Category Archives: Kempen Pilihanraya

Surat Terbuka Kepada Orang Melayu: “ISLAM DIDAHULUKAN, MELAYU BERSAMANYA”

Oleh: Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Muqaddimah

Islam didahulukan, Melayu bersamanya. Bukan Melayu didahulukan, Islam mengikutnya, kerana Islam ditegakkan Melayu selamat. Kalau Melayu ditegakkan di atas aqidah kebangsaannya, Melayu sesat, Islam terpinggir. Inilah kecuaian Umno sejak ditubuhkan sehingga kini.

Kecintaan kepada keluarga, kaum dan bangsa adalah fitrah yang digalakkan oleh Islam, tetapi menjadikannya aqidah perjuangan adalah satu kesesatan. Rasulullah S.A.W. memulakan perjuangan dengan keluarga dan kaumnya, tetapi dengan aqidah dan berpandukan Islam.

Rasulullah S.A.W. adalah ikutan yang dilantik oleh Allah, bukan dilantik melalui pilhanraya atau perhimpunan agung mana-mana parti. Apabila Rasulullah S.A.W. dilantik menjadi Rasul akhir zaman kepada seluruh alam, dipilih daripada kalangan bangsa Arab qabilah Quraisy, paling jahil, miskin dan berada di tengah padang pasir paling gersang, tetapi menjadi paling sabar, berani dan paling lasak menghadapi cabaran kalau ditarbiyah.

Paksinya Islam, bukan bangsa

Bangsa Arab seluruhnya berpecah dan berperang sesama sendiri. Semenanjung Arab, tanah air mereka dijajah oleh kuasa besar dunia Parsi dan Rom. Persoalannya apakah yang didahulukan oleh Rasulullah S.A.W? Sama ada memulakan perjuangan di atas semangat kebangsaan Arab, satukan mereka terlebih dahulu di atas semangat kebangsaan itu, tegakkan perjuangan kemerdekaan menentang penjajah Parsi dan Rom, selepas itu Islam boleh tegak dengan sendiri bersamanya. Atau mulakan dengan Islam, perkasakan bangsa Arab dengan Islam yang sempurna, aqidah, syariat dan akhlak?

Ucapan pertama disampaikan kepada penduduk Makkah dengan arahan wahyu daripada Allah bermaksud (Al-A’raf: 158):

Katakanlah: “Hai manusia Sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada kamu semua, iaitu Allah yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, yang menghidupkan dan mematikan. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimat-Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah Dia, supaya kamu mendapat petunjuk.

Bukan dengan seruan “Hidup Arab Islam selamat!”, hanya bangsa Arab yang boleh menegakkan Islam, macam slogan Umno: “Hidup Melayu!”.

Tegasnya bahawa Rasulullah S.A.W. memulakan perjuangan mengajak bangsa mengikut Islam, bagi memerdekakan diri daripada jahiliyah dalam diri sendiri terlebih dahulu dengan bangsanya mengikut Islam. Walaupun mendapat tentangan hebat daripada pemimpin kaum bangsa dan keluarganya sendiri, sehingga dihalau daripada tanah air tempat dilahirkannya (Makkah). Kemudian menggunakan kuasa pemerintahan Islam yang ditegakkan oleh kaumnya yang menerima Islam dengan beriman mengikutnya dengan sempurna dan mengumpul serta menyatukan mereka dengan Islam. Kemudian kembali semula ke Makkah untuk memerdekakannya daripada kuasa pemerintahan jahiliyah Arab yang dipimpin oleh ayah mertuanya sendiri Abu Sufian bin Harb.

Islam diamal dan disampaikan

Allah mewafatkan Rasulullah S.A.W. setelah ajaran Islam disempurnakan secara wahyu serta cara beramalnya dinyatakan oleh Sunnah Rasulullah S.A.W. dan setelah menyampaikan mesej Islam secara bersurat yang dihantar kepada negara dan bangsa yang bukan Arab. Ada yang menerima Islam, ada yang tidak menerima tetapi berdamai dan ada yang mengambil sikap permusuhan.

Sebelum wafat Rasulullah S.A.W. Allah menegaskan kepadanya secara wahyu kepada bangsa Arab yang menganut Islam supaya berpandukan Islam, di antaranya Allah memberi amaran (Muhammad: 38):

Jika kamu berpaling (dari menegakkan Islam) nescaya Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini.

Kepimpinan Islam diteruskan

Khalifah Abu Bakar mengambil alih memimpin negara menentang bangsa Arab yang murtad (berpaling tadah menentang Islam). Penyelewengan berlaku dengan bantuan penjajah Parsi dan Rom. Setelah Khalifah Abu Bakar berjaya mengalahkan bangsa Arab yang murtad maka dimulakan dakwah mengajak kaum lain kepada Islam tanpa paksaan.

Dua kuasa besar dunia menentang secara ketenteraan kerana menganggap bangsa Arab yang menganut Islam itu masih lemah seperti sebelum Islam. Tiba-tiba dua kuasa besar dunia ikut tumbang kerana jahiliyyahnya, walau pun mereka maju dari segi kebendaannya, tetapi dibejati kezaliman dan maksiat. Khalifah Umar R.A. yang berjaya menjatuhkan dua kuasa besar dunia itu menyampaikan ucapannya ketika berada di Kota Suci Bait Al Maqdis:

Kita adalah bangsa yang diberi kemuliaan oleh Allah dengan Islam. Sekiranya kita mencari kemuliaan yang lain dari apa yang telah dikurnia Allah, nescaya kita akan ditimpa hukuman Allah menjadi bangsa yang hina.

Arab hebat apabila berpegang dengan Islam

Ketika bangsa Arab yang menganut Islam masih berpegang dengan ajaran Islam, mereka terus memimpin negara yang paling besar dalam sejarah, bersama masyarakat majmuk berbagai bangsa dan agama. Mereka mengislamkan bangsa lain tanpa paksaan dan mengislam ilmu serta kebijaksanaan daripada berbagai bangsa, sehingga melahirkan tamadun Islam yang paling hebat dalam sejarah manusia.

Apabila bangsa Arab menjadi leka terhadap Islam, maka Allah menukarkan bangsa bukan Arab yang menganut Islam dan berpandukan Islam serta menegakkannya. Bangsa lain mengambil alih pemerintahan telah melahirkan ilmuan Islam dan pemimpin negara. Manakala bangsa Arab menjadi rakyat di bawah pemerintahan Islam, oleh para ulama dan pemimpin bukan berbangsa Arab, seperti Kurdis, Turki, Bukhara dan lain-lain.

Melayu juga hebat dengan Islam

Bangsa Melayu di Asia Tenggara turut sama menjadi bangsa yang perkasa apabila mereka menganut Islam dan raja-rajanya memerintah dengan Islam. Bahasa Melayu berhuruf Al Quran bertamadun menjadi bahasa ilmu dirantau ini.

Kedatangan penjajah yang mampu menguasai dunia Islam, termasuk dunia Melayu di rantau ini apabila mereka lemah berpegang dengan ajaran Islam. Cahaya Islam yang sedikit tidak boleh dipadamkan masih bersuluh membangkitkan perjuangan menentang penjajah.

Walaupun penjajah asing sudah meninggalkan tanahair kita, tetapi kesan daripadanya masih wujud dengan tebal. Kita tidak dapat mengembalikan jati diri malainkan dengan kembali menjadikan Islam tertegak di hadapan kita yang menjadi panduan seluruh cara hidup beragama dan bermasyarakat. Ini seperti yang pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dengan petunjuk Allah dan diperingatkan oleh Khalifah Umar bin Al Khattab R.A.

Mari kita menjadi bangsa yang insaf dengan muhasabah diri, bagaimana bangsa Arab yang berjumlah ratusan juta, di tengah kekayaan hasil minyak yang tidak terkira, dipermainkan oleh kuasa Barat yang pernah menjajah mereka. Mereka tidak mampu berdepan dengan segelintir bangsa Yahudi zionis yang diletakkan oleh penjajah bagi menjaga kepentingannya di Asia Barat. Ini kerana mereka berpaksikan kebangsaan Arab dan meminggirkan Islam di belakang mereka. Satu agenda penjajahan pemikiran yang sengaja dirancang begitu rupa.

Hari ini bangsa Arab mula sedar dan bangkit bersama Islam dengan memulakan kemenangan Islam secara aman melalui pilihanraya yang adil setelah ditekan oleh pemimpin bangsa sendiri secara kuku besi.

Umno adalah pelakon yang sama memimpin negara yang dikatakan merdeka, dengan semangat hidup Melayu, Islam selamat. Nyata bahawa Melayu tidak selamat dengan cara Umno. Islam cara Umno tidak mampu memperkasakan Melayu, kerana Melayu didahulukan, Islam tidak memandunya kerana tidak djadikan panduan. Maka bangsa Melayu tidak mampu bersaing dengan kaum lain dalam masyarakat majmuk.

PAS terima hakikat masyarakat majmuk

Kita wajib menerima hakikat masyarakat majmuk yang diatur oleh penjajah di tanah air kita. Setelah mereka menjajah bangsa Melayu yang lebih dahulu yang bercampur dengan kaum pribumi berada di tanahair ini. Penjajah membawa kaum lain yang dijajah juga, untuk sama-sama diperhambakan untuk kepentingan penjajah Barat. Bangsa Melayu dan penduduk asal yang lain terus dipinggir di kawasan luar bandar dengan keadaan terbiar dalam kemiskinan. Kaum Cina pula menjadi buruh di lombong-lombong dan sebahagiannya di bandar dan kaum India menjadi buruh di ladang-ladang. Semua kaum diperkudakan untuk kepentingan penjajah dan seterusnya diatur untuk dilagakan di antara satu sama lain, untuk terus diperintah atau menjaga kepentingan penjajah selepas merdeka.

Mengikut Islam bahawa masyarakat majmuk adalah satu adunan yang baik sekiranya dimanfaatkan dengan bijak, sekiranya wujud kedudukan yang seimbang dan saksama diantara satu sama lain. Kaum lain telah menerima hakikat bangsa Melayu yang beragama Islam adalah teras kepada negara dengan hak yang adil secara sama dengan kaum yang lain, kerana jumlah mereka lebih besar. Tiba-tiba kedudukan orang Melayu yang beragama Islam ketinggalan jauh di belakang dari segi pendidikan, ekonomi, politik dan lain-lain. Ini menyebabkan rasa tidak puas hati terhadap kaum lain, dengan terpinggir secara nyata di Singapura, Pulau Pinang dan negeri-negeri lain di pantai Barat dan Malaysia Timur. Semua negeri-negeri ini pada awalnya dipimpin oleh Umno yang bertemakan hidup Melayu mafhumnya tegaklah Islam.

Umno sebenarnya yang bermasalah

Malangnya Umno menyalahkan pihak lain, khususnya PAS yang tidak bersama Umno sejak menentang penjajah dan cara mencapai kemerdekaan dan mengurus negara. Umno meletakkan Islam di samping atau di belakang tanpa kuasa secara warisan penjajah yang merancang untuk melemahkan umat Islam mengikut kajian para orentalis. Akhirnya orang Melayu bukan sahaja terus dalam keadaan lemah, tidak mampu bersaing dengan kaum lain. Bukan sahaja ketinggalan dalam ekonomi di bumi sendiri, walaupun diberi tongkat hak istimewa Melayu dan bumiputera, bahkan ketinggalan dalam pendidikan dan kesedaran berpolitik. Pemimpin yang tidak boleh menjadi model Islam kepada bukan Islam dan tidak mampu memimpin kumpulannya dan bangsanya sendiri, apatah lagi negara, tetapi lebih berlagak mampu dengan mempertahan kuasa dengan apa sahaja, kerana dibejati penyakit zalim dan fasad. Zalim mengikut takrif Islam ialah meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya dalam segala bidang, seperti kehakiman, pentadbiran, ekonomi dan lain-lain aspek. Fasad pula ialah kemungkaran dalam segala aspek saperti rasuah dan segala maksiat terhadap Allah, diri sendiri dan masyarakat.

Pemimpin utama Umno sendiri sudah mengaku adanya penyakit yang kronik dalam diri parti Umno. Politik rasuah (wang) membarah dalam diri sendiri dan menyebarkannya kepada orang Melayu untuk mendapat sokongan, mengampu dan menipu sesama sendiri. Maka orang Melayu dalam bahaya bersama Umno .

Ketinggalan orang Melayu dalam politik Singapura di tahun lima puluhan dan enam puluhan adalah di bawah pimpinan Umno. Tertinggalnya orang Melayu di Pulau Pinang adalah di bawah Umno juga. Umno menyelamatkan kedudukan dengan mengasak orang Melayu dengan kawasan pilihanraya campuran bagi memenangkan rakan kongsinya daripada kaum lain setelah parti itu kalah di kawasan mereka.

Mereka menekan bangsa sendiri yang menegurnya dan tidak bersamanya, dengan menindas negeri Melayu yang tidak berpihak kepada Umno. Tindakan menafikan hak royalti minyak terhadap Kelantan dan Terengganu suatu ketika dahulu serta melambatkan bayaran perkapita. Begitu juga dengan Kedah. Ini adalah contoh nyata Umno menindas negeri Melayu.

