Usahawan Sombong

Jangan salah faham dengan tajuk diatas. Tapi ia memang merujuk kepada sesetengah orang yang menganggap mereka sudah cukup ilmu di dada. Padahal mereka masih lagi melutut pada not hijau, merah dan biru dan terkial-kial untuk memenuhi kehidupan seharian. Apa bezanya usahawan yang dicipta dengan usahawan yang lahir semulajadi dalam diri. Kedua-duanya juga dipanggil usahawan. Dan kedua-duanya juga tidak tahu masa depan mereka itu berjaya atau tidak. Sama sahaja. Tak ada bezanya. Sama-sama berusaha untuk kejayaan.

Bukan semua usahawan itu bijak mengatur perniagaan. Disebabkan usaha dan pembelajaran yang berterusan menjadikan mereka hebat. Tapi ada juga yang bongkak dan sombong untuk tidak belajar dan diajar. Mereka mempertikaikan orang yang mengajar, mereka mempertikaikan usaha orang yang mengajar, mereka mempertikaikan orang yang mahu menolong mereka ke arah yang lebih baik dengan membandingkan dengan usahawan yang ternama tetapi rendah taraf pendidikannya.

Jangan samakan diri kita dengan Syed Mokhtar Al-Bukhari, Bill Gates, Boon Siew. Mereka berjaya dengan pembelajaran pengalaman hidup yang berterusan yang menjadikan mereka berjaya. Mereka pernah hidup susah, hidup merana dalam gundah gulana. Tapi adakah kita lihat akan kesusahan itu?. Janganlah jadikan mereka sebagai alasan untuk tidak menerima ilmu dari orang lain. Ya!, kita tahu bahawa mereka ini tidak belajar tinggi tetapi berjaya. Tetapi ia bukan lesen untuk seorang bakal usahawan meletakkan diri kita pada tempat mereka. Dan tak salah jika aku katakan bahawa mereka juga belajar dalam erti kata secara tak formal dari orang sekeliling dan juga orang perseorangan. Kita tak tahu kemampuan diri mereka semasa mereka sedang membina kejayaan mereka, adakah kemampuan kita setara dengan mereka?. Persoalannya, adakah kita sanggup bersusah payah seperti mereka berusaha untuk membina empayar perniagaan mereka ke tahap ini.

Sifat besar diri dalam menerima ilmu tidak membawa kemana. Nanti hanya menjadi bahan ketawa orang lain. Dah la bodoh, sombong pulak tu. Anggap diri bagus, tapi kenapa masih berada di sini, bersama-sama kami yang dikatakan “bodoh” untuk dicelup dalam bidang keusahawanan ini. Kalau sudah hebat, kenapa masih lagi merayu-rayu untuk dapat kontrak sana sini. Kalau sudah banyak ilmunya, kenapa masih belajar dengan kami yang kononnya tak ada syarat untuk jadi usahawan ini?. Fikirkan lah! 

Posted on April 25, 2008, in Keusahawanan, Mari Berniaga, Otak de Lutut. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: