Masih Lagi Di Nur Kasih

Dikala orang semua heboh dengan siri drama Nur Kasih di TV3, aku masih menganggapkan drama ini seperti drama-drama kebanyakan di TV. Kisah cinta, konflik, skandal, iri hati, fitnah, salah faham dan macam-macam lagi yang banyak negatif dari positif. Secara berseloroh aku nyatakan, drama-drama bersiri ini hanya perlu ditonton episod permulaan dan pengakhirannya sahaja, maka aku akan tahu semua jalan ceritanya. Kebanyakan jalan ceritanya agak sama, perbezaannya tidak terlalu ketara dan boleh diagak.

Memang aku kurang layan dengan drama bersiri di TV, bukan tidak menyokong industri hiburan tanahair, tapi bagi aku secara jujur ia seperti satu slot harian untuk membuang masa. Maaf kalau kasar bahasanya, kerana itu pendapat aku sebagai penonton, sehinggalah aku menonton drama Nur Kasih 3 episod terakhir di mana klimaks plot penceritaannya bermula.

Semalam drama Nur Kasih selesai ditayangkan kali kedua tanpa iklan selama setengah jam bermula 7.30 petang hingga 8.00 malam, Isnin hingga Jumaat. Aku tak menonton sepenuhnya siri drama ini juga, tetapi selalu, kerana waktu siarannya yang sesuai untuk aku meneliti apakah kelainan dan pendekatan yang digunakan oleh pengarah.

Ya. Seperti yang aku jangkakan, seperti kisah cinta yang lain. Tetapi perbezaaan yang amat ketara membawa drama ini kepada kedudukan hits tertinggi iaitu elemen DAKWAH dan TARBIAH yang ringan dan boleh diterima penonton. Tiada isu-isu sensitif dibangkitkan dalam drama ini yang boleh menaikkan kemarahan sesetengah pihak.

Apa yang penting, isu penutupan aurat antara ipar duai, hormat ibubapa, rendah diri, poligami, qada’ dan qadar, solat lima waktu, taubat berserah hidup pada Allah dan dakwah dan tarbiah kepada cinta kepada Allah dan Rasul-Nya membawa maksud dakwah secara mudah untuk difahami semua pihak. Walau bagaimanapun, elemen dakwah dan tarbiah dalam drama ini nampak seperti Ajinomoto bagi melazatkan sesuatu makanan.  Setuju atau tidak itu tidak mengapa.

Cinta dan kasih sayang adalah fitrah manusia, manakala dakwah pula adalah suruhan Allah kepada sekelian manusia di dunia ini. Disusun dan digarap sedemikian rupa membawa kepada kejayaan drama Nur Kasih. Bayangkan jikalau drama ini tiada elemen dakwah dan tarbiah. Drama yang hanya bergantung kepada plot kisah cinta yang romantis, pengorbanan kasih sayang sahaja tanpa sebarang suntikan dakwah Islamiah, rasa-rasanya adakah drama ini akan menjadi begitu diminati ramai? Aku rasa mungkin tidak. Maka tak salah untuk aku katakan bahawa penonton meminati elemen cinta yang meleleh tetapi diselitkan dakwah yang ringan dan ringkas bagi memenuhi rohani mereka  tanpa jalan cerita yang mengarut seperti sinetron Indonesia yang ada dakwah dan cinta tetapi tidak masuk akal dan tahyulnya yang mengarut.

Akan tetapi, melihat kepada kisah cinta yang meleleh dalam drama ini, aku rasa drama ini tak ke mana berbanding dengan mana-mana drama bersiri yang lain. Perbezaannya hanya pada elemen dakwah dan tarbiah, itu sahaja. Tetapi elemen dakwah dan tarbiah ini masih tidak sempurna kerana praktikalnya hanya di layar perak, tetapi secara realitinya seperti satu penghinaan kepada pendakwah dan seluruh umat Islam yang mahukan Islam dijulang. Berlakon cerita berunsur dakwah, tetapi realiti para pelakon masih jahiliyah. Sungguh ironi.

Secara peribadi, drama ini memang berjaya secara zahir duniawi, tetapi gagal secara batiniyah. Sekali lagi aku nyatakan, setuju atau tidak dengan apa yang aku tulis itu tidak mengapa. Realiti tetap realiti yang mana itulah yang menjadi ukuran ibadah dan pahala hamba kepada Pencipta – Allah Ta’ala.

Posted on Disember 25, 2009, in Bebas, Dakwah & Tarbiah, Hiburan, Islam, Satu Kajian. Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. Cite ni xde la bgus mana.cuma lain drpd drama mlayu yg biasa..lg satu knapa khabir bhatia yg dpt nama drama ni.yg aku tau pngarah lain yg arah drama ni mula epsod 10 smpai akhir.sape tah nama..masa mula2 tngok epsd 1 drama ni,mmg bnyk yg x masuk akal..yg adam masa kecik baran sgt ape kes.ada ke dia gi blasah abg dia smpai nk mmpus,atas hal kecik je.abg dia plak mcm xde otak.kalo bdk2 mcm ni mmg wujud,dua2 dh hntar h0spital mental.huahuahua..

    KIPP: Budak kecik la katakan.. (aku tak tengok sangat part tu..)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: