Category Archives: Satu Kajian

Ludah Siswa Atau Ludah Najib?

Terkejut.

Mahasiswa telah tunjuk taring. Walaupun bukan majoriti mahasiswa di Malaysia ini, tetapi tindakan mereka perlu diambil perhatian. Najib Razak perlu takut. Bukan takutkan mahasiswa itu dengan “panglima perang” UMNO yang bersenjata air ludah, tetapi takutilah mahasiswa kerana mereka tidah lagi mudah dimomokkan lagi. Walaupun ada segelintir mereka mudah diper”bodoh”kan walau berpendidikan tinggi, dan itu tak semua, mana yang berani bertindak akan terus dengan agenda mereka.

Ada beberapa perkara yang aku ingin tekankan di sini, iaitu Hak Mahasiswa dan Kepimpinan Najib Razak.

Golongan ini adalah golongan yang mempunyai pemikiran kritis. Walaupun tak semua yang berfikiran kritis, tetapi semua mereka memupuk ilmu untuk digunakan masa depan. Berguna atau tidak ilmu yang mereka tuntut di IPT untuk masa depan – itu cerita lain. Penglibatan mereka untuk sesebuah negara amat-amat bernilai. Jatuhnya kerajaan Hosni Mubarak di Mesir adalah bermula di kampus oleh remaja yang bergelar Mahasiswa. Mereka koyak foto besar Hosni Mubarak sehingga berlaku revolusi dan menjatuhkan kerajaan.

Perkara ini boleh berlaku di Malaysia. Perbuatan menurunkan bendera wajah Najib Razak di PWTC bagaikan jatuhnya panji-panji perang di kubu sendiri. Satu perkara yang amat memalukan bagi seorang Perdana Menteri.

Malaysia ini negara timur yang penuh dengan sopan santun, budi bahasa dan tatatertib yang baik, tetapi jika dicuit, amuk jadinya. Mahasiswa sudah tak tahan diperbodohkan. Kerajaan mungkin boleh memperbodohkan rakyat dengan transformasi itu dan ini, tetapi mahasiswa bukan rakyat yang begitu. AUKU bukan lagi penghalang. Zaman Mahathir sudah nyanyuk. Tiba zaman Najib Razak – zaman bodoh.

Jangan marah aku jika perkataan “bodoh” menjadi darah daging kepimpinan kerajaan sekarang. Lihat sahaja kenyataan-kenyataan para menteri, timbalan menteri, pemimpin-pemimpin parti memerintah semua kenyataan yang kosong. Tiada makna. Malah yang paling teruk mereka tidak sedar bahawa mereka itu bodoh dan secara bersahaja memperbodohkan mahasiswa yang juga rakyat Malaysia secara sedar.

Apa yang diperjuangkan oleh mahasiswa ini adalah AUKU. Pada satu ketika dulu, kerajaan berhasrat memansuh AUKU, berita baik kepada mahasiswa untuk terlibat bebas dalam negara (bukan semata-mata penglibatan politik). Tiba-tiba AUKU tidak dimansuhkan, malah dipinda. Dipinda pula bukan untuk “melonggarkan”, tetapi “mengetatkan” rangnya. Ini semua tindakan kerajaan yang memperbodohkan mahasiswa. Mana boleh tahan…

Aku yakin bahawa mahasiswa masih menunjuk hormat kepada kerajaan. Tetapi perlu ingat bahawa mahasiswa juga perlu dihormati.

[Penulisan artikel dihantar kepada WordPress melalui BlackBerry Device]

Advertisement

Kahwin PAS dan UMNO?

Para pesorak UMNO dan pimpinannya nampaknya masih lagi berharap agar PAS dapat bersatu dengan UMNO. Selepas Mat Sabu naik menggantikan Nasarudin Mat Isa sebagai Naib Presiden PAS, impian UMNO untuk bergabung dengan PAS bagai mimpi siang hari. Mat Sabu bagaikan satu ‘bala’ jika ada dari pihak UMNO yang merisik PAS untuk disatukan.

Unity Government (Kerajaan Perpaduan) yang digemburkan oleh pesorak UMNO sebelum Muktamar PAS yang lepas hilang sekelip mata apabila perwakilan PAS seluruh Malaysia memilih muka lama yang dibenci UMNO naik takhta semula. Kalau dahulu dimomokkan bahawa TG Haji Hadi dan Nasarudin Mat Isa menjadi jambatan pihak UMNO untuk merisik PAS bergabung, tetapi selepas Mat Sabu naik, kini Hassan Ali pula menjadi manga.

Aku agak kurang faham kenapa Editor Kanan Utusan, Zaini Hassan, beriya-iya benar menaikkan Hassan Ali sebagai ‘penyelamat’ Melayu di Selangor dengan mendakwa bahawa Hassan Ali mampu untuk mengahwinkan PAS dengan UMNO, dengan alasan bahawa Selangor kini dibawah ‘kuasa’ DAP yang akan memusnahkan harapan Melayu di Selangor dan alasan kedua bahawa Hassan Ali mampu untuk menyatukan Melayu di Selangor. Wah!.. nama baru dari lidah UMNO untuk merosakkan dalaman PAS. Satu agenda strategik UMNO bagi merampas semula Selangor melalui pergolakan dalaman Pakatan Rakyat (PR) dan PAS.

Pada pendapat aku penganugerahan darjah kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kepada Hasan Ali adalah disebabkan oleh kerja Hassan Ali sebagai EXCO Kanan Selangor yang cemerlang. Hassan Ali bekerja untuk rakyat dan bukannya bekerja untuk parti semata-mata. Walaupun kadang-kadang ada ketikanya pendapat Hassan Ali itu berlawanan dengan pendapat pimpinan PR, tetapi ia tidak bermaksud Hassan Ali tidak bersama dengan PAS dan PR. Tidak perlulah Utusan mengambil peluang untuk menghuru-harakan ‘penganugerahan’ ini kononnya Sultan mahu Selangor ‘diselamatkan’ oleh ‘penguasaan’ DAP di Selangor.

Persoalan yang aku mahu rungkai tetapi susah untuk dirungkai ialah, adakah Selangor perlu diselamatkan?, siapa yang merosakkan Selangor?, apa bukti bahawa Selangor perlu diselamatkan?, adakah dengan penganugerahan Hassan Ali oleh Sultan membolehkan Hassan Ali menjadi ‘Superman’ di Selangor untuk menyelamatkan negeri itu?

Utusan sejak dari dahulu hingga kini biasa dengan berita ‘lucah’ dan cerita fitnah yang merosakkan kesatuan Melayu itu sendiri. Masakan seorang pemfitnah mahu dipercayai kata-katanya?

[Edisi BERSIH 2.0] Perlembagaan Persekutuan: Pagar Makan Padi VS Ambiga Makan Padi

Don’t hate the player, but hate the game. Itu madah yang rasanya sesuai untuk aku gunakan dalam entry ini. Banyak makna boleh ditakrif dalam madah ini, dan dalam entry kali ini aku mahu baca pembaca kepada Perlembagaan PersekutuanFederal Constution (FC) – yang menjadi undang-undang tertinggi negara Malaysia.

Secara ringkas FC adalah perlembagaan Malaysia yang dibentuk dari perlembagaan Britian atau lebih dikenali sebagai Lord Reid. FC menjadi perlembagaan Malaysia yang diiktiraf British sebagai satu perlembagaan untuk bekas tanah jajahan mereka yang mahukan kemerdekaan. Perbezaan antara FC Malaysia dan FC Britain adalah agama Islam menjadi agama rasmi dan Sultan/Raja/YDPA adalah ketua agama Islam.

Siapa Ambiga?

Aku pun tak kenal dia. Aku kenal Ambiga ni apabila terbaca headline Utusan Malaysia beberapa minggu yang lepas. Ambiga adalah seorang Peguam yang mempercayai dan memperjuangkan Hak Asasi Manusia. Bila sebut Hak Asasi Manusia ini aku menjadi agak anti sedikit, bukannya aku anti perjuangan tersebut, tetapi kadang-kadang terdapat perjuangan mereka ini melepasi batas agama. Dalam kes ini, Ambiga pernah menjadi peguam Lina Joy yang mengaku murtad dan mahu membuang status agama Islam dari dalam kad pengenalannya. Malah Ambiga menjadi salah seorang penyokong IFC (Inter Faith Comission) yang memang ditentang aku malah seluruh orang Islam marah dengan wujudnya badan ini. Tetapi anda jangan lupa bahawa IFC juga disokong oleh Sister In Islam dimana antara ahli-ahlinya adalah nama-nama besar di negara ini.

Adakah aku marah?, Ya, aku marah dengan orang seperti itu. Tapi apa yang aku boleh buat?, Ambiga buat perkara tersebut sebab dia faham undang-undang, dia faham FC dan dia menggunakannya FC sebagai wadah bagi dia untuk mendapatkan hak – hak asasi manusia yang terkandung dalam FC itu sendiri. Itu kelompongan FC untuk manjadi perisai agama Islam walaupun Agama Islam itu agama rasmi negara ini.

Ambiga dan BERSIH 2.0

Pada permulaan BERSIH diadakan, BERSIH dianjurkan oleh PAS bagi menuntut keadilan dan ketelusan pilihanraya dari SPR. Selepas perhimpunan BERSIH 1.0 selesai, PAS “menyerahkan” BERSIH badan NGO yang dikenali  “Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adila.k.a BERSIH agar dapat menguruskan BERSIH dengan lebih berkesan. Dalam BERSIH 2.0, NGO ini menganjurkan perhimpunan dan secara sepakat telah melantik Ambiga sebagai Ketua dan Muhammad Sabu (Timbalan Presiden PAS) sebagai Penolongnya dan kebanyakan ahlijawatankuasanya terdiri orang-orang politik dan juga NGO. Pakatan Rakyat tidak ketinggalan menjadi salah satu penyokong NGO ini.

Dalam Bahagian II (Kebebasaan Asasi) Perkara 10 (Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan), menyatakan hak untuk berhimpun secara aman dan hak asasi manusia telah digunakan pakai bagi menganjurkan perhimpunan BERSIH 2.0. Sekali lagi Ambiga diberi peluang untuk menggunakan ilmunya bagi menuntut hak rakyat melalui FC tersebut. Kekuatan FC ini menjadi perisai rakyat untuk menuntut hak mereka. Ya, kali ini aku menyokongnya kerana BERSIH 2.0 menuntut hak aku sebagai pemilih.

Kelompongan dan Kekuatan FC

Dua situasi yang berbeza pada pendirian aku juga yang berbeza, tetapi berpunca pada sumber yang sama iaitu FC. FC yang kita gunapakai boleh menjadi perisai dan juga senjata berbahaya menentang kita. Suka atau tidak itulah hakikatnya bagaikan peribahasa “harapkan pagar, makan makan padi“. Itulah sebabnya pada permulaan tulisan ini aku menyatakan “Don’t hate the player, but hate the game” kerana “player” adalah kita = rakyat, manakala “game” itu adalah FC yang dijulang. Kepada penyokong BN anda perlu muhasabah diri sendiri dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan yang merapu dan akhirnya terpalit pada hidung sendiri. Mereka yang menjulang FC, mereka juga marahkan IFC, mereka juga menentang BERSIH, tetapi mereka mengaku sebagai rakyat Malaysia dengan melaungkan rukun negara “Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang” tetapi dalam masa yang sama mereka merogol FC itu sendiri. Jangan marahkan Ambiga, PAS, PKR, penyokong BERSIH atau sesiapa sahaja yang berbeza pendapat dengan anda, tetapi marahkan undang-undang yang anda julang sekarang ini.

Jelas di sini, hukum FC tak boleh dipakai lagi. Jika mahukan perubahan yang adil dan saksama perlu kembali kepada Al-Quran dan Sunnah. Memang susah nak meng”Islam”kan FC, tetapi tak susah untuk mengajar orang tentang Islam. Tetapi semua boleh diubah, hanya Al-Quran sahaja yang tak dapat diubah kerana Al-Quran sesuai sepanjang zaman, bukan Al-Quran mengikut zaman, tetapi zaman mengikut Al-Quran.

Pesanan untuk orang UMNO dan penyokongnya, cuba sedarkan diri anda, apa yang anda perjuangkan dalam UMNO untuk menaikkan Al-Quran sebagai FC?

[Edisi BERSIH 2.0] Menjawab Soalan-soalan Mereka

Sejak BERSIH 2.0 bermula, macam-macam tohmahan telah ditujukan kepada penyokong BERSIH. Sesekali ada juga aku menjawab tohmahan ini, tetapi ada juga yang aku biarkan mereka dengan labu-labunya. Bukan tak mahu jawab, tapi mereka bagai dungu. Beberapa kali telah dinyatakan kenapa perlunya perubahan dalam sistem Pilihanraya negara ini, tetapi mereka tetap tak faham.

Antara persoalan dan tohmahan yang sering dilemparkan kepada pihak penyokong BERSIH akan aku jawab dalan entry ini.

Tohmahan 1: Terdapat agenda politik yang tersembunyi dalam BERSIH.

Jawapan: Mungkin ya, mungkin juga tidak. Terpulang kepada individu itu menilai. Objektif BERSIH  adalah untuk memperjuangkan Pilihanraya yang TELUS dan ADIL tanpa dikawal oleh mana-mana pihak yang berkuasa besar. Ini kerana Pilihanraya adalah hak rakyat untuk bersuara memilih pemerintah yang mereka percaya. Jika ada yang mengatakan ini adalah agenda politik PR, maka ia betul, tetapi dalam masa yang sama ia juga adalah salah. Penyokong BERSIH bukan terdiri daripada penyokong PR, tidak terkecuali anak mantan PM Tun Mahathir – Marina Mahathir – juga turut serta dalam perhimpunan ini. Secara logik akal, mahukah Marina Mahathir ini menyokong PAS, DAP atau PKR? Kalau kucing dah bertanduk belum tentu dia menyokong PR. Tapi yang jelas dia nampak kenapa perhimpunan ini diadakan. Perhimpunan BERSIH ini adalah suara rakyat. Bukan suara mana-mana parti politik.

Tohmahan 2: PR tak bersyukur sudah menang 5 negeri masih kata SPR tak telus.

Jawapan: Jikalau ini yang dijadikan kayu ukur ketelusan SPR dalam menjalankan tugas maka anda silap. Kemenangan ini sebenarnya mengatasi ketidaktelusan SPR. BN pada PRU-12 terlalu tertumpu kepada sikap ego mereka untuk menakluki Kelantan menyebabkan mereka terlepas pandang kepada negeri-negeri lain. Itu adalah kesilapan BN dan kemenangan ini adalah disebabkan kekuatan PR. Kini tumpuan mereka kepada Selangor kerana survival politik mereka banyak tertumpu kepada Selangor. Mungkin anda pernah mendengar kenyataan Najib Tun Razak, “Kita akan gunakan semua strategi untuk mengambil alih Selangor dari PR” – tumpukan pemikiran anda kepada “gunakan semua stategi” – ia bermakna by hooks or by crooks BN akan cuba mendapatkan Selangor semula.

Tohmahan 3: BERSIH memecah belah perpaduan rakyat Malaysia seperti tragedi 13 Mei.

Jawapan: Dalam perhimpunan BERSIH 2.0 ini bukan orang Melayu sahaja yang menyertainya. Seluruh rakyat Malaysia yang mencintai negera ini turut serta – Cina, India, Sikh dll –  Tiada perpecahan tetapi hanyalah perpaduan dalam satu suara menuntut keadilan. BN memomokkan rakyat dengan darurat seperti tragedi hitam 13 Mei 1969 akan berlaku lagi jika perhimpunan ini diteruskan, tetapi BN lupa bahawa rakyat bukan lagi bodoh seperti mereka. Apa punca tragedi 13 Mei itu? Apa yang menyebabkan Ordinan Darurat dikuatkuasa? Adakah ini pernah ditanyakan dalam kotak pemikiran anda?. Secara jelas ramai yang tak tahu “The Untold Story” tentang tragedi 13 Mei itu. Aku secara kritis berfikir (mengikut teori aku sendiri) bahawa tragedi 13 Mei adalah berpunca kepada Perikatan (BN) pada masa itu. Modal kepada “perpecahan” dikalangan rakyat dijadikan modal besar Perikatan menguatkuasa Ordinan Darurat disebabkan kerana Kelantan jatuh ke tangan PAS. Perpecahan yang dimaksudkan adalah pecahnya undi Perikatan kepada PAS di Kelantan. Pada waktu itulah Perikatan berjaya memerintah Malaysia sepenuhnya – itulah tujuan sebenar Ordinan Darurat bagi Perikatan. Maka wujudlah kambing hitam dalam siri gelap 13 Mei yang dicipta Perikatan dan seterusnya menjadi kisah benar dalam buku teks Sejarah sekolah. Itulah yang dipercayai oleh ramai anak muda yang “3rd class mentality” dan mereka inilah yang menjadi survival politik BN sekarang.

Tohmahan 4: Penyokong BERSIH dari kalangan Penjawat Awam “tidak bersyukur” kerana makan gaji dengan Kerajaan.

Jawapan: “Bersyukur” itu ditujukan kapada siapa sebenarnya? Tidak bersyukur kepada ALLAH atau kepada Kerajaan?. Jika “tidak bersyukur” itu ditujukan kepada ALLAH, maka ia adalah salah. Rezeki adalah hak ALLAH untuk diberikan kepada sesiapa sahaja. Tidak kira orang itu Islam, Kristian, Buddha, Hindu dll. Jika “tidak bersyukur” itu ditujukan kepada ALLAH, kenapa boleh jadi begitu? Bukankah ALLAH telah menganjurkan keadilan dan ketelusan dalam segala aspek kehidupan ini – jadi apakah yang menyebabkan Penjawat Awam ini “tidak bersyukur”?. Jika ‘tidak bersyukur” ini ditujukan kepada Kerajaan kerana segala gaji iaitu rezeki dari perkhidmatan mereka itu datangnya dari kerajaan maka secara automatik orang yang berkata begitu telah menduakan ALLAH – telah berlaku syirik keatas dirinya. Kerja dengan Kerajaan adalah seperti bekerja dengan Rakyat. Kerajaan Malaysia bukan kerajaan monarki, Kerajaan Malaysia adalah kerajaan yang dibentuk oleh rakyat dalam pilihanraya. Penjawat Awam adalah rakyat, bukan pencacai Kerajaan kerana mereka juga mengundi di pilihanraya. Jadi apa salahnnya mereka menyokong BERSIH dengan matlamat untuk pilihanraya yang adil dan telus?.

Tohmahan 5: Media di Malaysia tidak berat sebelah, penyokong BERSIH sahaja yang tuli, hanya dengar berita luar sahaja.

Jawapan: Berapa kali dan berapa minit dalam slot berita jam 8.00 malam TV1, TV2, TV3, Bernama TV dll yang mengambil kenyataan pihak PR dalam satu malam?. Bukan mengambil kenyataan tersebut dan memutarbelit kata-kata mereka yang diulas sendiri oleh pemberita. Bandingkan dengan kenyataan BN yang mendapat liputan penuh, tetapi sebaliknya berlaku kepada PR. Apakah itu tidak berat sebelah?. Berita sehari dua selepas Perhimpunan BERSIH ini, sila bandingkan dengan liputan media perdana dan media alternatif. Buanglah ego dan cuba untuk mencari maklumat lebih dari pelbagai sumber, bukan hanya percaya bulat-bulat apa yang media perdana katakan bagai “beriman” dengannya. Dengan teknologi terkini, semua dihujung jari melainkan perasaan angkuh menguasai diri untuk tidak mahu mencari kebenaran. Jika kebenaran yang dijumpai itu sama dengan pendirian anda, teruskan dengan sokongan anda kepada media perdana itu. Akan tetapi jika kebenaran itu tidak sama dengan maklumat yang anda terima dari media perdana itu, jangan segan silu untuk bersuara kerana itu hak anda. Anda yang tentukan.

Aku rasa setakat ini tohmahan yang sering ditujukan kepada Penyokong BERSIH telah aku jawab. Baca dengan hati terbuka, bukan dengan kebencian. Mungkin ini boleh membuka minda anda.

[Edisi BERSIH 2.0] Malaysia Punyai Paling Ramai Manusia Berusia Lebih 100 Tahun

Satu Lagi Rekod dunia yang Malaysia cipta tapi tidak di iktiraf oleh Guinness World Records posted by KedahLaNie Menggemparkan!!! Malaysia Miliki Rekod Dunia Paling Ramai Penduduk Tertua Di Dunia, Tapi Kenapa Kita Tak Pernah Tahu Pun???

Tetapi!! Tahukah anda Malaysia juga mempunyai ramai manusia yang masih hidup dan usianya melebihi 100 tahun?

Di Perak sahaja terdapat 1538 orang pengundi yang berumur melebihi 100 tahun dan yang menakjubkan kesemua mereka masih hidup dan boleh mengundi..

Manusia tertua yang masih hidup dan boleh mengundi di Perak itu ialah seorang yang berbangsa Cina iaitu Wong Seng yang telah dilahirkan pada tahu 1879 dan kini berusia 132 tahun jauh lebih tua dari manusia tertua yang disenaraikan oleh Wikipedia.

Begitu juga dengan lapan lagi manusia yang panjang usianya juga mengatasi iaitu Nazmi Binti Harun 131 tahun, Ng Khoa 126 tahun, Kong Kew Kee 126 tahun, Ng Ah Kow 125 tahun, Wong Yee 124 tahun, Itam Latihah Bin Mohd Ali 123 tahun, Mohammad bin Haji Mohd Noor 123 tahun, Wong Pin 123 tahun dan Murugai A/P Ramamoorthai berusia 122 tahun iaitu sama dengan usia manusia paling tua di dunia yang pernah direkodkan..

Korang tengoklah sendiri senarai 50 dari 1538 orang dibawah ni yang diambil dari Daftar Pemilih..

No_KP_Baru/ No KP Lama/ Nama/ Bangsa/ Tahun_Lahir/ Umur

790610740022 1448642 WONG SENG CINA 1879 132

800501030028 A0993271 NAZMI BINTI HARUN MELAYU 1880 131

850710740048 3498040 NG KHOA CINA 1885 126

850608740017 1453245 KONG KEW KEE CINA 1885 126

450826085273 0592818 NG AH KOW CINA 1886 125

870608740058 1392190 WONG YEE CINA 1887 124

881101080023 0336299 ITAM LATIH 1888 123

881112610069 2106517 MOHAMAD MELAYU 1888 123

881003740059 0439199 WONG PIN CINA 1888 123

890624713118 2110938 MURUGAI A/P RAMAMOORTHAI INDIA 1889 122

901102740113 0363429 HOW TOH YOON CINA 1890 121

910103740048 0387294 MOK SOON HOONG CINA 1891 120

910812740032 0914383 AH SEE CINA 1891 120

921012750017 2112135 DOORASAMY S/O PARASAMY INDIA 1892 119

921108740075 0439792 LIANG KWAY CINA 1892 119

931218740147 0596852 LEE KOOI CHIEW CINA 1893 118

931108080037 0357301 HAJI ABDUL MUTALIB MELAYU 1893 118

931116080010 2587063 HAJI HALIJAH BINTI ENDUT MELAYU 1893 118

930920740089 3841080 WONG AH SIEW CINA 1893 118

930104750019 2779357 SUPPIAH S/O SUPPIAH INDIA 1893 118

941124740073 0617600 POON SUM CHOON CINA 1894 117

940601740064 1413720 CHONG CHUI CINA 1894 117

940503740167 1042990 LEONG YAK CINA 1894 117

941231080015 4063070 YOK GUNONG ORANG ASLI 1894 117

951129740055 0608134 LEE AH NGEE CINA 1895 116

950720710019 7599200 ASA SINGH INDIA 1895 116

960913740088 1850228 SADRI B ALAM MELAYU 1896 115

961024740074 2077418 LOH YAN TAN CINA 1896 115

961122740078 0588769 LOH TAI HOI CINA 1896 115

960408740255 7603072 YONG CHAN CINA 1896 115

971123740159 0392250 LAI CHOONG YOOK CINA 1897 114

970811080049 3514775 GOVINDASAMY INDIA 1897 114

971231743699 1066220 HEE PENG FOOI CINA 1897 114

980605740076 1413246 WONG SAM NOOI CINA 1898 113

981121080256 0585983 LEE YOKE KWAI CINA 1898 113

980503740147 1042943 YON LOON CINA 1898 113

980531750019 1382853 A K RETHNAM CHETTEER INDIA 1898 113

980607750059 1449825 SINNATHAMBY S/O AVADAI INDIA 1898 113

981125740100 0623105 CHAN SOON CINA 1898 113

980410750573 7638932 K.SHAIK DAWOOD INDIA 1898 113

981017740031 0366169 NG AH TEE CINA 1898 113

991107740157 0326715 WONG SEN CHEANG CINA 1899 112

991203740069 2583162 TEOH KOK TONG CINA 1899 112

991202710052 0591839 LAU TEE CINA 1899 112

991231741990 8156595 NGAN SUAR @ NGAN OH SUAR CINA 1899 112

991120740020 0619180 THAM LEAN TAI CINA 1899 112

991126710148 0410514 LEE KWAI FONG CINA 1899 112

990615740079 1406250 YIP PENG CINA 1899 112

990509740083 1078174 CHANG KWONG CINA 1899 112

Yang peliknya tiada seorang pun dari mereka tersenarai dalam 100 manusia paling tua di dunia.. kenapa agaknya.. mungkin SPR boleh jelaskan..

Sumber: TukarTiub

Permulaan Yang Baru

Assalamu’alaikum

Sekian lama aku meninggalkan bidang penulisan amatur ini. Mungkin muqaddimah kembali semula dalam arena ini boleh menjadi pemangkin bagi aku untuk memulakan semula. Mungkin lebih matang… mungkin…

Perjalanan dalam hidup aku menceritakan seribu satu kisah yang boleh aku mulakan tetapi pengakhirannya tiada. Dalam laman ini aku khaskan penulisan lebih terjurus kepada hal-ehwal semasa dalan negara yang aku cintakan ini.

Permulaan hari bila aku hidupkan television, satu ucapan yang agak terganggu pemikiran iaitu “Salam 1 Malaysia“. Terfikir sejenak. Islam sudah menganjurkan kita untuk memberi salam dengan hikmah yang terbaik bagi umatnya iaitu “Assalamu’alaikum” yang bermaksud “Selamat sejahtera ke atas kamu“. Satu ucapan yang mendoakan pengucap kepada penerima ucapan dan dibalas ucapan dengan “Wa’alaikum salam” yang bermaksud “Dan ke atas kamu jua kesejahteraan“. Begitu indah ucapan permulaan dalam sesuatu perhubungan hablul minannas.

Secara pemikiran yang waras tanpa sebarang pengaruh, sudah tentu ucapan “Salam 1 Malaysia” tiada signifikan. Ya… ianya hanya satu “jenama” sahaja tanpa maksud, tanpa produk, tanpa perkhidmatan yang perlu ditawarkan. Ianya kosong. Kita tinggal perkara ini. Mana yang mempunyai pemikiran yang waras dan semangat Islami yang tinggi mungkin boleh kupas perkara ini dengan lebih mendalam.

Melihat kepada senario politik Malaysia sekarang ini agak keterlaluan. Kekotoran, kelucahan, fitnah, sumpah, seranah, putar belit, dan bermacam lagi membawa kancah politik dilihat amat kotor. Ada yang menngambil iktibar dan ada yang menjauhkan diri. Melihat dari perspektif aku, aku dibesarkan dalam keluarga yang tidak mendedahkan politik kepartian ini secara langsung. Pendedahan dilakukan sedikit demi sedikit bermula dari asas aqidah dan sahsiah dalam diri sehingga aku faham apa itu politik versi Malaysia.

apabila bertemu pasangan hidup yang seluruh keluarganya menentang versi politik yang aku fahami menjadi cabaran bagi aku untuk menerangkan apa yang aku faham kerana aku faham apa yang aku tahu, tetapi mereka tidak seperti aku. Pendedahan dari keluarga aku lebih kepada kajian-DIY (do it yourself). Ayah menyediakan insfrastruktur sumber informasi seperti sekolah, buku, majalah, internet dan lain-lain lagi untuk aku kaji sendiri apa yang berlaku diluar rumah aku. Aku melihat ini secara logik berlandaskan syara’ dan sejarah silam dan tanpa ragu-ragu bahawa aku berada di landasan yang betul.

Setiap perkara yang aku dapat tidak aku terima bulat-bulat tanpa kajian atau pandangan dari sudut yang berlainan. Kebiasaannya aku akan mengkajinya secara “menyilang-kata” dari sumber-sumber yang aku terima. Akan aku hadap sehingga aku faham. Tetapi kadang-kadang aku terlalu emosi atas sesuatu perkara sehingga aku terlupa prinsip “kaji” yang aku guna sebelum ini. Aku terlupa. Ya… aku terlupa, tetapi aku masih di sini untuk menulis apa yang akan aku hadam untuk aku sebarkan kepada semua.

Wallahu’alam.