Umno juga mengapi-apikan semangat perkauman Melayu sehingga tegang hubungan dengan kaum lain, seterusnya orang Melayu dilekakan dengan wang, media yang menipu dan melalaikan mereka. Ketika bangsa lain berpolitik secara matang dengan kefahaman merancang masa depan yang jauh. Namun orang Melayu berpolitik diajar oleh Umno untuk mencari peluang beberapa hari dimusim pilihanraya sehingga lupa menjadi mangsa setiap lima tahun sehingga lebih lima puluh tahun terus ketinggalan.

Sudah tiba masanya orang Melayu memberi peluang kepada Umno berehat atau bersara atau berhenti terus. Ucapan berapi dalam perhimpunan Agung Umno baru-baru ini lebih banyak membedil diri sendiri, bukan sahaja ada yang menikam dari belakang bahkan ada yang berani menikam secara berhadapan. Walaupun pada zahirnya menyerang lawan dan kawan. Yang tidak faham bertepuk tangan syok sendiri sehingga membengkak tangan. Adapun yang faham pula berubah wajah kerana kebimbangan bahteranya menunggu karam ditebuk kelasi sendiri.

Umat mesti diselamatkan

PAS berulangkali mengajak Umno bermuzakarah secara ilmu Islam dan adabnya bagi menyelamatkan umat dan negara dengan Islam, bukan berbincang untuk bersama memikul biawak hidup yang diternak oleh Umno. Mengajak kepada Islah sekadar kemampuan, kerana bukan cara menyelamatkan negara dengan mengapi-apikan semangat perkauman yang menegangkan hubungan diantara kaum dan agama. Caranya ialah dengan konsep adil untuk semua dan menjaga hak masing-masing secara adil, serta ruang demokrasi dengan batas-batas dan sempadannya yang sebenar secara ikhlas, bukan secara menipu. PAS percaya Islam adalah hujah yang terkuat daripada Allah S.W.T kerana Islam adalah Rahmat Allah kepada seluruh alam.

Tulisan ini bukan menjaga tepi kain orang lain, tetapi hanya peringatan kepada mereka yang kainnya sudah parah terkoyak, sehingga menampakkan kecacatan yang memalukan.

Sumber: http://www.niknasri.com/wp-content/uploads/2011/12/SURAT-TERBUKA-KEPADA-ORANG-MELAYU.pdf

Kahwin PAS dan UMNO?

Para pesorak UMNO dan pimpinannya nampaknya masih lagi berharap agar PAS dapat bersatu dengan UMNO. Selepas Mat Sabu naik menggantikan Nasarudin Mat Isa sebagai Naib Presiden PAS, impian UMNO untuk bergabung dengan PAS bagai mimpi siang hari. Mat Sabu bagaikan satu ‘bala’ jika ada dari pihak UMNO yang merisik PAS untuk disatukan.

Unity Government (Kerajaan Perpaduan) yang digemburkan oleh pesorak UMNO sebelum Muktamar PAS yang lepas hilang sekelip mata apabila perwakilan PAS seluruh Malaysia memilih muka lama yang dibenci UMNO naik takhta semula. Kalau dahulu dimomokkan bahawa TG Haji Hadi dan Nasarudin Mat Isa menjadi jambatan pihak UMNO untuk merisik PAS bergabung, tetapi selepas Mat Sabu naik, kini Hassan Ali pula menjadi manga.

Aku agak kurang faham kenapa Editor Kanan Utusan, Zaini Hassan, beriya-iya benar menaikkan Hassan Ali sebagai ‘penyelamat’ Melayu di Selangor dengan mendakwa bahawa Hassan Ali mampu untuk mengahwinkan PAS dengan UMNO, dengan alasan bahawa Selangor kini dibawah ‘kuasa’ DAP yang akan memusnahkan harapan Melayu di Selangor dan alasan kedua bahawa Hassan Ali mampu untuk menyatukan Melayu di Selangor. Wah!.. nama baru dari lidah UMNO untuk merosakkan dalaman PAS. Satu agenda strategik UMNO bagi merampas semula Selangor melalui pergolakan dalaman Pakatan Rakyat (PR) dan PAS.

Pada pendapat aku penganugerahan darjah kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kepada Hasan Ali adalah disebabkan oleh kerja Hassan Ali sebagai EXCO Kanan Selangor yang cemerlang. Hassan Ali bekerja untuk rakyat dan bukannya bekerja untuk parti semata-mata. Walaupun kadang-kadang ada ketikanya pendapat Hassan Ali itu berlawanan dengan pendapat pimpinan PR, tetapi ia tidak bermaksud Hassan Ali tidak bersama dengan PAS dan PR. Tidak perlulah Utusan mengambil peluang untuk menghuru-harakan ‘penganugerahan’ ini kononnya Sultan mahu Selangor ‘diselamatkan’ oleh ‘penguasaan’ DAP di Selangor.

Persoalan yang aku mahu rungkai tetapi susah untuk dirungkai ialah, adakah Selangor perlu diselamatkan?, siapa yang merosakkan Selangor?, apa bukti bahawa Selangor perlu diselamatkan?, adakah dengan penganugerahan Hassan Ali oleh Sultan membolehkan Hassan Ali menjadi ‘Superman’ di Selangor untuk menyelamatkan negeri itu?

Utusan sejak dari dahulu hingga kini biasa dengan berita ‘lucah’ dan cerita fitnah yang merosakkan kesatuan Melayu itu sendiri. Masakan seorang pemfitnah mahu dipercayai kata-katanya?

Masuk UMNO

Setiap kali PRK akan ada berita perdana menceritakan perbondongan ahli-ahli parti masuk ke parti lain. Alasannya mudah sahaja – Parti yang memerintah negeri tak tunaikan janji. Janji pembangunan bangunan, dan wang kewangan yang mencurah-curah.

Aku cuba untuk memasuki dimensi berita ini walaupun aku tahu secara waras bahawa mungkin benar atau tidak berita ini wujud. Tapi mudah untuk bersangka jahat dengan provokasi ini. Aku cuba untuk menjadi salah seorang yang melompat ke parti lain dengan niat untuk membalas dendam kerana parti yang menang PRU yang lepas tak tunai janji.

Mengguna pakai alasan seperti di atas untuk melihatkan bahawa aku ini orang teranaya maka alasan bangau-oh-bangau memang pilihan yang tepat bagi aku untuk tindakan ini. Bukan susah untuk nampak popular, bahkan siap masuk berita perdana gambar yang menunjukkan aku pegang borang pendaftaran sambil di temankan dengan ahli asal parti – inilah bukti permindahan kami bahawa kami terasa ditipu!.

Acap kali aku melihat berita seperti ini, nampak sangat minda Melayu sudah layu tak mampu berfikir. Maka benarlah kata Tun Mahathir – Melayu Mudah Lupa. Kerana sekali dek tiada bantuan anak-anak sekolah dari kerajaan pembangkang, terus hilang kepercayaan kembali kepada kerajaan UMNO yang mencadang harga barang asasi naik, mencadang harga petrol naik, mencadang faedah hutang PTPTN naik, mencadang harga beras naik, mencadang dan terus mencadang kononnya untuk faedah rakyat. Memang kerajaan UMNO memberi faedah – iaitu FAEDAH! a.k.a interest bagai Ah Long yang menuntut hutang dari peminjam. Dikala tiada bayaran dibuat dari peminjam, faedah dikenakan sehingga peminjam senak perut untuk membayar semula, akhirnya rumah disimbah cat untuk peringatan, sanak saudara diugutagar hutang dikembalikan!

Begitulah yang aku rasa dengan pemerintahan kerajaan UMNO ini. Tapi nampaknya lagi teruk dari Ah Long. Undi atau tak undi sama sahaja. Semua terkena faedahnya. Yang kroni bertambah senang, yang susah isi borang tukar keahlian parti. Yang paling teruk dirasa kalau kalah dibalas dendamnya pada rakyat, kalau menang dinaikkan pula harga barangan. Lebih teruk dari Ah Long.

Kembali ke sisi untuk melompat keahlian parti. Secara kritikal aku berfikir untuk mendalami permainan ini, jika benar berita ini mahu sahaja aku berjumpa dengan si pelompat untuk mencungkil rahsia kejayaan meraka. Mungkin soalan-soalan yang aku utarakan adalah:
1. Sejauh manakah kebobrokan janji parti pembangkang kepada anda?
2. Adakah janji parti pembangkan untuk diturunkan harga minyak petrol masih belum ditunaikan atau janji mereka untuk membantu sekolah anak kerana anda miskin?
3. Sejauh manakah kesan kerajaan pembangkang menyebabkan anda miskin?
4. Adakah disebabkan kerajaan BN menaikkan harga gula, beras, petrol, yuran sekolah dan dalam masa yang sama membantu persekolahan anak anda maka anda menganggap kerajaan BN ini membantu anda?
5. Apakah bantuan kerajaan BN kepada anak-anak anda yang tamat pelajaran di peringkat universiti selain beban hutang dari PTPTN?
6. Apakah manfaat lain yang anda dapat setelah berpindah keahlian parti ini? Adakah yuran keahlian parti ini percuma sehingga dapat menarik minat anda untuk menyertainya?
7. Jika anda keluar dari parti pembangkang ini, adakah parti yang anda baru sertai ini dapat beri kepada anda pengurang kepada kos-kos kehidupan anda?
8. Rasa-rasa anda, sebanyak manakah pengurangan kos-kos kehidupan anda akan berkurangan setelah anda menyertai UMNO?
9. Sejak sekian lama anda hidup, berapa kalikah parti pembangkang menaikkan harga barangan dapur anda?
10. Boleh nyatakan apa yang kerajaan UMNO berikan kepada anda secara PERCUMA secara total?

Mungkin soalan-soalan ini tak dapat dijawab oleh mereka yang melompat ini kerana otak mereka tersumbat dengan subsidi kerajaan yang tak berkualiti inputnya. Banyak habuk dari isinya. Berita setengah jam dijadikan satu jam. Kerana berita setengah jam yang ditambah adalah berita tentang populariti mereka. Berita yang boleh dipercayai hanya 15 minit yang terakhir iaitu berita sukan. Haha.

Oh Malaysia ku…

Dia Melompat Keluar, Mereka Melompat Masuk

Parti Nasional Sarawak (SNAP) secara rasmi menjadi anggota keempat Pakatan Rakyat, – menjelang pilihan raya kecil parlimen Sibu pada 16 Mei ini.

Mengumumkan kemasukan SNAP hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tugas pertama parti itu ialah menyokong calon DAP yang akan bertanding di kerusi berkenaan.

Pada pilihan raya umum 2008, kekurangan penyelarasan menyaksikan pertandingan lebih dua penjuru di antara SNAP, DAP dan PKR – satu tindakan yang memberi kelebihan kepada BN. – MalaysiaKini

KIPP:

Tambah lagi ahli dikala ada ahli yang keluar. Keluar bukan sekali, boleh keluar dua kali pulak tu. Entah bila pulak dia masuk… haha.

Ceramah di Padang Tembak KKB:
4 orang doktor mengesahkan ekzos pipe Saiful ketat!… kalau dah 8-9 kali kena taram takkan kemut ketat lagi?

Haha.. Saiful Bukhari minum Kacip Fatimah daaaa… hahahaha

PRK Hulu Selangor: Jangan Jadi Bodoh Macam BN

Hahaha... korang yang bina flat tu, korang juga yang baiki flat tu.. haha... zaman bila flat tu buat?... bukan ke zaman Mat Taib dulu.. hahaha..

Adoyai!!!... setakat keratan Berita Hairan ngan Utusan Meloya... ada aku kisah?.. haha... Yang aku kisah bil air aku RM -1.80... SYABAS hutang aku RM 1.80.. haha... Johor ada buat camtu?... Rakyat didahulukan apekejadahnya!!!...

63 tahun aman dengan BN?... dey tambi!... yang ragut sana, rogol sini, rompak sana, bunuh sini, culik sana, buang bayi sini tu aman apa?. Tu aman UMNOAPCO...

Ini memang benar!.. Bila harga petrol naik, rakyat dahulu yang rasa beban. Bila gula tak ada, rakyat dahulu yang rasa tawar. Bila tarif elektrik naik, rakyat dahulu yang kena bayar... Ini bukti BN mendahulukan rakyat!..

Ni satu lagi ke'baghal'an BN... dah jadi tanggungjawab kerajaan la yang buat benda alah semua ni... bukan guna duit BN pun, semua guna duit cukai yang rakyat bayar. Apa punya bengap sengal tahap cipan melantun-lantun 88 tingkat KLCC... itu pun nak jadi isu.. bodoh!

Hahaha... 63 tahun melindungi siapa?... Melindungi Razak Baginda? Saiful Bukhari a.k.a Musang Berbulu Babi? Kroni-kroni?... Hahaha..

PRK Hulu Selangor: Kisah Lama Zaid Ibrahim

PETANG ITU – 38 TAHUN DAHULU

Ini cerita lama. Tapi baik juga untuk dibuka kembali agar kita semua dapat tahu apa yang berlaku puluhan tahun dahulu. Cerita-cerita ini kalau baik kita jadikan tauladan. Kalau tidak molek dapat kita jadikan sempadan. Kalau tidak pun kita baca untuk ketawa.

