Category Archives: Bahasa

1 Malaysia: Rakyat Didahulukan?

Dalam aku bersiar-siar di laman maya sambil menghirup udara kepam dalam pejabat cum bilik di rumah tiba-tiba aku terbaca satu komen di satu blog. Komennya tak panjang, hanya pendek sahaja. Komennya berbentuk saranan kepada muda-mudi, bloggers, pemimpin-pemimpin dan yang paling penting PM Najib Tun Razak untuk mengupas makna tersurat dan tersirat motto 1 MalaysiaRakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Aku terasa terpanggil untuk menyahut saranan komen tersebut walaupun ia bukan komen dalam artikel blog ini, tetapi aku ada pendapat yang boleh dikongsi bersama. Jujurnya, aku tak idea untuk mengupas makna tersurat dan tersirat keseluruhan motto 1 Malaysia, hanya motto “Rakyat Didahulukan” sahaja yang boleh aku kupaskan.

*Amaran: Kepada pembaca pro-BN, tulisan ini memang ada kena-mengena antara hidup dan yang mati. Haha.

Apa makna motto “Rakyat Didahulukan?

1) Harga minyak naik, rakyat dahulu yang naik minyak

2) Harga barang naik, rakyat dahulu yang susah

3) Gula habis, rakyat dahulu rasa tawar

4) Cukai dan tol naik, rakyat dahulu yang pening kepala

5) Caj bil eletrik naik, rakyat dahulu yang bergelap

6) Gaji minimum tak diputuskan, rakyat dahulu yang sengkek

7) Bonus tak dapat, rakyat dahulu yang pokai

8) Buat GST, rakyat dahulu yang susah

9) Jenayah menjadi-jadi, rakyat dahulu yang jadi mangsa

10) Rasuah tinggi, rakyat dahulu yang jadi “kambing hitam”

Kalau rasa nak tambah lagi, boleh bagi komen di bawah.

Pencapaian Diutamakan” akan menyusur tak lama lagi kerana aku sedang kumpul maklumat. Akan tetapi, andaikata anda ada idea, boleh kita berkongsi bersama.

Advertisement

Kos Melepas PPSMI

Aku sokong dengan pemansuhan PPSMI, tapi aku tak sokong pemansuhannya pada tahun 2012.

Kenapa tahun 2012? Nak buat isu simpati PRU ke 13 ke?

Aku melawat blog Prof. Abdullah dalam artikel Berapa Kos PPSMI?

Ramai rakan yang mahu tahu berapa kos PPSMI selama ini!

Dalam majlis perkahwinan anakda Datuk Dr. Hassan Ahmad pada 17 Mei lalu, ada ahli GMP, Datuk Abdu Bakar Hamid, Datuk A Samad Said, Dr. Shahrir Mohd. Zain, Prof. Abdullah dan Puan Ainon berkesempatan duduk semeja dengan YB. Datuk Puad Zarkashi dan bertanya pada Timbalan Menteri Pelajaran.

Jawab beliau, beliau diberi tahu oleh seorang pegawai tinggi kmenterianya, “Easily RM 12 billion … ” (Paling tidak RM12 bilion … terjemahan bebas pengarang).

Wah banyaknya. Berapa banyak?

Sekiranya setiap universiti yang baru ditubuhkan, termasuk UPSI, diberi satu bilion, maka semua universiti baru kita ini sudah siap kampusnya dalam masa enam tahun lalu.

Bayangkan universiti di Perlis, di Tanjung Malim, di Kelantan, di Terengganu, di Pahang, dll. .. semua ada kampus sendiri yang siap dibina.

Itulah yang sudah tiada kerana PPSMI.

Jadinya… kerana hanya untuk memenuhi kehendak pemimpin, banyak yang rugi.

PPSMI: Satu Lagi Projek “Tipu Melayu” Kerajaan BN – Bahagian 2

Mengapa Kami Bantah! Penggunaan Bahasa Inggeris bagi mengajar Sains dan Matematik. Itulah tajuk buku susunan Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan (blognya disini) yang menentang PPSMI.

Apa yang kerajaan banggakan dengan PPSMI? Mereka pun tahu bahawa PPSMI ini akan memusnahkan bangsa Melayu, tetapi kerana sudah terlanjur dengan tindakan sendiri, maka mereka pun pertahankan walaupun ia memang bengang.

Penyokong bawahan BN pula menjadi pencacai-pencacai najis mempertahankan ide pemimpin mereka. Mana-mana kita akan dengar dari media perdana tentang tahap peningkatan matapelajaran Sains dan Matematik dalam UPSR dan PMR. Kini SPM dalam pembikinan untuk diumumkan. Kertas telah pun siap diperiksa. Hanya yang belum buat ialah skrip skema untuk Menteri Pelajaran Malaysia baca semasa umumkan keputusan SPM nanti.

Rata-rata pengamal pendidikan baik di sekolah rendah hingga ke universiti menentang PPSMI. Ahli politik tidak faham tentang ini. Yang mereka faham ialah dapatkan kontrak untuk supply buku dan komputer ke sekolah. Yang dapat kontraktersebut ialah anak beranak mereka. Demi kepentingan kroni, rakyat menjadi mangsa.

Dibawah ini aku copy-paste artikel dari blog Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan tentang kedudukan Malaysia dalam TIMSS (Trends in International Mathematics and Science Study) – klik disini.

Apabila Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UPSI, seorang ahli sains yang terdidik dalam bahasa Melayu menghantarkan kepada saya keratan blog Lim Kit Siang mengenai kemerosotan kedudukan Malaysia dalam TIMSS (Trends in International Mathematics and Science Study), maka tindakan selanjutnya pada saya adalah menggoogle TIMSS.

Betullah, kedudukan Malaysia itu merosot. Prestasi pelajar gred 8 kita (Tingkatan 2) dalam matematik dan sains adalah seperti berikut.

Matematik
1999 = skor 519, tangga 16
2003 = skor 508, tangga 10
2007 = skor 474, tangga 20

Perhatikan, skor pelajar kita dalam sains menurun walaupun ‘tidak terlalu jatuh tangganya.’

Sains
1999 = skor 492, tangga 22
2003 = skor 510, tangga 20
2007 = skor 471, tangga 21

Yang dikritik oleh pemerhati adalah hakikat bahawa Menteri Pelajaran kita membisukan isu ini. Beliau tidaklah berbega-bega mengumumkannya seperti halnya dengan keputusan TIMSS pada tahun 2003 dan 1999. Penilaian ini diadakan empat tahun sekali.

Dan juga, Menteri Pelajaran kita tidaklah seriang mengumumkan keputusan UPSR dan PMR sebagai bukti kemantapan PPSMI.

Perkara yang menarik dalam laporan TIMSS itu adalah negara yang tidak mengamalkan PPSMI menunjukkan prestasi cemerlang. Lihat prestasi 35 negara berikut:

1. Singapura 567 (PPSMI, Inggeris adalah bahasa komunikasi keluarga)
2. Taiwan 561
3. Jepun 554
4. Korea Selatan 553
5. England 542 (PPSMI, Inggeris adalah bahasa ibunda)
6. Hungary 539
7. Republik Czech 539
8. Slovenia 538
9. Hong Kong 530
10. Persekutuan Rusia 530
11. Amerika Syarikat 520 (PPSMI, Inggeris adalah bahasa ibunda)
12. Lithuania 519
13. Australia 515 (PPSMI, Inggeris adalah bahasa ibunda)
14. Sweden 511
15. Scotland 496 (PPSMI, Inggeris adalah bahasa ibunda)
16. Italy 495
17. Armenia 488
18. Norway 487
19. Ukrain 485
20. Jordan 482
21. Malaysia 471 (PPSMI + BM, Inggeris bukan bahasa ibunda)
22. Thailand 471
23. Serbia 470
24. Bulgaria 470
25. Regim Israel 468
26. Bahrain 467
27. Bosnia & Herzegovina 466
28. Romania 462
29. Iran 459
30. Malta 457 (PPSMI, Inggeris adalah bahasa rasmi)
31. Turki 454
32. Syria 452
33. Cyprus 452
34. Tunisia 445
35. Indonesia 427

Kecuali Singapura dan England yang bahasa di rumah pelajarnya adalah Inggeris, 10 negara yang teratas tidak datang daripada negera yang tidak mengamalkan PPSMI.

Harap maklum, bahasa Inggeris adalah bahasa ibunda England, Amerika Syarikat, Australia dan Scotland.

Kajian sosiolinguistik menunjukkan bahawa bahasa dalam kalangan keluarga di Singapura adalah Inggeris (Tajuddin Jaafar, 2005).

Hanya Malta yang mengamalkan ddasar PPSMI di samping bahasanya sendiri. Namun bahasa mereka itu adalah bekeluarga dengan bahasa Inggeris.

Data ini membuktikan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa ibunda itu lebih berkesan.

Apa lagi yang kerajaan mahukan?, Apa lagi alasan kerajaan untuk pertahankan PPSMI jikalau ia menambah-terukkan lagi situasi pendidikan negara ini?, Kenapa mahu sokong lagi kerajaan yang sudah hilang kredebeliti ini?. Tolak jauh-jauh biar jadi sejarah hitam Malaysia!.

kepala-kami-bantah-ppsmi1

PPSMI: Satu Lagi Projek “Tipu Melayu” Kerajaan BN

Mana lebih penting BM di tepi jalan atau BM di dalam kelas sekolah?, itulah yang dinyatakan dalam blog Baha Zain (Datuk)Padan Bahasa Melayu!. PPSMI (Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris) dicanangkan oleh Kerajaan BN kononnya untuk memperkasakan Bahasa Inggeris, akan tetapi mangsanya ialah subjek yang kritikal – Sains dan Matematik.

Statistik terbaru oleh kerajaan menyatakan peratus kelulusan untuk subjek Sains meningkat 1.7% dalam UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) baru-baru ini. Wah! satu peningkatan yang baik, tapi anda perlu tahu satu perkara sebelum membuat apa-apa konklusi.

Aku bagi realiti sebuah sekolah kluster di Kawasan Muadzam Shah yang mejoritinya pelajar Asli. Ya, memang statistiknya memberangsangkan dengan hampir 80% pelajarnya mendapat A dalam sains. Tapi bagaimana korang fikir jika; Pelajar Asli yang hanya datang ke sekolah tidak lebih 10 hari boleh mendapat C dalam sains? Lojik? Tidak mustahil? Dan bagaimana sekolah mejoriti Asli itu boleh mendapat 80% A dalam Sains? Aku bukan memperkecilkan kebolehan anak-anak Asli. Cuma lojik atau tidak korang kira-kira sendiri – Gild

Apa yang sebenarnya terjadi?. Siapa tipu siapa?. Hah! Apa-apa pun jawapannya yang rugi tetap orang Melayu. Mahu perkasakan bahasa Melayu, tapi memusnahkan penggunaannya.

Aku mahu berkongsi dengan pembaca mengenai “trick” peratusan kelulusan yang boleh ditentukan oleh orang atasan untuk “memaksumkan” apa yang mereka buat. Dengan memperjudikan “kualiti” pelajar, maka kerajaan akan dapat “kuantiti” yang boleh dibanggakan.

Kebiasaannya, sekolah akan menetapkan markah 40 adalah markah minimum untuk lulus, manakala markah bawah 40 adalah gagal. Katakanlah hanya sedikit sahaja pelajar yang mendapat markah atas 40, maka sudah pasti bilangan pelajar yang lulus akan menjadi rendah, manakala yang bilangan pelajar yang gagal akan menjadi ramai, kita boleh lihat ilustrasinya seperti graf dibawah ini:

Graf Kelulusan 1

Graf Kelulusan 1

Tapi Kementerian Pendidikan dan juga Lembaga Peperiksaan ada cara yang untuk mengubah graf ini menjadi peratusan kelulusan yang tinggi dan bilangan pelajar yang lulus juga ramai. Ia dipanggil dengan konsep “Cut of Volume“.

Graf Kelulusan 2

Graf Kelulusan 2

Seperti graf diatas, kita boleh lihat apa yang dilakukan oleh kerajaan. Jika Menteri Pelajaran ingin melihat 90% kelulusan untuk satu-satu subjek, maka markah minimum untuk lulus boleh diubah kepada 10 markah. Olah itu kita boleh lihat ramai pelajar yang lulus, dan hanya sedikit yang gagal – Kualiti akan berkurangan, kuantiti akan bertambah demi menjaga hati orang atasan.

Sekali lagi aku nyatakan disini, apakah yang patut kita banggakan dengan  peningkatan peratus kelulusan 1.7% bagi subjek Sains jikalau ia hanya satu permainan politik semata-mata. Yang rugi bukan orang lain, tetapi anak bangsa kita juga.

Janganlah Takut Pak Lah

Pak Lah risau dengan penyebaran bermacam-macam berita dalam blog. Siap suruh para bloggers hentikan penyebaran cerita-cerita mereka. Janganlah takut Pak Lah. Kalau suratkhabar kerajaan boleh ceritakan macam-macam, kami pun boleh juga. Barulah adik dan saksama.

Memang la tak nafi kalau ada bloggers macam kami ni tulis macam-macam.  Tapi itulah cara untuk kami meluahkan isi hati kami menggunakan logik akal dan fakta yang cuba disembunyikan oleh media. Lagipun tulisan kami bukan la teruk sangat pun, kutuk sikit-sikit aje. Kan masa dah berubah, dunia makin maju begitulah iklan baru Berita Harian. Terima ajelah hakikat.

Kalau kami tulis macam-macam kat sini pun bukannya datang effect kat kerajaan pun. Kalau ada pun sikit aje, setakat kerajaan jatuh kedebab, tak pun tukar kerajaan aje. Paling banyak pun kami membuka pekong didada pemimpin kerajaan… itu aje. Bukannya nak mengkhianat pun.

Kalau kata nak khianat, lama dah Malaysia ni kena jajah semula. Tapi yang ternampak macam kami yang kena khianat. Sikit-sikit kata kerajaan tak ada duit, biasiswa tukar jadi pinjaman, matapelajaran Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris, Sekolah Agama Rakyat dicop sarang militan, kewibawaan Di-Raja dipermainkan, macam-macam lagilah. Nak cerita pun dah tak berapa ingat sebab banyak sangat yang nak kena ingat. Yang penting kami tak mudah lupa…

Kemandulan Otak

Aku pinjam ayat ahli parlimen semalam yang kata DBP mengalami “Kemandulan Minda“. Tak banyak sangat aku tahu apa yang diperkatakan oleh ahli parlimen tersebut. Tapi yang jelas pada aku beliau mengutuk keras kerja-kerja yang dilakukan oleh DBP untuk memperkayakan Bahasa Melayu. Dengan menyatakan DBP tidak kreatif dan tidak berusaha untuk mengkaji perkataan-perkataan baru. Sebagai contoh katanya, perkataan KONSULTASI diambil dari perkataan Inggeris iaitu CONSULTATION. Pada aku pihak yang mengata juga mengalami kemandulan pemikiran… sama-sama mandul.

Mungkin anda masih ingat masa perbentangan belanjawan tahunan oleh kerajaan. Masa tu pihak kerajaan menggunakan perkataan BAJET bagi menggantikan BELANJAWAN. Kenapa beliau tak bising-bising masa tu?  Bukan ke BAJET tu dari perkataan Inggeris iaitu BUDGET? Kenapa tak gunakan terus perkataan BELANJAWAN sedangkan masa tu DBP belum lagi mewartakan perkataan BAJET sebagai salah satu perkataan Bahasa Melayu dalam Kamus Dewan. Kini si ahli parlimen tergedik-gedik mengaku kononnya dialah yang memartabatkan Bahasa dan Bangsa. Salahkan pihak lain kerana tak buat kerja. Kononnya dialah yang buat kerja, tapi bila Bahasa Melayu di letakkan kelas kedua untuk matapelajaran Sains dan Matematik, masing-masing diam. Bagusssss katanya.

Lain pula di Pahang, “Kemandulan Minda” a.k.a “Kemandulan Otak” MB Pahang jelas terpapar bila bangga menjadi juara pembida nombor plat CCC 9 dengan bidaan RM 48, 000. Langsung tak boleh berfikir tentang masalah rakyat, tapi bergembira dengan duit rakyat dan terus membazir. RM 48k boleh buat mengubah nasib si fakir miskin yang minum air lombong di Gambang, Pahang (sila klik di sini untuk cerita MB Pahang yang otaknya di lutut). Mana letaknya otak yang Allah bagi untuk berfikir?. Menangis mata dan hati melihat kemiskinan rakyat bangsa aku sendiri bila pemimpin dari bangsa aku juga yang lupa daratan dan lupa diri. Label yang patut mereka guna di dahi adalah “AKU PEMIMPIN BODOH”….