Atuk Seorang Ahli UMNO

Atuk tak kisah apa terjadi pada UMNO sekarang ni walaupun UMNO dah teruk. Atuk kalau boleh mahu mati dalam UMNO!

Kata seorang atuk yang aku kenali. Keahlian totok UMNO beliau menyelubungi kehidupannya. Padanya tiada UMNO, tiada Malaysia. Tapi atuk ini terlalu ta’sub dengan UMNOnya yang dahulu. Alangkah baiknya jika kita mati dalam Islam. Islam bawa kita ke syurga. UMNO boleh bawa kita ke mana?.

Dahulu atuk tahu perit maung untuk mendapatkan kemerdekaan. UMNO dahulunya perkasa. Adil. Tapi UMNO sekarang ini lain. Atuk amat marah dengan ahli UMNO yang keluar UMNO dan buat parti lain. Bukankah UMNO yang bagi segala-galanya pada mereka . Tu tengok Tan Sri Khalid Ibrahim tu. Dulu dia kawan atuk. Masa dalam UMNO dia jadi senang. UMNO yang bagi dia senang. Tapi sekarang dia jadi MB Selangor atas tiket PKR. Dah keluar UMNO. Ada dia bersyukur dengan UMNO?

Marah sungguh atuk ini. Tapi atuk juga silap. Patutkah manusia ini kena bersyukur atas manusia?, bukankah kita patut bersyukur hanya pada Allah. Itulah kelemahan UMNO. Dah nampak hampir sama dengan Kafir Quraisy yang menyembah berhala zaman Rasulullah dahulu.  Bersyukur pada sesama makhluk, bukan bersyukur pada Pencipta.

Tengok Melayu sekarang ni. Teruk. UMNO tu sendiri pun tak melambangkan Melayu. UMNO tu perkataan Inggeris. Penjajah. Dalam Bahasa Melayunya ialah Untuk  Memenuhi Nafsu Orang – UMNO

Tiba-tiba atuk mengutuk UMNO selepas ingin mati dan bersyukur pada UMNO. Mungkin dek jawapan yang aku berikan pada atuk tentang konsep kematian dan konsep  syukur tersebut. Mungkin ahli UMNO yang seorang ini baru sedar bahawa dia hampir kepada kesesatan kerana  UMNO tak ajar ahlinya tentang Allah dan Islam.

UMNO selama 50 tahun perintah Malaysia yang nampak hanya kemajuan materialistik. Kemajuan rohani hilang. Hinggakan ada orang yang sanggup cabar Islam di Malaysia yang kononnya Negara Islam. Majlis Peguam cabar Islam. Agama lain cabar Islam. Undang-undang Islam dikatakan tidak sesuai. SRA dituduh sarang militan. Atuk sendiri pun tak tahu apa Undang-undang Islam yang sebenar, aku menyatakan dengan lantang tapi sedikit terketar kerana atuk ialah orang tua yang berpangkat atuk yang aku perlu hormati.

Atuk senyap membisu. Aku tahu atuk sayangkan UMNO. Sanggup mati kerana UMNO. Tapi apa UMNO buat pada atuk kini. Ketuanan Melayu UMNO yang rosakkan. Agama Islam UMNO yang cacatkan. Undang-undang Islam UMNO yang lecehkan. Kuasa Raja-raja Melayu UMNO yang lupuskan. Yang tinggal hanyalah kenangan. Kenangan UMNO yang dahulunya menjadi pembela bangsa, agama dan negara.  Tapi sekarang… atuk tahu jawapannya…. sudah-sudahlah dengan UMNO, dia tak boleh bawa kita kemana-mana pun. Buangkan aje dalam sungai. Carilah hidayah dalam masjid sebab atuk dah tua….

Posted on Ogos 9, 2008, in Bebas, Islam, Isu Semasa, Kempen Pilihanraya, Lucunya, Otak de Lutut, Politik. Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. Syukur = terima kasih sebab dapat tender.

    Bukan syukur lagu Raihan tuuu

  2. Untuk Memenuhi Nafsu Orang – UMNO! Satu tagline yang bagus!

    Orang UMNO yang bagi tuu..

Tinggalkan komen