[Edisi AGM UMNO 2011]: Ucapan Dasar Yang Pelik
Baru sebentar tadi aku baru habis baca Ucapan Dasar Presiden UMNO. Ucapan yang penuh keyakinan. Madah pujangga, sejarah Islam dan Tanah Melayu, kata motivasi tinggi memenuhi perenggan-perenggan ucapan dasar AGM, tetapi agak terkantoi diakhir ucapan apabila Presiden membuka pekung di dada.. Secara sengaja atau tak sengaja?.. haha.
Ucapan berbunyi, “Manakala contoh ketiga, adalah Parti C, yang kononnya memperjuangkan negara kebajikan. Lahawlawala…., jawatan Mursyidul Am pun, tampaknya tidak diundi secara demokratik, tetapi ternyata lebih berkuasa dari Presiden“.
Haha.. Maaf aku tergelak. Tapi apakan daya kerana kelawakan ucapan dasar ini beserta kejahilan mengenai sistem dan kaedah jawatan parti lawan. Masakan jawatan Mursyidul Am perlu diundi? Jawatan itu pilihan Majlis Syura. Sistem yang sama digunakan di Iran dimana Ayatullah Khomeini sebagai “Ketua Pemerintah” dan ia lebih berkuasa dari Presiden Iran iaitu Ahmadineijad.
Senang cerita, pembaca ucapan tak tau apa-apa mengenai lawannya… Itu PM Malaysia rupanya…
[Penulisan artikel dihantar kepada WordPress melalui Blackberry Device]
Buang dan Delete
Ada satu tajuk dalam blog ini terpaksa aku delete permanently. Maaf jika cari tak jumpa. Tak apa, nanti aku bagi artikel lain yang lebih menarik untuk tatapan pembaca bolg ini.
Kadang-kadang kesengalan beberapa pembaca blog ini membuat aku tersedar bahawa negara ini ketandusan ilmu sebenar. Maksud aku lebih kepada mereka yang cakap ikut kepala lutut dari memikirkan implikasi dari apa yang mereka katakan. Tuhan bagi mulut untuk berkata-kata, tetapi kebanyakan kata-kata itu menyakitkan hati dan yang paling sakit hati apabila kata-kata kita diputar-belit oleh mereka yang tidak bertanggungjawab demi keuntungan mereka. Kebiasaan perkara ini terjadi dalam kalangan masyarakat negara ini boleh dilihat dalam subjek politik, agama dan perkauman.
Politik
Tak payah cakap banyak la. Dimana sahaja orang akan cakap perkara ni. Baik di rumah, kedai kopi, universiti, tempat kerja dll. Politik bagaikan ‘agama’ kedua dalam diri, lebih teruk lagi jika adalah yang menjadikan ia sebagai agama dengan menolak agama asal demi pangkat, kekayaan dan nama. Semakin masyarakat pandai berfikiran kritikal, semakin busuk politik yang kita dengar seharian. Masalah akhlak tolak ketepi dengan alasan kemajuan perlu diberi keutamaan. Tetapi sejauh mana kemajuan boleh melentur akhlak menjadi lebih soleh?
Salahkan aku jika akau kata masyarakat di Amerika sentiasa berangan-angan dengan American Dream – kekeluargaan, anak hormati ibu dan bapa, ibubapa memahami anak-anak, semua berlandaskan agama dll. Tetapi hakikat sebenar tidak seperti yang diangankan. Remaja rosak akhlak, arak dan seks menjadi aktiviti rutin mereka. Tanpa segan silu ditayangkan setiap hari. Itukah kemajuan yang kita mahukan? Aku tak mahu… aku mahukan kemajuan jika akhlak itu bergerak seiringan. Tapi bolehkah itu berlaku?
Agama
Perkara sensitif kononnya. Dalam perlembagaan kata Islam agama rasmi negara, tetapi masih ada pihak yang cuba melanggarnnya. Mereka tidak takut kerana faktor agama diatasi oleh politik. Kerana bagi kebanyakan pemimpin negara ini mereka telah berfikrah politik itu agama. Agama hanya akan membawa kemunduran. Tetapi jika kitabnya boleh diubah dan boleh dibuat pelbagai versi baru dan lama mungkin agama ini boleh mengatasi politik – dimana agama boleh diubah ikut kesesuaian pemerintah. Mungkin itulah yang berada dalam otak mereka yang menjadikan politik itu agama.
