Category Archives: Hiburan

AGM UMNO 2011 = Maharaja Lawak

Bertemu dengan seorang Pakcik di tempat solat di mana aku menjalankan aktiviti semalam di satu karnival tahunan di Kuala Lumpur.

Pakcik: Panas sungguh hari ni. Awak tak rimas ke pakai baju hitam macam ni.

Aku: Panas la sikit, tapi sebab peluh, jadi sejuk sikit.. Hehe. Pakcik dari mana, bunyi slang macam dari Sabah?

Pakcik: Ya.. Memang dari Sabah. Ada kerja sikit di KL.

Aku: Ada business meeting ke?

Pakcik: Tak ada lah.. (sambil tersenyum)

Aku: Atau Pakcik ni perwakilan UMNO kot? hehe. (sambung aku sambil berseloroh).

Pakcik: Itu orang gila saja yang pergi. Perhimpunan Raja Lawak… Haha. Cakap macam orang bodoh. Tiada akal.

Aku:(Dalam hati) Muahahaha.. Ada juga orang yang besependapat dengan aku… Hahaha.

[Penulisan artikel dihantar kepada WordPress melalui BlackBerry Device]

Masih Lagi Di Nur Kasih

Dikala orang semua heboh dengan siri drama Nur Kasih di TV3, aku masih menganggapkan drama ini seperti drama-drama kebanyakan di TV. Kisah cinta, konflik, skandal, iri hati, fitnah, salah faham dan macam-macam lagi yang banyak negatif dari positif. Secara berseloroh aku nyatakan, drama-drama bersiri ini hanya perlu ditonton episod permulaan dan pengakhirannya sahaja, maka aku akan tahu semua jalan ceritanya. Kebanyakan jalan ceritanya agak sama, perbezaannya tidak terlalu ketara dan boleh diagak.

Memang aku kurang layan dengan drama bersiri di TV, bukan tidak menyokong industri hiburan tanahair, tapi bagi aku secara jujur ia seperti satu slot harian untuk membuang masa. Maaf kalau kasar bahasanya, kerana itu pendapat aku sebagai penonton, sehinggalah aku menonton drama Nur Kasih 3 episod terakhir di mana klimaks plot penceritaannya bermula.

Semalam drama Nur Kasih selesai ditayangkan kali kedua tanpa iklan selama setengah jam bermula 7.30 petang hingga 8.00 malam, Isnin hingga Jumaat. Aku tak menonton sepenuhnya siri drama ini juga, tetapi selalu, kerana waktu siarannya yang sesuai untuk aku meneliti apakah kelainan dan pendekatan yang digunakan oleh pengarah.

Ya. Seperti yang aku jangkakan, seperti kisah cinta yang lain. Tetapi perbezaaan yang amat ketara membawa drama ini kepada kedudukan hits tertinggi iaitu elemen DAKWAH dan TARBIAH yang ringan dan boleh diterima penonton. Tiada isu-isu sensitif dibangkitkan dalam drama ini yang boleh menaikkan kemarahan sesetengah pihak.

Apa yang penting, isu penutupan aurat antara ipar duai, hormat ibubapa, rendah diri, poligami, qada’ dan qadar, solat lima waktu, taubat berserah hidup pada Allah dan dakwah dan tarbiah kepada cinta kepada Allah dan Rasul-Nya membawa maksud dakwah secara mudah untuk difahami semua pihak. Walau bagaimanapun, elemen dakwah dan tarbiah dalam drama ini nampak seperti Ajinomoto bagi melazatkan sesuatu makanan.  Setuju atau tidak itu tidak mengapa.

Cinta dan kasih sayang adalah fitrah manusia, manakala dakwah pula adalah suruhan Allah kepada sekelian manusia di dunia ini. Disusun dan digarap sedemikian rupa membawa kepada kejayaan drama Nur Kasih. Bayangkan jikalau drama ini tiada elemen dakwah dan tarbiah. Drama yang hanya bergantung kepada plot kisah cinta yang romantis, pengorbanan kasih sayang sahaja tanpa sebarang suntikan dakwah Islamiah, rasa-rasanya adakah drama ini akan menjadi begitu diminati ramai? Aku rasa mungkin tidak. Maka tak salah untuk aku katakan bahawa penonton meminati elemen cinta yang meleleh tetapi diselitkan dakwah yang ringan dan ringkas bagi memenuhi rohani mereka  tanpa jalan cerita yang mengarut seperti sinetron Indonesia yang ada dakwah dan cinta tetapi tidak masuk akal dan tahyulnya yang mengarut.

Akan tetapi, melihat kepada kisah cinta yang meleleh dalam drama ini, aku rasa drama ini tak ke mana berbanding dengan mana-mana drama bersiri yang lain. Perbezaannya hanya pada elemen dakwah dan tarbiah, itu sahaja. Tetapi elemen dakwah dan tarbiah ini masih tidak sempurna kerana praktikalnya hanya di layar perak, tetapi secara realitinya seperti satu penghinaan kepada pendakwah dan seluruh umat Islam yang mahukan Islam dijulang. Berlakon cerita berunsur dakwah, tetapi realiti para pelakon masih jahiliyah. Sungguh ironi.

Secara peribadi, drama ini memang berjaya secara zahir duniawi, tetapi gagal secara batiniyah. Sekali lagi aku nyatakan, setuju atau tidak dengan apa yang aku tulis itu tidak mengapa. Realiti tetap realiti yang mana itulah yang menjadi ukuran ibadah dan pahala hamba kepada Pencipta – Allah Ta’ala.

TV3: Sudah-Sudahlah Tu…

Bila tengok TV3 ni, kadang-kadang tu rasa naik angin juga. Nak tukar TV lain tak clear (ye la, sebab tak guna Astro. Guna TV gelombang UHF, V-L, V-H aje yang mampu). Nak tak nak, tercegat juga la depan TV3 yang “hebat” itu.

Rasa hampa dengan media ini yang masih lagi berat sebelah dalam menyampaikan informasi kepada rakyat Malaysia ini. Baik dalam hal ekonomi, sosial, politik dan hiburan, semuanya dah naik menyampah. Entah apa yang si pengurus fikirkan untuk menjaga imej TV3. Aku boleh tengok dengan rancangan mereka, tapi untuk menerima – I don’t think so!.

Dalam berita, penyampaian yang berat sebelah terlalu nyata. Negeri yang diperintah PR dijadikan agenda utama dalam berita, kebanyakan berita yang kurang sedap didengar. Hal sebenar tak disiarkan. Hanya didengar dari mulut wartawan mereka sahaja. Cerita sebenar dari mulut pihak yang berkuasa di negeri-negeri tersebut macam tak wujud. Nak harapkan mereka siarkan berita baik tentang PR – jauh sekalilah!, tak payah nak berharap, nanti kecewa. Kalau ada pun berita dah diputarbelitkan.

Dalam rancangan hiburan juga begitu – rancangan main tangkap muat. Tak nampak sangat nilai tambahan (value added) yang boleh dinilai dalam rancangan tersebut. Lebih-lebih lagi rancangan realiti TV yang…. syok sendiri – tak tahu nak letak perkataan apa, itu sahajalah yang terlintas kat kepala otak aku ini.  

Tak semua yang hampeh. Ada yang baik. Tapi yang hampeh tu banyak dari yang bagus…

Peraduan 100 Days 100 Cars Haram

Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan pertandingan  100 Days 100 Cars dari Celcom adalah HARAM.

Diputuskan oleh Majlis Fatwa, ia adalah kerana berunsurkan pembaziran.

Mungkin undi untuk Akademi Fantasia, Gengstarz, One In A Million, So You Think You Can Dance dan lain-lain lagi program realiti TV yang menggunakan undi SMS pun kena ambil tindakan juga kerana ianya mempunyai unsur pembaziran dan ditambah lagi dengan pengundi terbanyak mendapat hadiah mingguan.

Secara konsep, ianya sama dengan peraduan Celcom itu.

