Diriku Seharian

Pagi kul 5.00 pagi aku dah bangun, tak tau kenapa tetiba aje aku bangun awal pagi ni… selalunya kul 6.30 pagi baru nak bangun itupun rasa malas yang amat.. tapi kewajipan solat Subuh tu penting.. tapi kekadang tu termiss gak… kul 7.00 pagi baru amik wudu’. Tapi pagi ni, awal…. nak gi surau, terasa awal lagi. Tersentak kejap pemikiran aku melayang apa yang aku nak buat pagi ni. Nak kerja tapi kerja tak ada, bisness jalan, tapi prospek baru tak ada… hanya yang ada list prospek lama yang aku simpan tapi tak tau bila nak jumpa. Terasa nak tidur semula, tapi mata terkelip-kelip tak dapat tidur… arghhh!!… nak buat apa ni…. Kul 5.50 pagi dah dengar azan Subuh… tapi time ni pulak mata dah nak tidur semula… ish, ish, ish… hampeh punya setan…. time aku rajin nak gi solat kat surau, time ni la ko sibuk nak mengantukkan aku.

Habih solat jemaah, aku jalan balik umah… rumah ‘tumpangan’…. aku tumpang rumah kawan dalam sebulan setengah sementara nak pindah umah baru. Hidup aku rasa macam ‘porak-peranda’ kejap sebab tak ada rumah sendiri…. nak solat pun susah… nak tak nak kena tahan… nasib baik surau dekat ngan rumah tu. Kul 8.00 pagi aku dah kuar… tapi kuar dengan tak tau arah nak pegi mana… nak duk umah?… ish… lemas aku… terpaksa la lepak kat umah kawan aku…. boleh layan citer katun baru..

Tapi bila pikir-pikirkan.. aku dah rasa macam banyak perubahan pada diri aku sendiri… cam ne aku nak hadapi esok hari pun aku tak tau. Seminar yang aku pegi semalam tu ada beritahu aku – MANUSIA TIDAK MERANCANG UNTUK GAGAL TETAPI MANUSIA GAGAL UNTUK MERANCANG – aku rasa aku memang gagal untuk merancang… akan tetapi rasanya aku masih sempat untuk merancang kejayaan untuk diri aku sendiri.

Bila malam menjelang, aku masih lagi memikirkan apa yang perlu aku buat untuk terus mencari apa yang aku nakkan. Prospek baru dah muncul, tetapi peluang tu aku saja buka sikit aje… tak reti atau takut… ntah la.. perlu lagi motivasi untuk diri aku… mungkin aku agak jauh dengan Allah rasanya… astaghfirullah…. rasanya dan patut bagiku mencari pengisian rohani untuk membetulkan diri aku semula…

Terfikir; alangkah beryukurnya aku menjadi muslim kerana aku boleh mengadu nasibku bila-bila terus dengan-Nya… alhamdulillah… terasa aman dan tenang… alhamdulillah…. terasa sedih tetapi gembira… alhamdulillah… hanya Engkau yang aku meminta pertolongan… amin…

Posted on Disember 12, 2005, in Bebas, Keusahawanan. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: