Category Archives: Ekonomi

Sedia Duit Lebih Bermula Esok!

Harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG) naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik, berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan hari ini.

Tidak jelas berapa kenaikan harga RON 97. Tetapi difahamkan harganya naik 5 sen dan akan diselaraskan seterusnya kemudian.

Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram

Kenaikan harga barangan berkenaan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pengumuman malam ini.

MalaysiaKini

Mau cakap apa?
Tak payah bising-bising
Tak payah nak buat demo-demo
Tak payah marah-marah
Anda yang mahukannya

Aku tak mahu
Tapi aku kena bayar juga
Nasib baik bil air free
Kurang-kurang mandi pun senang hati
Tapi keluar rumah terus susah hati
Pergi kerja jadi susah hati
Minum teh ‘O’ pun susah hati
Masak di rumah pun susah hati

Lepas ni dorang akan cakap
Kurang gula untuk kesihatan
Kogsi kereta untuk penjimatan
Beli makanan kat luar untuk kesenangan
Belilah barang buatan Malaysia untuk jimat
Apa punya promosi…..

Nak cari ubat
Tapi penyakit yang datang
Nak cari duit
Tapi “bala” yang tiba
Nak menabung banyak
Tapi sikit yang dapat
Bagaimana nak berjimat
Kalau belanja tak boleh nak berhemat
Bagaimana nak kerja kuat
Kalau tak sampai 5 tahun kos semua meningkat
Bagaimana nak hapus rasuah
Kalau sara hidup pun tak lepas
Bagaimana nak cuti-cuti Malaysia
Kalau berkira-kira bajet cukup atau tidak

Tapi alasan mereka mudah sahaja
Belilah barang buatan Malaysia untuk bantu peniaga
Kurang gula kerana jumlah pesakit Diabetes meningkat
Gunalah pengangkutan awam untuk elak kesesakan
Oleh itu semua dapat jimat

Apa punya alasan ni
Sengal punya alasan
Mana daya saing para peniaga?
Kalau alasan ini untuk bantu mereka
Mana untung restoran?
Kalau pelanggan bising harga teh ‘O’ naik
Mana masa?
Kalau KTM Komuter gerak lambat macam siput
Mana alternatifnya?
Suruh rakyat jimat itu
Suruh rakyat kurang ini
Tapi yang di atas melantak tak ingat anak bini
Bila semua naik harga
Yang di atas dapat marginnya
Bila semua naik harga
Yang di bawah masih “Salam 1 Malaysiaaaa….
Masih tak sedar
Masih gembira
Masih kena tipu

Ciss… bodoh!…

Advertisement

Prestasi Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat secara tuntas memperlihatkan kerjasama dan muafakat utuh demi memasti serta menjamin kemaslahatan rakyat. Pakatan Rakyat akan sentiasa menjunjung prinsip-prinsip Perlembagaan yang menjamin hak orang Melayu, agama Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

Pakatan Rakyat akan terus memastikan dasar-dasar yang dilaksanakan didasari prinsip ketelusan dan pertanggungjawaban. Berdepan dengan masalah perkauman yang meruncing, rakyat di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat menunjukkan perpaduan kaum yang semakin jitu dan utuh. Negeri-negeri Pakatan Rakyat menunjukkan prestasi ekonomi yang memberansangkan jika dibandingkan dengan negeri yang ditadbir UMNO-Barisan Nasional.

Selangor

Negeri Selangor mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM6.76 billion pada tahun 2009 dan mencipta sebanyak 20 753 peluang pekerjaan. Dari jumlah pelaburan tersebut, RM 2.752 billion(40.8%) merupakan pelaburan tempatan. Manakala Projek Industri yang diluluskan di Selangor berjumlah 278, ianya merupakan yang tertingi dicatatkan di Negara ini.

Kerajaan Negeri Selangor juga mensasarkan enam hingga tujuh peratus pertumbuhan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini daripada penguncupan sebanyak 3.87 peratus tahun lepas.

Selangor juga mencatatkan penurunan indeks jenayah sebanyak 5.3 peratus iaitu sebanyak 54,339 kes sepanjang tahun 2009 berbanding 57,704 kes pada tahun sebelumnya.

Kerajaan Negeri juga memperuntukkan kira-kira RM6 juta kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri ini bagi menjalankan aktiviti pendidikan dan pembelajaran berteraskan Islam sepanjang 2010. Peruntukan ini diberikan kepada SAR yang tidak pernah mendapat sebarang peruntukan kewangan dan peralatan pembelajaran dari Kerajaan Negeri mahupun sumbangan individu.

Pulau Pinang


Pulau Pinang meluluskan sebanyak 104 projek industri (ketiga tertingi). Dasar CAT (daya saing, pertanggungjawaban dan ketelusan) menjadi pemangkin kepada kejayaan Pulau Pinang untuk merekodkan lebihan belanjawan(surplus) sebanyak RM 88 juta berbanding jangkaan defisit sebanyak RM 35 juta(belanjawan 2008)

Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga mewujudkan 200 ekar hub pendidikan untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat pendidikan terunggul. Pengiktirafan serta bantuan kewangan (pemberian tunai) kepada pelajar terbaik  SPM dan STPM serta para huffaz.

Bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat berjumlah RM 97 ribu per sekolah, RM 60 ribu kepada setiap sekolah cina dan RM 63 ribu kepada setiap sekolah tamil. Jumlah keseluruhan ialah RM 11.3 billion. Berjaya membasmi kemiskinan tegar dalam masa satu tahun dan menjamin setiap keluarga mendapat RM 500 sebulan.

Kedah

Pelaburan adalah penyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri. Di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Kedah telah mencatatkan pelaburan keseluruhan lebih RM839 juta bagi tempoh Januari hingga September 2009, dengan nilai pelaburan tempatan sebanyak RM279.4 juta dan pelaburan asing sebanyak RM559.8 juta.

Kini dengan keluasan 1,000 hektar kerajaan mendapat hasil RM16.7 juta, tidak termasuk cukai per tan metrik bila balak dikeluarkan dari hutan. Sedangkan di bawah pentadbiran UMNO/BN, dengan keluasan yang sama, hanya mampu mengutip RM3 hinggga RM4 juta sahaja termasuk cukai kayu pertan metrik. Kejayaan ini merupakan hasil dari pelaksanaan dasar yang telus serta tidak berkompromi dengan rasuah.

Kelantan


Semenjak 20 tahun lepas Kerajaan Kelantan secara berterusan dianaktirikan akan tetapi Kelantan tetap berjaya dengan program negeri berkebajikan.

Program Kifalah untuk anak yatim, golongan miskin, ibu tunggal dan orang kurang upaya telah menjadi contoh kepada banyak negeri. Begitu juga dengan program Perbadanan Ladang Rakyat yang membantu golongan marhaen, Bandar Baru Tunjung dibina menjadi pusat komersil satelit kepada Kota Bharu.

Kerajaan Negeri berjaya mengambil alih bekalan air daripada Thames Water kepada Air Kelantan. Selain itu PMBK menjadi agensi pelaburan utama negeri yang sebelum ini gagal di bawah pemerintahan BN sebelum 1990.

Kerajaan Negeri berjaya menguruskan 20 sekolah agama bantuan penuh kerajaan negeri yang cemerlang dan menjadi saingan kepada sekolah premier di bawah Kementerian Pendidikan.

Kemahiran pelbagai syarikat multinasional adalah bukti kuasa beli rakyat Kelantan terus kukuh. Sepanjang 20 tahun pemerintahan ekonomi tempatan dibina secara kendiri tanpa bantuan stimulus dari kerajaan Pusat.

Sumber: HarakahDaily.Net

Wang Eh….

Terbaca artikel Ust. Nik Abduh mengenai royalti minyak negeri Kelantan. Memang hebat tulisannya, puas aku baca. Apa Mustapa Mohamed nak jawab?… aku rasa tak terjawab dia. Di bawah ni ada sebahagian tulisan beliau:

Malaysia hanya wujud 50 tahun lepas sedang Kelantan, Terengganu, Sabah, Serawak dan semuanya telah wujud ribuan tahun dulu dalam untaian dan rantaian pemerintahan, rakyat dan kehidupannya yang bebas dan merdeka sejak dulu.

Mengapa mereka yang bertakhta di arasy Putra Jaya begitu berminat sekali untuk kembali lagi kepada stail Mat Saleh barat yang menjajah kita ratusan tahun lepas? Mengapa kembali memberi nafas kepada bangkai jahiliyah yang telah kita sama – sama kambus?

Teruskan membaca….. (klik di sini).

Juara Rakyat: Desperate UMNOs

Sudah menjadi kebiasaan bila orang bertanya “Awak sokong parti apa?“, jawapan aku “Parti harijadi… hahaha (sambil gelakkan lawak sendiri)“. Mahu bagi jawapan yang betul, kadang-kadang ia tak membantu, tetapi kebanyakkannya ia membantu aku untuk mendapatkan info mengenai rakyat.

