Category Archives: Kewangan
Sedia Duit Lebih Bermula Esok!
Harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG) naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.
Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik, berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan hari ini.
Tidak jelas berapa kenaikan harga RON 97. Tetapi difahamkan harganya naik 5 sen dan akan diselaraskan seterusnya kemudian.
Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram
Kenaikan harga barangan berkenaan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pengumuman malam ini.
Mau cakap apa?
Tak payah bising-bising
Tak payah nak buat demo-demo
Tak payah marah-marah
Anda yang mahukannya
Aku tak mahu
Tapi aku kena bayar juga
Nasib baik bil air free
Kurang-kurang mandi pun senang hati
Tapi keluar rumah terus susah hati
Pergi kerja jadi susah hati
Minum teh ‘O’ pun susah hati
Masak di rumah pun susah hati
Lepas ni dorang akan cakap
Kurang gula untuk kesihatan
Kogsi kereta untuk penjimatan
Beli makanan kat luar untuk kesenangan
Belilah barang buatan Malaysia untuk jimat
Apa punya promosi…..
Nak cari ubat
Tapi penyakit yang datang
Nak cari duit
Tapi “bala” yang tiba
Nak menabung banyak
Tapi sikit yang dapat
Bagaimana nak berjimat
Kalau belanja tak boleh nak berhemat
Bagaimana nak kerja kuat
Kalau tak sampai 5 tahun kos semua meningkat
Bagaimana nak hapus rasuah
Kalau sara hidup pun tak lepas
Bagaimana nak cuti-cuti Malaysia
Kalau berkira-kira bajet cukup atau tidak
Tapi alasan mereka mudah sahaja
Belilah barang buatan Malaysia untuk bantu peniaga
Kurang gula kerana jumlah pesakit Diabetes meningkat
Gunalah pengangkutan awam untuk elak kesesakan
Oleh itu semua dapat jimat
Apa punya alasan ni
Sengal punya alasan
Mana daya saing para peniaga?
Kalau alasan ini untuk bantu mereka
Mana untung restoran?
Kalau pelanggan bising harga teh ‘O’ naik
Mana masa?
Kalau KTM Komuter gerak lambat macam siput
Mana alternatifnya?
Suruh rakyat jimat itu
Suruh rakyat kurang ini
Tapi yang di atas melantak tak ingat anak bini
Bila semua naik harga
Yang di atas dapat marginnya
Bila semua naik harga
Yang di bawah masih “Salam 1 Malaysiaaaa….”
Masih tak sedar
Masih gembira
Masih kena tipu
“Ciss… bodoh!…“
Bila Orang Cina Cerita Tentang Dakwah
Setiap hari aku jumpa ramai orang. Kebanyakan mereka adalah prospek aku, baik dari kalangan Melayu, Cina dan India. Sambil aku menjalankan perniagaan, sambil itu juga aku melihat pandangan terhadap kewangan masadepan dari ketiga-tiga bangsa ini. Sehinggalah aku berjumpa dengan seorang prospek yang berbangsa Cina tetapi mengkagumi sistem perancangan kewangan menurut Islam.
Apa yang aku mahu coretkan di sini bukanlah mengenai lelaki Cina ini, tetapi pemikiran beliau mengenai orang Melayu yang beragama Islam. Pada mula perbincangan kami, kami banyak cerita mengenai politik, kewangan semasa, ekonomi, agama dan akhir sekali mengenai minda Melayu. Beliau banyak bertanya daripada menjawab soalan-soalan aku kerana setiap persoalan yang aku tanya disoal kembali kepada aku. Kadang-kadang agak keliru, tapi aku faham.
Satu soalan yang dia tanya, “Selama you buat takaful ni, berapa Melayu yang cakap tak da duit mau simpan dalam takaful?“, aku jawab dengan sejujurnya, “Bleh tahan gak la. Bila ajak sertai takaful, masing-masing kata tak ada duit. Nak raya lah, anak nak sekolah la, minggu depan la… last-last cancel“. Dia kata lagi, “Orang Melayu ni baik, cerdik and they have a lot of money, but many of them, they soooooo stupid!. I don’t want to insult you, but that the truth!“. Memang terkejut bila aku dengar. Mendidih darah kerana marah bila diselar sebegitu.
“I’m sorry la sebab I cakap macam tu, but when you see lot of Chinese shop yang jual handphone, casing handphone, benda-benda bodoh macam spongebob, dragonball that they put at their phone is useless. But the buyer is Malay also they were Muslim. I thought they have a lot of money instead bought that useless thing. But when it come to saving for future, education they keep saying – just borrow. I thought that Islam thought you to settle your debt sebelum mati kan?“. Memang terdiam bila aku dengar apa yang dia cakap. Sedangkan dia Cina bukan Islam pun tahu kena langsaikan hutang sebelum mati. Dan aku sendiri pun masih ada hutang lagi.
Kata lelaki Cina ini lagi, “Dulu I pernah juga jadi insurans agent, but not too long la sebab after my father meninggal, I jaga dia punya bisnes. Tapi yang bagusnya, bila dia mati, insurans bagi kita sekeluarga RM 500,000 for the coverage. You ingat kita boleh ada modal buka bisnes ka kalau tak da duit?. Duit coverage inilah yang bagi kita modal for open the business and of course to bayar hutang…. You ni kira bagus la sebab buat ini kerja, my Ustaz tell me that doing takaful also part of dakwah. You do takaful halal, insurans haram“. Aku tergamam sekali lagi. Cina ini pun ada ustaz juga? malah dia tahu pasal dakwah? Aku hanya pandang dia tergamam dan dia pandang aku tersenyum.
Apa yang dia cakap itu memang benar. Aku tak tahu apa niat dia, tapi dia telah mengajar aku bagaimana cara untuk aku bagi anak-anak aku mempunyai duit seperti dia bila aku mati kelak dan yang paling penting cara untuk aku langsaikan hutang aku andaikata aku tak sempat untuk langsaikannya.
Banyak lagi yang dia cakap. Semuanya memang masuk akal, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan mati. Tapi dia paling suka bila Islam ajar untuk buat faraid, wasiat, takaful dan zakat. Semua cerita pasal duit. Kata dia lagi, “You are Muslim should proud dengan you punya agama. Sebab Islam teach you everything from head to toe to grave yard. Kita punya agama tak ajar itu semua. Islam sudah ada sistem, tapi you orang tak guna. Rugi“.
Peristiwa ini membuat aku terfikir sejenak. Terkelu lidah. Tergamam dan banyak ter, ter, ter lagi… Apa yang ingin aku sampaikan bukan hanya bacaan semata-mata, tetapi kalau tak ada sesiapa yang sokong sistem Islam, siapa lagi yang kita mahu harapakan. Hanya kita.
Al-Falah VS. Tak Apalah!
Dalam aku belajar dan mengajar mengenai perancangan kewangan Islam kepada rakan dan kenalan, masih lagi ada yang lari dan memberikan alasan-alasan yang hebat tapi habat. Bukannya aku meminta wang atau pertolongan, tetapi aku meminta mereka mendengar dan mengambil iktibar dari apa yang aku ingin sampaikan.
Pasti anda setuju bahawa wang bukan segalanya, dan sesungguhnya wang bukan penentu kepada kebagiaan, tetapi kenapa Allah S.W.T banyak menyebut mengenai zakat dan sedeqah dalam Al-Quran?. Menurut Shiekh Yusof Al-Qardhawi, terdapat 27 ayat-ayat dalam Al-Quran menceritakan bahawa zakat itu penting selepas solat. Malah sistem kiraan faraid juga diceritakan oleh Allah S.W.T dalam Al-Quran, tetapi tidak diceritakan pula cara-cara menunaikan solat di dalam Al-Quran. Persoalannya sekarang ini adakah wang itu penting?
Malangnya kita orang Melayu yang menganut agama Islam tidak mempraktikkan dan memandang enteng mengenai soal wang, baik semasa hidup ataupun sesudah mati. Kata orang, harta tak boleh di bawa mati. Tapi kata aku bahawa harta itu boleh di bawa mati. Malah harta itu juga akan membantu kita di alam kubur kelak. Masakan Hadis Rasulullah menyatakan bahawa apabila kita mati, terputus perkara dunia kecuali 3 perkara iaitu:
1. Harta yang disedeqahkan ke jalan Allah
2. Ilmu yang bermanfaat
3. Doa anak yang soleh
Jadi? Apa alasan kita kali ini bagi membincang perancangan kewangan untuk masa hadapan?
Biasanya dikalangan kita, apabila datangnya wakil takaful, wakil unit amanah atau perunding kewangan, meraka akan bertempiaran lari. Alasan yang biasa kita dengar ialah “Tak apalah, aku tak ada duit lagi“, “Tak apalah, nantilah“, “Tak apalah, nanti bincang dengan isteri dulu“, “Tak apalah itu“, “Tak apalah ini“. Apa yang mahu ditakutkan. Apa yang mereka (wakil-wakil) ini ingin buat adalah untuk kebaikan kita.
Di mana Al-Falah yang kita mahu selama ini?
Dalam aku menjadi perancang kewangan Islam, apa yang aku tekankan ialah keadaan kewangan (financial condition) kita pada masa hadapan, sesudah mati dan juga bekalan untuk keluarga jika kita mati awal. Mungkin persoalan ini boleh membuka minta kita untuk menyedarkan kita apa yang kita kadang-kadang tertinggal:
APA YANG KITA TINGGALKAN UNTUK KELUARGA KITA JIKA KITA MATI ESOK?
WANG atau HUTANG
Aku sendiri juga pernah menyoal diri aku perkara yang sama. Takut dan sedih juga ada, malah lebih malang lagi, kita hanya mengetahui tarikh lahir kita, tetapi tidak mengetahui tarikh mati kita?. Masih lagikah perancangan kewangan tidak penting? Dan yang paling ironi ialah apabila kita memandang sebelah mata mengenai wang sedangkan kita hari-hari bekerja awal pagi balik petang kerana inginkan wang. Tidakkah itu sesuatu perkara yang ganjil?
Apa yang aku jelaskan di sini bukanlah sesuatu yang baru. Perkara ini telah lama diperkatakan, sediakan payung sebelum hujan, bukannya lari dari hujan kerana hujan itu rahmat dan berkat yang perlu kita ambil.