Ceritanya bagini:

Saya ingat lagi pada tahun 1972 – ketika itu saya anak mahasiswa yang mengulang tahun satu di Universiti Malaya. Saya telah aktif dalam perjuangan gerakan mahasiswa sejak dari awal tahun pertama lagi. Pada tahun itu, ketika Kongres Tahunan Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia (PKPM), saya telah dilantik untuk menjadi Setiausaha Agung. Badan yang bernama PKPM ini telah diharamkan pada tahun 1974 – sesudah demo pelajar menyokong warga Baling.

Ketika saya dilantik sebagai SU Agung PKPM – perang Vietnam sedang rancak. Kuasa imperial Amerika sedang melancarkan perang kolonial ke atas Vietnam, Laos dan Kamboja – sama seperti yang sedang berlaku di Iraq dan Afghanistan hari ini.

Justeru dalam Kongres PKPM tahun 1972 itu ada terdapat resolusi yang mengutuk imperialis Amerika Syarikat dan menyokong perjuangan menuntut keadilan oleh rakyat Indo China. Ketetapan yang dibuat dalam kongres akan menjadi dasar persatuan sehingga ke kongres tahun hadapan.

Pada zaman itu gerakan mahasiswa cukup rancak. Saya adalah seorang ahli kelab sosialis yang aktif. Justeru pandangan politik saya adalah kiri. Buku dan akhbar yang saya baca adalah kiri. Negara dan pemimpin negara yang saya hormati adalah dari jalur kiri.

Berdasarkan resolusi PKPM yang anti-Amerika saya telah memasang poster-poster anti-perang Vietnam yang kami terima dari International Union of Students yang berpengkalan di Prague.

Rupa-rupanya ada juga kumpulan mahasiswa, terutama dari PMUKM yang yang tidak bersetuju dengan pemasangan poster ini. Lalu saya dikritik sebagai SU Agung PKPM yang tidak bertanggungjawab. Sebenarnya isu poster anti-perang Vietnam ini hanya alasan. Kritikan ini datang dari pelajar reaksionari bermazhab kanan.

Akhirnya satu persidangan tergempar telah diadakan. Persidangan ini diadakan di Dewan Majlis Persatuan Universiti Malaya. Saya ingat lagi petang itu – delegasi dari PMUKM, dari Serdang College, dari Institut Teknoloji Kebangsaan, KSITM dan tuan rumah PMUM turut hadir.

Saya dapat merasakan seolah-olah telah ada persetujuan untuk menyingkirkan saya dari PKPM. Idris Jusi, dari PMUKM mula bercakap membuka kes tentang saya yang dikatakan tidak mengikut dasar PKPM dan dilihat pro-komunis. Dari KSITM, presidennya Zahari tidak pula bercakap. Yang banyak bercakap ialah Ibrahim Ali.

Pandangan-pandangan kanan dan reaskioner bertaburan pada petang itu.

Sebelum keputusan dibuat untuk menyingkirkan saya dari PKPM – tiba-tiba seorang wakil delegasi dari KSITM mengangkat tangan untuk berucap. Saya masih ingat lagi anak muda itu. Dia kurus lansing dan kacak. Berkulit sawo matang. Anak muda ini memakai seluar hitam dan berbaju biru. Mustahil saya akan melupakan susuk ini. Sampai akhir hayat saya ingat apa yang berlaku pada petang itu. Tidak mungkin saya akan lupa kerana pada petang itu saya sedang disalib.

Masih terngiang di telinga saya hingga ke hari ini apa yang dikatakan oleh anak muda itu:

Sebelum dia dibuang, dia berhak untuk diberi peluang bersuara. Ini adalah cita-cita demokrasi pelajar… dan ini adalah hak dia.”

Saya terperanjat kerana tidak ada sesiapa dari persatuan lain yang menyokong saya kecuali PMUM. Saya terperanjat kerana anak muda ini berani ‘pecah regu’ untuk menyokong saya. Saya kagum atas keberanian nya.

Saya tidak kenal anak muda ini. Tapi saya tahu anak muda ini datang dari KSITM – satu persatuan pelajar yang saya anggap reaksionari. Bila saya selidiki baru saya sedari anak muda ini ialah Zaid Ibrahim – pelajar jurusan undang-undang Institut Teknoloji Mara. Saya juga difahamkan si Zaid ini datang dari Sekolah Tuanku Abdul rahman (STAR) seteru kuat sekolah saya, MCKK.

Semenjak petang itu saya tidak bertemu dengan Zaid Ibrahim. Kami meneruskan keyakinan diri. Saya difahamkan Zaid telah menjadi seorang peguam yang berjaya. Saya terus menjadi diri saya.

Lima tahun dahulu seorang kawan dari MCKK mengajak saya untuk menjadi ahli Civil Society of Malaysia. Ini badan hak asasi manusia yang cuba diwujudkan oleh Zaid Ibrahim. Cuma ada ‘catch’ – sesiapa yang ingin menjadi ahli wajib membayar RM250. Jumlah ini agak berat untuk saya – lalu saya menolak jemputan ini.

Seminggu sebelum Ngo ini berkumpul dan bersidang saya telah mendapat panggilan telefon mengatakan bahawa RM250 telah dibayar oleh Zaid Ibrahim. Saya hairan kerana seumur hidup saya – saya belum pernah bercakap sepatah pun dengan susuk ini. Dari panggilan talipon – saya telah diberi kebenran untuk datang ke persidangan pertama Civil Society ini di Hotel Renaisance.

Inilah kali kedua saya melihat Zaid Ibrahim. Kali kedua ini agak berbeza. Anak muda kurus yang berbaju biru dan berseluar hitam dahulu telah agak bersisi. Rambutnya telah dicantikan oleh anyaman uban. Baju dan pantalon yang dipakainya kelihatan dari jenis yang baik dan bermutu. Nah! Pastilah dia telah berjaya hinggakan sanggup membayar yuran untuk orang yang tidak dikenalinya.

Dua hari sebelum nama Zaid Ibarahim dimahsyurkan sebagai calon di Hulu Selangor saya telah pergi menemuinya. Rumah kediaman si Zaid ini bukanlah sama seperti bilik sewa tempat saya menginap. Ini kawasan lumayan yang hanya 30 minit dari Serendah Hulu Selangor.

Mata saya memerhati dengan rapi untuk mengetahui lebih dalam lagi manusia yang bernama Zaid Ibrahim ini. Rumahnya tidak mengancam tapi pastilah lebih luas dari bilik sewa saya. Dalaman tidak lucah dan bukan bermotifkan budaya ‘arriviste – horray henry’ yang sering kita temui di wilayah-wilayah mewah.

Tujuan saya datang kerana ingin bertanya apakah dia masih ingat lagi apa yang terjadi di Dewan Majlis PMUM 38 tahun dahulu. Zaid termenong sabentar sebelum mengakui yang dia pernah datang ke PMUM untuk bermesyurat. Tetapi tidak ingat apa tujuan dia hadir. Malah dia juga tidak ingat bahawa pada petang itu yang di salib ialah saya.

Saya tidak merasa kecewa kerana si Zaid tidak mengingati episod itu. Inilah perjalanan hidup kita sebagai manusia . Terpencar pencar – ada yang kita ingati dan ada yang kita lupakan. Untuk kita – pekara yang ini mungkin penting dan untuk orang lain pekara yang sama adalah ‘non event – tidak ada apa apa yang penting’.

Kenapa saya menulis kesah ini? Saya menulis kerana susuk yang bernama Zaid Ibrahim ini sedang berkempen untuk memenangi kerusi di Parlimen. Saya menulis ini kerana saya yakin bahawa manusia yang bernama Zaid Ibrahim ini adalah manusia demokrat. Tiga puluh lapan tahun dahulu – ketika kami masih lagi anak pelajar – si Zaid ini telah memperlihatkan sifat jujur dan demokratnya.

Pada petang itu – 38 tahun dahulu – si Zaid telah tidak terpengaruh dengan tohmah anti-komunis, anti kiri dan anti sosialis. Sifat demokratiknya telah tertanam dalam sebelum dia meletakan jawatan sebagai menteri kabinet kerana menentang ISA. Susuk yang bernama Zaid Ibrahim dapat melihat salah dan benar.

Jika saya warga Hulu Selangor saya merasa senang hati untuk menobatkan Zaid Ibrahim sebagai wakil suara saya di Parlimen. (TT)

( sebarkan lah kesah ini – untuk kita membuat kebaikan)

Sumber Asal: TukarTiub

KIPP:

Kisah lama Zaib Ibrahim ini bukan minum arak.
Kisah lama Zaib Ibrahim sudah tinggal sejarah.
Tapi UMNOAPCO korek, korek, korek.
Terjumpa malaun mana buat fitnah gambar.
Tapi kami tak bodoh macam orang UMNOAPCO.
Gambar terdedah, malu UMNOAPCO tempah.
Hahahahahahaha….