Apa Selepas H1N1?

Kata Najib Tun Razak nak merampas Selangor.

Kata Muhyidin Yasin nak tumpaskan PAS di Permatang Pasir.

Kata UMNO, Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa.

Tapi rakyat yang menanggung ketakutan wabak H1N1…. nak tanya siapa kalau dah orang UMNO gila kuasa?

Utamakan yang utama dahulu!!!

Setakat suruh berjaga-jaga, siar dalam TV dan radio amaran risiko hanya nampak seperti melepaskan batu di tangga, setakat dah buat kerja. Tapi kematian makin meningkat, dari 1 orang ke 26 orang, tak lama lagi mungkin 1 Malaysia !!!

Laungkan lagi 1 Malaysia !!! Mungkin itu boleh jadi vaksin H1N1. Mungkin Najib dan Muhyidin doktor pakar H1N1 di Malaysia.

Mungkin nampak aku marah dalam blog ini, dan memang aku marah sebab media seperti keterlaluan mengagungkan modal Najib Tun Razak dengan 1 Malaysia. Kita sudah ada Rukun Negara. Kita sudah ada Jalur Gemilang. Mahu apa lagi.

Rukun Islam dan Rukun Iman tak ada pula yang nak agungkan.

Kenapa?

Sebabnya Najib. Islam diketepikan, bangsa diutamakan, maka bala yang datang….

Posted on Ogos 16, 2009, in Isu Semasa, Otak de Lutut, Politik. Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. 26 ke 62 orang? aku dengar 62 orang..

    KIPP:Dah naik 62 orang dah.. sekejap aje..

  2. Pasal Najib dan 1Malaysia, pandangan saya ini modal/gerakerja/ idea lapok. Konsultan imej yang cadangkan, dia bukan ada idea sangat dan para konsultan imej bergulat sakan mengorek duit untuk itu. Bulan puasa dah tak berapa memblog nampak? Letih kah?

    KIPP: Memang lapok pun… dah guna dek orang lain.

Tinggalkan komen