Mungkin itu “badi” warna BIRU, BIRU, BIRU…. huhuhuhu

Akedemi Fantasia: Apalah Kami Sebagai Siswazah….

Tiga, empat hingga lima tahun bertungkus lumus memerah otak untuk mendapatkan segulung ijazah. Dengan istiadat konvokesyen yang dihormati, graduan penuh ceria berjubah dan bertopi empat segi tersenyum dengan penerimaan sehelai kertas yang akan menentukan hidupnya selepas itu. Akan tetapi istiadat itu kini tidak dianggap sebagai satu perkara yang bernilai, ianya boleh digunapakai kepada “pelajar” yang hanya perlu belajar hanya dalam tempoh 10 atau 12 minggu untuk mendapat taraf graduan tersebut. Tidak perlu tugasan, tidak perlu kerja rumah, tidak perlu kekalkan CGPA atau GPA pada tahap “kepujian”, tidak perlu semua itu, hanya nyanyian dan undian, mereka mendapat hak yang sama dengan graduan universiti ini.

Walaupun di Akedemi Fantasia, pelajarnya juga belajar, sama dengan pelajar universiti yang belajar, tetapi tekannya lebih tinggi kerana ia melibatkan kewangan, masa, tenaga, pengetahuan yang lebih banyak berbanding dengan rancangan hiburan yang hanya menumpukan kepada keuntungan semata-mata. Secara jujurnya aku melihat (kali pertama aku melihat secara langsung final A.F iaitu A.F 6) ia sebagai memperli pelajar universiti dengan jubah dan topi empat segi ditambah pula dengan “istiadat penganugerahan” yang sama dengan konvokesyen. Ini memperlihatkan graduan universiti ini tiada yang istimewa selepas belajar tiga hingga lima tahun dengan pelajar yang belajar sepuluh atau dua belas minggu. Keistimewaan itu hilang dek populariti dan juga hiburan yang mendatangkan keuntungan.

Apalah kami sebagai siswazah jika dibandingkan dengan pelajar A.F ini. Mereka mendapat lebih banyak maafaat walaupun hanya belajar selama beberapa minggu berbanding pelajar universiti yang belajar betahun-tahun lamanya untuk mendapatkan sehelai kertas sahaja, bukan wang tunai puluh ribu ringgit, bukan apartment, bukan kereta, bukan piala, hanya segulung kertas yang dicop mohor universiti sahaja, itupun mereka (orang hiburan) nak tiru “istiadat” yang kami banggakan ini. Dan selepas ini orang hanya tersenyum bila melihat gambar graduan di hari konvokesyen sambil berkata, “Kalau setakat nak bangga dengan gambar konvokesyen, baik masuk A.F aje, dapat juga pakai jubah konvo…. tak payah buang masa“.

 

Andainya Pak Lah Pergi Dulu Sebelum UMNO

Sila nyanyikan lagu ini dengan nyanyian kumpulan Alleycats, Andainya Aku Pergi Dulu.

Andainya aku pergi dulu sebelum UMNO
Janganlah Jeanne meninggalkanku
Andainya aku tiada lagi di Seri Perdana
Janganlah Anwar jadi pengganti

Bayangkanlah masa-masa bahagia
Semasa Pilihanraya 2004
Cemerlang, Gemilang, Terbilang
Di waktu berkuasa temberang

Andainya UMNO pergi dulu sebelumku
Menantu kroni akan melarat
Andainya UMNO tiada lagi di dunia
Tentunya Melayu lebih hebat

Ku percaya UMNO suah semput
Goyang kelam kabut
Bila-bila UMNO boleh terkubur
Nasi sudah menjadi bubur

Sebelum pilihanraya rakyat dicabar
Bulan, roket dan mata bersinar
Berguguran keris jatuh terpelanting ke bumi
Rakyat meraikan kemenangan

Disini ku berjanji disaksi rembulan
Andainya ku pergi dulu
Jikalau ku pergi dulu
Ku pasti UMNO terjun sekali

Lirik lagu: Fudzail
Lagu: Alleycats
Sumber: Suara Keadilan