Bila perkara ini terjadi, aku juga terfikir bahawa masih ramai orang yang masih menyokong parti pembangkang kerajaan BN. Secara jelas, momokan BN bahawa ramai rakyat Malaysia kembali kepada mereka 80% adalah tidak tepat, 10% lagi masih buat bodoh dengan politik Malaysia, manakala baki 10% adalah orang-orang tua masih lagi sayangkan UMNO yang tak lama lagi akan kembali ke rahmatullah. Itu hasil pandangan aku berdasarkan pemerhatian harian dengan kebanyakan orang di kawasan aku.

Tapi aku masih hairan dengan perangai pemimpin UMNO yang semakin hari ‘sangap’ dengan sokongan rakyat. Kalau dalam TV ada cerita “Desperate Housewives“, di sini kita ada “Desperate UMNOs” dengan bermacam-macam aktiviti untuk menarik semula rakyat setelah kehilangan sokongan mereka pada PRU-12 dahulu.

Juara Rakyat menjadi agenda politik UMNO untuk menarik semula undi mereka. Kalau dahulu, semasa memerintah Selangor, jarang sekali aku tengok UMNO atau BN buat agenda “murah hati” di negeri ini (kecuali hari raya – buat open house dan bagi angpau). Malah setahu aku, selama aku mendiami tanah Selangor ini rasanya tak pernah pun aku dengar aktiviti seperti Juara Rakyat anjuran UMNO. Kalau ada pun aktiviti tajaan UMNO kebanyakan program yang berunsur hiburan, nyanyian dan makan-makan. Kalau yang berunsur “murah hati”… entah la, rasanya tak ada. Kenapa nak hipokrit sebegini rupa?

Persoalan yang bermain sekarang ini, adakah wang perbelanjaan untuk program Juara Rakyat ini milik UMNO sepenuhnya atau ia adalah wang rakyat yang membayar cukai (wang milik negara)?. Melihat kepada persoalan ini, teringat aku kepada pelajar asrama yang di arahkan balik rumah setiap cuti minggu Sabtu dan Ahad kerana budget makanan asrama tak ada untuk hari cuti, kesian kepada pelajar yang jauh dari rumah, mak ayah perlu datang menjemput anak-anak mereka setiap minggu kerana kalau biarkan di asrama nanti takut mati kebuluran. Ada sesetengah sekolah yang tidak dapat menganjurkan sukan tahunan sekolah dek kerana budget yang telah dipotong. Adakah ini berpunca dari budget yang digunakan UMNO untuk kegunaan politik mereka?

Itu tak masuk lagi makcik cleanner di pejabat-pejabat kerajaan merungut kerana sabun untuk cuci lantai tidak dibekalkan oleh pejabat tersebut kerana alasan yang sama – budget tak cukup. Sekarang mungkin hipotesis bahawa budget Juara Rakyat itu adalah wang rakyat mungkin benar. Kalau ini benar-benar berlaku, siapa juaranya? UMNO atau rakyat itu sendiri?. Malah ini satu ke-MALU-an besar kepada UMNO untuk survival politik mereka yang semakin hari semakin miskin idea, miskin pemimpin, miskin pengundi dan miskin wang.

Pada aku, walaupun masih tiada jawapan sebenar kepada apa yang telah terjadi kepada budget kewangan untuk rakyat yang semakin kecil, akan tetapi ia telah menggambarkan bahawa pentadbiran dan kepimpinan UMNO dan BN semakin teruk. Mereka tidak utamakan apa yang utama, yang penting nama perlu gah. Bak kata orang Perak bior pape, aselkan bergaye.

Gula UMNO Dan Gula-Gula Israel Di Malaysia

Tak mahu tulis banyak, hanya menyampaikan info yang patut anda semua perlu tahu

Skandal Gula Negara

(Sila klik pada tajuk untuk ke sumber utama)

Aku nak buat sorang…tak cukup masa. Tapi kalau lebih ramai blogger-blogger buat penyelidikan…seorang satu artikel…bila dicantumkan boleh menceritakan apa yang berlaku disebalik kenaikan harga gula.

Apa yang aku nampak, gula menjanjikan keuntungan yang telah ditetapkan. Siapa yang buat bisnis gula…gerenti untung sebab keuntungannya sudah dijanjikan.

Robert Kuok merupakan rakyat Malaysia yang terkaya..tapi tak tinggal di Malaysia.

Baru-baru ini, Robert Kuok telah menjual semua aset beliau berjumlah RM1.25 billion dalam perniagaan gula di Malaysia. Semuanya dijual kepada Felda Global Venture. Felda menguasai 100 peratus saham dalam Malayan Sugar Manufacturing yang bernilai RM1.22 bilion, dan Kilang Gula Perlis yang bernilai RM26 juta.

PPB yang dikuasai oleh Robert Kuok juga akan menjual 5,797 hektar tanah miliknya di Perlis bernilai RM45 juta. Hasil jualan ini, PPB akan memperolehi keuntungan sebanyak RM758 juta.

Apa pun yang berlaku, Robert Kuok sudah untung ratusan juta ringgit. Dan perniagaan gula pula sudah beralih tangan kepada Felda Global Ventures.

Sebaik saja perniagaan gula beralih tangan kepada Felda Global Ventures, harga gula terus naik. Pasai apa? Sebab depa pun nak untung juga. Siapa yang terpaksa tanggung? Rakyat jelata.

Hari ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri membuat kenyataan mahu mengadakan ‘1 Parlimen 1 Pengedar Gula’. Aku mula mencium sesuatu.

Sapa yang akan dilantik menjadi pengedar gula untuk Felda? Sudah pasti ada Ketua Bahagian Umno yang dah mula lobi untuk menjadi pengedar gula di kawasan Parlimen mereka.

Selepas ini, apabila gula sudah dikawal oleh pemimpin-pemimpin Umno, maka harga gula akan dikeluarkan dari senarai barang kawalan. Dan tidak mustahil, negeri-negeri Pakatan Rakyat akan tumbang kerana gula.

Harga gula di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan akan dinaikkan lebih tinggi dari negeri-negeri yang ditadbir oleh UBN. Dan akhirnya, Pakatan akan dipersalahkan kerana tak tahu memerintah sehinggakan harga gula pun tak tau nak urus.

Fuh…bijak UBN.

Perunding Imej Najib Tun Razak Adalah Israel

(Sila klik pada tajuk untuk ke sumber utama)

APCO Worlwide, sebuah syarikat yang di bayar oleh Perdana Menteri untuk meningkatkan imej beliau yang semakin luntur, didakwa menawarkan perkhidmatan yang serupa kepada diktator dan pemimpin-pemimpin korup diseluruh dunia, demikian menurut The Times Of India.

Akhbar terkemuka tersebut baru-baru ini melaporkan, selain daripada Najib, syarikat yang berpengkalan di Washington itu juga memberikan perkhidmatan kepada Diktator Nigeria, Sani Abacha dan Presiden seumur hidup Kazakhstan, Nursultan Abishuly Nazarbayev.

Pelanggan-pelanggan APCO juga termasuk jutawan Mikhail Khodorkovsky, yang merupakan seorang pemimpin muda dari Parti Komunis Rusia dan mempunyai kaitan dengan mafia.

The Times of India juga melancarkan siasatan terhadap APCO Worlwide selepas mendapati Ketua Menteri Gujarat, Narendra Modi juga merupakan pelanggan syarikat tersebut.

Narendra didakwa menjadi penyebab kepada pergaduhan ugama pada Februari 2002, dimana 1,000 terbunuh, majoritinya orang-orang Islam. Kerajaan Negeri Gujarat membayar APCO Worldwide untuk memulihkan imej Narendra, dengan bayaran sebanyak US$25,000 sebulan.

Walaupun perkhidmatan APCO tiga kali lebih mahal dari firma-firma PR yang lain, APCO dipilih kerana ia mempunyai ramai ahli-ahli Democrat dan Republican yang berkhidmat sebagai perunding.

Kerajaan Malaysia dipercayaai telah memilih APCO dengan kontrak bernilai RM20 juta sebaik saja Najib menjadi Perdana Menteri.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1984, APCO Worldwide merupakan syarikat komunikasi global dengan jaringan ke 25 ibukota ternama di dunia. Pelanggan mereka termasuk kerajaan, syarikat-syarikat korporat, pertubuhan industri dan agensi-agensi yang tidak berasaskan keuntungan.

APCO Worldwide telah pun mempunyai pejabat di Kuala Lumpur pada 1 September 2009 selepas perjanjian yang ditandatangani dengan kerajaan Najib.

Diantara penasihat utama APCO ialah pakar-pakar yang pernah berkhidmat dengan rejim Zionis Israel. Mereka termasuk Shimon Shein, bekas duta Israel ke Jerman. Itamar Rabinovich, bekas duta Israel ke US dan Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Agensi Keselamatan Israel.

Diterjemah dari artikel asal di Free Malaysia Today.

Artikel berkaitan:

Agen Israel Kuasai Putrajaya?

Jikalau Malaysia Tiada Minyak?

Apa akan jadi pada ekonomi Malaysia jika tiada minyak? Bukankah “memperkasakan ekonomi” itu lebih tinggi martabatnya dari menegakkan Undang-undang Islam mengikut pandangan orang BN? Jadi persoalan kepada BN, apa akan jadi kepada Malaysia jika Malaysia sudah tiada minyak?

Dalam beberapa dekad ini, ekonomi Malaysia makin terkebelakang dan makin menurun berbanding dengan jiran Asianya yang lain seperti Singapura dan Korea. Lihat sahaja Singapura yang negaranya hanya sekangkang semut berbanding Malaysia yang mempunyai GDP perkapita 9 hingga 12 kali ganda dari 3 dekad sebelumnya, sedangkan Malaysia hanya meningkat hanya 4 kali ganda sahaja. Itupun dalam keadaan ekonomi yang dibantu dengan sumber galian seperti minyak.

Persoalannya sekarang, apa yang orang BN boleh jawab dan buat jika tiba-tiba minyak tiada di Malaysia?

Aku tanya persoalan ini memandangkan entri yang aku tulis yang bertajuk “Yang Cerdik PAS, Yang Bodoh UMNO” mempunyai kaitan dengan entry ini. Persoalan ini terlintas di kepala aku bila membaca tulisan Dr. Dzulkefly Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor) di sini. Katanya:

Turning our workforce into one that befits into a knowledge-led growth model and industries that are knowledge-intensive enterprises would be a challenging and daunting task. We have been talking about turning our economy into the knowledge-based New Economy more than a decade now but we are still stuck in our over-reliance on our income from our oil and gas revenue.

Yang jelas di sini, Korea dan Singapura mempunyai aset yang lebih bernilai dari minyak dan gas iaitu “rakyat yang berilmu dan berkemahiran“. Peningkatan negara-negara ini dari sektor pembuatan dan perkhidmatan begitu hebat dan aset ini tidak akan habis disedut, malah akan menjadikan ia sebagai satu “value-added” kepada sesebuah negara menjadi maju dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Kegagalan yang jelas selama di bawah pemerintahan BN adalah kerana ilmu dan pendidikan hanya menjadi satu “produk” untuk ampu pemimpin dan mengkayakan kroni-kroni. Lihat sahaja PPSMI yang hanya mengundang malapetaka kepada pelajar-pelajar. Kualiti pelajar turun kerana hanya mahu melihat kuantiti pelajar yang lulus meningkat (untuk keterangan lanjut boleh lihat di sini).

Kelemahan Malaysia di bawah pentadbiran BN bukan sahaja lemah disebabkan oleh kelemahan tambah-nilai (low-value-added), tetapi juga hasil bantuan dari kelemahan BN untuk menetapkan gaji minimum dan gaji rendah (low wage) dan juga struktur produktiviti yang lemah (low productivity structure) disebabkan oleh karenah birokrasi dan kroni-kroni. Motto bawaan Najib Tun Razak Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” mungkin hanya retorik sahaja.

Kita masih terkebelakang dan hanya berharap kepada minyak dan gas untuk “survival” ekonomi. Itupun kedekut nak bagi royalti kepada Kelantan sedangkan hak rakyat Kelantan ada di situ. Tetapi apa yang kita lihat bahawa Kelantan adalah satu negeri yang mempunyai “knowledge-based state” dalam Malaysia berbanding dengan negeri-negeri lain di bawah pemerintahan BN. Perasan atau tidak, ramai guru-guru kebanyakannya mempunyai slang kelate, di universiti pun ramai yang slang kelate. Malah Kelantan ini walaupun dinobatkan oleh BN sebagai negeri miskin di Malaysia, tetapi ramai rakyatnya yang kaya-kaya dan emas berkoyan-koyan, cincin dan gelang emas dari jari sampai ke siku.. haha (berdasarkan pendangan aku).

Apa-apa pun yang sebenarnya pada pandangan aku, BN dan UMNO tak mahu melihat ramai rakyat Malaysia yang cerdik, pandai, bijak, berilmu dan professional kerana susah untuk memperbodohkan mereka. Jika tiada lagi orang yang boleh diperbodohkan, siapa lagi yang ingin sokong BN dan UMNO. Itu la pasalnya….