tapi utk bisnes. jadi menteri mcm2 bisnes blh buat. beza pendapatn menteri dengan rakyat umpama bumi dengan matahari jauhnya sbb tu mereka tak dpt bayangkan nasib rakyat yg jd mangsa bisnes mereka. kerajaan ada duit bukan menyenangkan rakyat, bila pilihanraya duit berbilion2 jatuh dari langit utk beli undi dengan projek segera. BN tuduh PKR padahal BN lebih lagi dari tu. baik duit tu guna utk perancangan yg betul. minyak naik pun senyap2. barang naik senyap2. kereta mahal buat tak tau, subsidi dihapuskan, yang kaya dpt subsidi yg rakyat biasa tiada subsidi. sbb tu pelaburan import export malaysia makin kurang. sapa nak melabur dengan kerajaan mcm ni. MALAYSIA ROSAK SEBAB AHLI POLITIK, MALAYSIA BERTAHAN SEBAB RAKYAT, PEMIMPIN TARAK GUNA..

  9. Harga toyota Vios di Arab
    http://www.toyota.com.sa/en/modelsprices.asp?model_id=2
    dan kenapa harga toyota vios dan proton waja di arab hanya beza tak sampai sr2550. Tapi di malaysia beza hampir RM20,000. Maknanya UMW Toyota yang tipu rakyat kita.
    Harga Waja kat Saudi = SR 37,950
    Harga Vios kat Saudi = SR 40,500

    KIPP: Nak wat camne, dah pemimpin pon pakat tipu rakyat..haha

  10. aku bukan nak kondem barang buatan malaysia!kalau sebut pasal keta malaysia!mana mana kau pergipun pasti akan ada mengatakan body keta lembut macam tin milo!kualiti pun tak bagus!mahal nak mampos!!!!!!ada baiknya beli keta import!puashati mahal pun tak apa!

    KIPP: Yaaa.. aku sokong… haha

  11. one kereta maaa…

    KIPP: One Proton laa.. haha

  12. aku dulu guna waja 1.6 ( 2001) .. mmg aku bangga.. ye lah kereta malaysia antara yg gah juga.. rangking kedua selepas v6.. tapi slps 7 thn aku dah x leh nak ckp apa.. dari segi kethanan enjin mmg ok.. x de prob tapi benda kecil2 wat hal n banyak kali.. kualiti hancur.. enjin je yg tahan walaupun pickup kureng… bila aku test keta adik aku civic e.g thn 93 aku terperanjat.. 10 kali ganda lebih bagus dari waja aku tahun 2001… waja aku baru 10 tahun.. civic tu kalau bleh skolah dah nak amik spm dah tapi berbeza… harga kereta malaysia mmg x sepadan ngan kualiti.. mmg toyota, honda , bmw, mercedes mahal tapi mahal sebab cukai kerajaan beb.. kalau x harga dia sama macam kat arab sana… so salah siapa suma ni? yg matinya rakyat sebab berhutang seumur hidup..

    KIPP: So.. moral of the story… belilah kereta yang berkualiti tinggi… jimat dan untung…

    • BETUL SANGAT2, rasanya dah ramai rakyat rasa dizalimi dibumi sendiri. yang jadi perosak dan merosakkan adalah ahli politik dan kerajaan sendiri yang memuji melangit diri sendiri tetapi tidak sedar rakyat membaling najis kemuka mereka.

  13. xyah bertekak… ini semua pasal slogan ” rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” …… hahahaha
    sbenar nyer dasar polisi automotif negara dh lama biol.. mcm pemimpin, kurang pintar merumuskan yg tbaik….. aku punyer bday sama dgn proton (25thun), dan pada umur aku 20 an aku terdengar proton dgn bangga nyer mrasmikan pusat RnD… mmg bodoh lah sbb setelah 20thn bru nk wat RnD… mcm org umur 20 thn masuk sekolah balik…

    KIPP: Hahahaha.. betul, betul, betul……….

    • rnd buat kartun upin-ipin lg canggih dr rnd proton…aku mmg sokong mamat

      KIPP: huhuhuhu…

    • TULAH PROTON DAH TUA TAPI TAK MATANG SBB TU ADA YG CKP PROTON MASIH BARU..SBBNYA TAK ADA PERANCANGAN, FIKIR UNTUNG JE, MUNGKIN DULU PROTON INGAT R&D TAK PENTING MCM JUAL PISANG GORENGLAH DIA JUAL KERETA JANJI DUIT MASUK POKET LEPAS TU GUNA NAMA KERETA NASIONAL KONONNYA KERETA RAKYAT, KEPALA HOTAK KO KEREJAAN. KERETA NASIONAL TU ADALAH SEBAGAI BISNES STRATEGI JE UTK TARIK PEMBELI DALAM NEGARA DAN MEMUDAHKAN KERAJAAN MEMANIPULASIKAN HARGA PASARAN, TAPI YG UNTUNG ADALAH INDIVIDU TERTENTU DALAM KERAJAAN.

  14. Abu Sulaiman telah berkata : Telah memberitahu Rasulullah saw , bahawa ilmu agama itu hilang, apabila tiadanya ulama dan orang-orang bodoh menggantikan kedudukan mereka dan memimpin manusia dengan kejahilan mereka. Baginda juga telah mengingatkan manusia agar tidak mengikuti mereka yang memiliki peribadi begini dan mengkhabarkan bahawa mereka adalah golongan yang sesat lagi meneyesatkan. Rasulullah juga telah memberikan amaran di hadis yang lain.

  15. Budak Sekolah

    ada soalan la nak tanya otai2 sini..
    1) betul ke pengeluar kereta luar negara jual murah di negaranya sendiri dan juga di negara lain? dengan kualiti yg sama? tapi bila sampai dealer pasaran eksport harganya bergantung tax?
    2) betul ke harga kereta import seperti di ‘adjust’ untuk memberi ruang kepada margin untung pengeluar kereta tempatan? betulke adjustment itu berlebihan jika compare dgn market negara lain.. sebab sy dah puas buat perbandingan dan kira2.. masih konfius..
    3) kenapa proton jual kereta kualiti lebih elok untuk pasaran luar yg bukan penghidup suasana negara kita saban hari? kenapa untuk saudara senegara yg setia patriotik di beri kualiti lebih rendah sejak proton ditubuhkan?
    4) apakah ‘matlamat dan objektif sebenar/tersirat proton’ di tanah kelahirannya?
    5) mengapakah penasihat proton sgt bijak mengatur strategi untuk rakyatnya? sejauh manakah kebijaksanaannya..
    6) proton kereta mampu milik. sale no 1. spare murah. cepat haus. ‘pilihan rakyat’. terpaksa beli. import mahal. benarkah semua alasan ini boleh dikaji untuk jadi antara gambaran kemampuan/taraf hidup majoriti rakyat yg didahulukan?
    7) jika 6) benar, wajarkah harga kenderaan diadjust utk majoriti rakyat yg didahulukan? adakah rakyat perlu dibeban supaya ‘populasinya dpt dikawal’?
    8) jika rakyat perlu sepakat patriotik dan mmg telah menunjukkan sokongan sepakat patriotik kepada proton selama lebih 20 thn, wajarkan kerajaan melakukan sesuatu untuk memudahkan para penyokong proton, spt interest lebih rendah tanpa syarat, dan urusan bank lebih mudah untuk mengelakkan penyokong terbeban tanpa sepakat atas tindakannya?

    buat masa ni tu je kot.. malas nak fikir yang lain.. saya konfius.. kalau ada link2 penerangan pun ok saya akan klik..

  16. sangat betul,kalau sebut kerajaan,1Malaysia,Proton? Jual luar kualiti bagus..dlm negeri nape jual mahal? dah la tu kualiti cam ape? pastu kontrol sana sini dan rakyat xde pilihan melainkan terpaksa beli kereta yang hampeh..tgk kat youtube…top gear bbc,ape diorang komen?..kalu bukak je bab Proton,suma gelak..kereta murah,kualiti rubbish..minyak mahal?..negera pengeluar minyak kenapa jual mahal?..gula naik?..nape dulu cina jual harga rendah? nape kerajaan nak jual mahal lak? apa maksud rakyat didahulukan? maksudnya rakyat didahulukan hisap darah kasi kering jadi kuli batak kasi kerajaan duit?…camtu la kot…ini fakta…cuba fikir…mana2 negara pun,ape je hasil bumi atau barang baik buat sendiri,mesti jual murah kat rakyat sendiri…ape ni?

  17. Korang nak mengamuk marah proton buat ape…Klu mahal beli la viva…..Bising kereta mahal pun masing-masing kereta sampai dua tiga sorang…….Ape nak kecoh….kita boleh pilih ape nak beli kereta ape…..nti klu orang xbli kereta proton,pandaila proton turun harga k……Kita nak compare negara lain pun mcm la kita penah hidup kat sana…….Contoh senang mcm Jepunla…..Kereta diorang mungkin murah tapi boleh gune 5 tahun je……mcm malaysia hayat kereta xde limite…Kt jepun paking basikalpun RM12 sejam tau…..ingat ape…..Tp aku akui la yang proton kene tingkatkan kualiti….byk komponen kecik cepat rosak……setiap kelebihan akan ade kekurangan……xkan kelebihan sentiasa

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: