Gengsterism, Fatwa Sesat dan BN

Lagi 6 hari untuk seluruh rakyat Malaysia memilih siapakah yang akan memerintah Kerajaan Malaysia. Tidak dinafikan bahawa hampir 51 tahun Be End memerintah memang banyak pembangunan insfrastruktur telah dibangunkan. Memang banyak kemajuan dalam erti kata “pembangunan” materialistik terdapat di Malaysia. Malah menurut NPC (National Productivity Corporation) sebuah badan kerajaan mengatakan memang Malaysia mempunyai First Class Insfrastructure tetapi rakyatnya mempunyai Third Class Mentality. Mengapa hal ini boleh terjadi? Apakah erti kata “tamadun” yang didefinasikan oleh Be End? Adakah ia semata-mata bangunan pencakar langit tertinggi didunia sahaja? Bagaimana dengan pembangunan minda dan sahsiah rakyat Malaysia?

Kelemahan ini sahaja sudah menjadi satu kenyataan dibawah pemerintahan Be End selama ini. Kelemahan dalam mendidik rakyat untuk berfikir menjadikan Be End sebagai satu kuasa pemerintah pada zaman primitif. Siapa yang kuat dia yang pegang kuasa, siapa yang lemah akan ditindas selamanya. Tiada pendekatan hikmah dalam mendidik rakyat Malaysia. Semua macam dalam zaman tidak bertamadun, 

Bila kita bersuara di sumbat dalam ISA,

Bila kita berdemontrasi disimbah dengan air toksid,

Bila kita melawan ditumbuk diterajang dan ditelanjang,

Bila kita mengadu perbuatan rasuah kita ditangkap masuk penjara,

Bila kita bekeras mereka panggil geng pukul sampai mati,

Adakah ini budaya kita? Adakah ini yang Islam ajar? Budaya samseng yang makin menjadi-jadi. Salah sikit dipukul, diterajang, ditumbuk, dibunuh dan dibakar?

Teringat dengan kisah ayah aku pada zaman 70-an dimana ramai mahasiswa melawan keras tindakan Kerajaan Be End dengan meletakkan pembangunan aqidah ditempat yang kedua. Keutamaan diberikan kepada pambangunan ekonomi yang akhirnya menyebabkan kini rakyat Malaysia menjadi bingung dengan sesetengah pendapat orang agama di Be End yang bertentangan dengan pegangan Islam yang sebenar. Ini semua disebabkan pegangan aqidah yang diselaputi mengagungkan pemimpin.

Antara fatwa “bodoh” orang agama Be End untuk menjaga hati pemimpin mereka:

Kes 1:
Tak perlu solat jika ingin mengharumkan nama negara (kes Malik berenang menyeberangi laut). Sedangkan zaman Nabi Muhammad dahulu berperang pun diwajibkan solat.

Kes 2:
Boleh melacur diri bagi wanita untuk mendapatkan rezeki dalam darurat(kes fatwa Dr. Mashitah Ibrahim). Malaysia darurat ke? Mana dia belajar? Bukankah Islam dah bagitau “Matlamat Tidak Menghalalkan Cara!”.

Kes 3:
Tidak membuat apa-apa tindakan undang-undang menurut Islam dengan isu murtad di Malaysia. Membiarkan yang salah menang dan yang benar kalah.

Kes 4:
Mempertikaikan Sunnah Rasulullah dalam memperkatan isu poligami, isu janggut, isu ekonomi, isu masyarakat majmuk.

Kes 5:
“Malahirkan” agama baru yang diceduk dari ajaran Islam dan diberi nama Islam Hadhari. Ini memperlihatkan bahawa Islam sebelum ini tidak bertamadun dan mundur.

Kes 6:
Menjadi pelopor Negara Islam contoh tetapi membiarkan isteri dan anak  tidak bertudung. Mungkin itu salah satu ajaran Islam Hadhari – boleh melanggar undang-undang Islam yang sebenar. 

Kini kerosakan akhlak remaja menjadi-jadi, tiada teguh iman, tiada akal yang membimbing, tiada pegangan yang dijadikan petunjuk, yang ada hanya artis yang kebanyakannya juga rosak. Inilah sebabnya terlalu mengejar duniawi, aqidah di letakkan tempat kedua. Pembangunan ekonomi boleh jatuh bila-bila masa walaupun 40 tahun diberi keutamaan (tahun 1997), tetapi pembangunan aqidah susah untuk dilunturkan jika ia ditanam selama 40 tahun.

Jika anda sayangkan anak-anak dan generasi akan datang, maka katakan TAK NAK pada Barisan Nasional!!!   

Posted on Mac 2, 2008, in Isu Semasa, Kempen Pilihanraya, Otak de Lutut, Politik. Bookmark the permalink. 3 Komen.

  1. To be honest, sampai sekarang saya masih tak faham maksud sebenar Islam Hadhari tu apa…

    Sama la ngan aku… Nak kata Islam yang hakiki tu tak hadhari, berdosa besar kita nanti…. takut aku

  2. count me in. Pejadah haram pe ntah HadHari tu! SONGOL!! (ntah apa songol pon aku x tau, tp bunyi macam haram. kira boleh la!)

    Boleh la tu… janji bunyinye macam hampeh

  3. Songol?? haha.. amenda tu?

    Adik beradik SENGAL kot… huhuhuuh

Tinggalkan komen