Perkara ini bukanlah sejelas seperti aku katakan, tetapi yang tersurat dan tersirat boleh dibaca tanpa membacanya. Boleh dilihat tanpa melihatnya. Boleh dirasa tanpa merasanya. Persetankan kitab-kitab, tak perlu semua tu. Sabda pemerintah lebih utama, memansukhkan sabda Nabi. Percaya? betul?… anda boleh pikir sendiri.
Perkauman
Satu benda yang paling malas aku layan ialah perkauman. Nak cakap banyak pun aku malas, lebih-lebih lagi bila melibatkan ketuanan Melayu. Sejarah Melayu itu hebat, tetapi menjadi habat bila banyak Melayu tak reti berfikir, aku lebih rela mengaku Melayu Siam bila melihat kesungguhan, kesabaran, ketahanan mereka di Selatan Thai berbanding Melayu ditengah-tengah Malaya yang angguk-angguk, geleng-geleng. Entah kemana hilang semangat Tok Janggut, Mat Kilau, Datuk Bahaman dll, semua hilang kerana mengejar semangat Siti Nurhaliza, Akim, Mawi, Aizat dll… itulah Melayu…
[Edisi BERSIH 2.0] Perlembagaan Persekutuan: Pagar Makan Padi VS Ambiga Makan Padi
Don’t hate the player, but hate the game. Itu madah yang rasanya sesuai untuk aku gunakan dalam entry ini. Banyak makna boleh ditakrif dalam madah ini, dan dalam entry kali ini aku mahu baca pembaca kepada Perlembagaan Persekutuan – Federal Constution (FC) – yang menjadi undang-undang tertinggi negara Malaysia.
Secara ringkas FC adalah perlembagaan Malaysia yang dibentuk dari perlembagaan Britian atau lebih dikenali sebagai Lord Reid. FC menjadi perlembagaan Malaysia yang diiktiraf British sebagai satu perlembagaan untuk bekas tanah jajahan mereka yang mahukan kemerdekaan. Perbezaan antara FC Malaysia dan FC Britain adalah agama Islam menjadi agama rasmi dan Sultan/Raja/YDPA adalah ketua agama Islam.
Siapa Ambiga?
Aku pun tak kenal dia. Aku kenal Ambiga ni apabila terbaca headline Utusan Malaysia beberapa minggu yang lepas. Ambiga adalah seorang Peguam yang mempercayai dan memperjuangkan Hak Asasi Manusia. Bila sebut Hak Asasi Manusia ini aku menjadi agak anti sedikit, bukannya aku anti perjuangan tersebut, tetapi kadang-kadang terdapat perjuangan mereka ini melepasi batas agama. Dalam kes ini, Ambiga pernah menjadi peguam Lina Joy yang mengaku murtad dan mahu membuang status agama Islam dari dalam kad pengenalannya. Malah Ambiga menjadi salah seorang penyokong IFC (Inter Faith Comission) yang memang ditentang aku malah seluruh orang Islam marah dengan wujudnya badan ini. Tetapi anda jangan lupa bahawa IFC juga disokong oleh Sister In Islam dimana antara ahli-ahlinya adalah nama-nama besar di negara ini.
Adakah aku marah?, Ya, aku marah dengan orang seperti itu. Tapi apa yang aku boleh buat?, Ambiga buat perkara tersebut sebab dia faham undang-undang, dia faham FC dan dia menggunakannya FC sebagai wadah bagi dia untuk mendapatkan hak – hak asasi manusia yang terkandung dalam FC itu sendiri. Itu kelompongan FC untuk manjadi perisai agama Islam walaupun Agama Islam itu agama rasmi negara ini.
Ambiga dan BERSIH 2.0
Pada permulaan BERSIH diadakan, BERSIH dianjurkan oleh PAS bagi menuntut keadilan dan ketelusan pilihanraya dari SPR. Selepas perhimpunan BERSIH 1.0 selesai, PAS “menyerahkan” BERSIH badan NGO yang dikenali “Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil” a.k.a BERSIH agar dapat menguruskan BERSIH dengan lebih berkesan. Dalam BERSIH 2.0, NGO ini menganjurkan perhimpunan dan secara sepakat telah melantik Ambiga sebagai Ketua dan Muhammad Sabu (Timbalan Presiden PAS) sebagai Penolongnya dan kebanyakan ahlijawatankuasanya terdiri orang-orang politik dan juga NGO. Pakatan Rakyat tidak ketinggalan menjadi salah satu penyokong NGO ini.
Dalam Bahagian II (Kebebasaan Asasi) Perkara 10 (Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan), menyatakan hak untuk berhimpun secara aman dan hak asasi manusia telah digunakan pakai bagi menganjurkan perhimpunan BERSIH 2.0. Sekali lagi Ambiga diberi peluang untuk menggunakan ilmunya bagi menuntut hak rakyat melalui FC tersebut. Kekuatan FC ini menjadi perisai rakyat untuk menuntut hak mereka. Ya, kali ini aku menyokongnya kerana BERSIH 2.0 menuntut hak aku sebagai pemilih.
Kelompongan dan Kekuatan FC
Dua situasi yang berbeza pada pendirian aku juga yang berbeza, tetapi berpunca pada sumber yang sama iaitu FC. FC yang kita gunapakai boleh menjadi perisai dan juga senjata berbahaya menentang kita. Suka atau tidak itulah hakikatnya bagaikan peribahasa “harapkan pagar, makan makan padi“. Itulah sebabnya pada permulaan tulisan ini aku menyatakan “Don’t hate the player, but hate the game” kerana “player” adalah kita = rakyat, manakala “game” itu adalah FC yang dijulang. Kepada penyokong BN anda perlu muhasabah diri sendiri dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan yang merapu dan akhirnya terpalit pada hidung sendiri. Mereka yang menjulang FC, mereka juga marahkan IFC, mereka juga menentang BERSIH, tetapi mereka mengaku sebagai rakyat Malaysia dengan melaungkan rukun negara “Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang” tetapi dalam masa yang sama mereka merogol FC itu sendiri. Jangan marahkan Ambiga, PAS, PKR, penyokong BERSIH atau sesiapa sahaja yang berbeza pendapat dengan anda, tetapi marahkan undang-undang yang anda julang sekarang ini.
Jelas di sini, hukum FC tak boleh dipakai lagi. Jika mahukan perubahan yang adil dan saksama perlu kembali kepada Al-Quran dan Sunnah. Memang susah nak meng”Islam”kan FC, tetapi tak susah untuk mengajar orang tentang Islam. Tetapi semua boleh diubah, hanya Al-Quran sahaja yang tak dapat diubah kerana Al-Quran sesuai sepanjang zaman, bukan Al-Quran mengikut zaman, tetapi zaman mengikut Al-Quran.
Pesanan untuk orang UMNO dan penyokongnya, cuba sedarkan diri anda, apa yang anda perjuangkan dalam UMNO untuk menaikkan Al-Quran sebagai FC?
[Edisi BERSIH 2.0] Menjawab Soalan-soalan Mereka
Sejak BERSIH 2.0 bermula, macam-macam tohmahan telah ditujukan kepada penyokong BERSIH. Sesekali ada juga aku menjawab tohmahan ini, tetapi ada juga yang aku biarkan mereka dengan labu-labunya. Bukan tak mahu jawab, tapi mereka bagai dungu. Beberapa kali telah dinyatakan kenapa perlunya perubahan dalam sistem Pilihanraya negara ini, tetapi mereka tetap tak faham.
Antara persoalan dan tohmahan yang sering dilemparkan kepada pihak penyokong BERSIH akan aku jawab dalan entry ini.
Tohmahan 1: Terdapat agenda politik yang tersembunyi dalam BERSIH.
Jawapan: Mungkin ya, mungkin juga tidak. Terpulang kepada individu itu menilai. Objektif BERSIH adalah untuk memperjuangkan Pilihanraya yang TELUS dan ADIL tanpa dikawal oleh mana-mana pihak yang berkuasa besar. Ini kerana Pilihanraya adalah hak rakyat untuk bersuara memilih pemerintah yang mereka percaya. Jika ada yang mengatakan ini adalah agenda politik PR, maka ia betul, tetapi dalam masa yang sama ia juga adalah salah. Penyokong BERSIH bukan terdiri daripada penyokong PR, tidak terkecuali anak mantan PM Tun Mahathir – Marina Mahathir – juga turut serta dalam perhimpunan ini. Secara logik akal, mahukah Marina Mahathir ini menyokong PAS, DAP atau PKR? Kalau kucing dah bertanduk belum tentu dia menyokong PR. Tapi yang jelas dia nampak kenapa perhimpunan ini diadakan. Perhimpunan BERSIH ini adalah suara rakyat. Bukan suara mana-mana parti politik.
Tohmahan 2: PR tak bersyukur sudah menang 5 negeri masih kata SPR tak telus.
Jawapan: Jikalau ini yang dijadikan kayu ukur ketelusan SPR dalam menjalankan tugas maka anda silap. Kemenangan ini sebenarnya mengatasi ketidaktelusan SPR. BN pada PRU-12 terlalu tertumpu kepada sikap ego mereka untuk menakluki Kelantan menyebabkan mereka terlepas pandang kepada negeri-negeri lain. Itu adalah kesilapan BN dan kemenangan ini adalah disebabkan kekuatan PR. Kini tumpuan mereka kepada Selangor kerana survival politik mereka banyak tertumpu kepada Selangor. Mungkin anda pernah mendengar kenyataan Najib Tun Razak, “Kita akan gunakan semua strategi untuk mengambil alih Selangor dari PR” – tumpukan pemikiran anda kepada “gunakan semua stategi” – ia bermakna by hooks or by crooks BN akan cuba mendapatkan Selangor semula.
Tohmahan 3: BERSIH memecah belah perpaduan rakyat Malaysia seperti tragedi 13 Mei.
Jawapan: Dalam perhimpunan BERSIH 2.0 ini bukan orang Melayu sahaja yang menyertainya. Seluruh rakyat Malaysia yang mencintai negera ini turut serta – Cina, India, Sikh dll – Tiada perpecahan tetapi hanyalah perpaduan dalam satu suara menuntut keadilan. BN memomokkan rakyat dengan darurat seperti tragedi hitam 13 Mei 1969 akan berlaku lagi jika perhimpunan ini diteruskan, tetapi BN lupa bahawa rakyat bukan lagi bodoh seperti mereka. Apa punca tragedi 13 Mei itu? Apa yang menyebabkan Ordinan Darurat dikuatkuasa? Adakah ini pernah ditanyakan dalam kotak pemikiran anda?. Secara jelas ramai yang tak tahu “The Untold Story” tentang tragedi 13 Mei itu. Aku secara kritis berfikir (mengikut teori aku sendiri) bahawa tragedi 13 Mei adalah berpunca kepada Perikatan (BN) pada masa itu. Modal kepada “perpecahan” dikalangan rakyat dijadikan modal besar Perikatan menguatkuasa Ordinan Darurat disebabkan kerana Kelantan jatuh ke tangan PAS. Perpecahan yang dimaksudkan adalah pecahnya undi Perikatan kepada PAS di Kelantan. Pada waktu itulah Perikatan berjaya memerintah Malaysia sepenuhnya – itulah tujuan sebenar Ordinan Darurat bagi Perikatan. Maka wujudlah kambing hitam dalam siri gelap 13 Mei yang dicipta Perikatan dan seterusnya menjadi kisah benar dalam buku teks Sejarah sekolah. Itulah yang dipercayai oleh ramai anak muda yang “3rd class mentality” dan mereka inilah yang menjadi survival politik BN sekarang.
Tohmahan 4: Penyokong BERSIH dari kalangan Penjawat Awam “tidak bersyukur” kerana makan gaji dengan Kerajaan.
Jawapan: “Bersyukur” itu ditujukan kapada siapa sebenarnya? Tidak bersyukur kepada ALLAH atau kepada Kerajaan?. Jika “tidak bersyukur” itu ditujukan kepada ALLAH, maka ia adalah salah. Rezeki adalah hak ALLAH untuk diberikan kepada sesiapa sahaja. Tidak kira orang itu Islam, Kristian, Buddha, Hindu dll. Jika “tidak bersyukur” itu ditujukan kepada ALLAH, kenapa boleh jadi begitu? Bukankah ALLAH telah menganjurkan keadilan dan ketelusan dalam segala aspek kehidupan ini – jadi apakah yang menyebabkan Penjawat Awam ini “tidak bersyukur”?. Jika ‘tidak bersyukur” ini ditujukan kepada Kerajaan kerana segala gaji iaitu rezeki dari perkhidmatan mereka itu datangnya dari kerajaan maka secara automatik orang yang berkata begitu telah menduakan ALLAH – telah berlaku syirik keatas dirinya. Kerja dengan Kerajaan adalah seperti bekerja dengan Rakyat. Kerajaan Malaysia bukan kerajaan monarki, Kerajaan Malaysia adalah kerajaan yang dibentuk oleh rakyat dalam pilihanraya. Penjawat Awam adalah rakyat, bukan pencacai Kerajaan kerana mereka juga mengundi di pilihanraya. Jadi apa salahnnya mereka menyokong BERSIH dengan matlamat untuk pilihanraya yang adil dan telus?.
Tohmahan 5: Media di Malaysia tidak berat sebelah, penyokong BERSIH sahaja yang tuli, hanya dengar berita luar sahaja.
Jawapan: Berapa kali dan berapa minit dalam slot berita jam 8.00 malam TV1, TV2, TV3, Bernama TV dll yang mengambil kenyataan pihak PR dalam satu malam?. Bukan mengambil kenyataan tersebut dan memutarbelit kata-kata mereka yang diulas sendiri oleh pemberita. Bandingkan dengan kenyataan BN yang mendapat liputan penuh, tetapi sebaliknya berlaku kepada PR. Apakah itu tidak berat sebelah?. Berita sehari dua selepas Perhimpunan BERSIH ini, sila bandingkan dengan liputan media perdana dan media alternatif. Buanglah ego dan cuba untuk mencari maklumat lebih dari pelbagai sumber, bukan hanya percaya bulat-bulat apa yang media perdana katakan bagai “beriman” dengannya. Dengan teknologi terkini, semua dihujung jari melainkan perasaan angkuh menguasai diri untuk tidak mahu mencari kebenaran. Jika kebenaran yang dijumpai itu sama dengan pendirian anda, teruskan dengan sokongan anda kepada media perdana itu. Akan tetapi jika kebenaran itu tidak sama dengan maklumat yang anda terima dari media perdana itu, jangan segan silu untuk bersuara kerana itu hak anda. Anda yang tentukan.
Aku rasa setakat ini tohmahan yang sering ditujukan kepada Penyokong BERSIH telah aku jawab. Baca dengan hati terbuka, bukan dengan kebencian. Mungkin ini boleh membuka minda anda.
[Edisi BERSIH 2.0] Bersih 2.0 Di Mata Dunia!!!
Terima kasih kepada penyokong BERSIH 2.0 di Malaysia ini, tetapi sayangnya masih lagi ramai yang belum jelas matlamat perjuangan BERSIH ini. Rakyat Malaysia yang berada di luar negara telah melihat kebobrokan SPR menjadi anjing peliharaan BN. Kini mereka juga telah ‘bersuara’.
Yang masih di dalam Malaysia, yang masih senyap, yang masih tidur, yang masih lepak-lepak, yang masih menyalahkan BERSIH… di mana kamu sebenarnya?
- Adeleide, Australia
- Canbera, Australia
- Geneva, Swiss
- Hong Kong
- Kaherah, Mesir
- London, England
- Los Angeles, USA
- Melbourne, Australia
- New York, USA
- Osaka, Jepun
- Otawa, Canada
- Paris
- Perth, Australia
- San Francisco, USA
- Seoul, Korea
- Taipei, Korea
- Venice, Italy
[Edisi BERSIH 2.0] Kesesakan Lalulintas: Salah Siapa?
Rata-rata berita perdana jam 8.00 malam menceritakan sisi hitam perhimpunan Bersih 2.0. Ramai yang telah menjawab soalan wartawan berkenaan situasi kesesakan lalulintas – kesemuanya menyalahkan perhimpunan Bersih 2.0 sebagai punca.
Jadi aku terfikir.
Apa yang menyebabkan lalulintas menjadi sesak?, Jawapan: Akibat sekatan Polis.
Siapa yang mengarahkan sekatan lalulintas ini?, Jawapan: Ketua Polis.
Kenapa sekatan lalulintas ini dilakukan?, Jawapan: Menghalang kebanjiran manusia ke perhimpunan.
Kenapa perlu dihalang?, Jawapan: Khuatir akan berlaku keganasan.
Keganasan jenis bagaimana?, Jawapan: ???
Secara rambang dan sebagai orang yang waras aku melihat punca bukan dari perhimpunan Bersih 2.0 tetapi berpunca dari tindakan Polis. Polis hanya menjalankan tugas – iaitu mendengar arahan kerajaan. Adakah itu tugas Polis? Bukankah Polis perlu mengawasi keamanan?.
Sekali lagi aku berfikir.
Penyebab utama kesesakan lalulintas bukan dibuat oleh pihak perhimpunan Bersih 2.0. Perhimpunan ini hanya berlaku dalam Kuala Lumpur – sekitar Stadium Merdeka, Puduraya, Masjid Jamek dan Masjid Negara. Manakala kesesakan lalulintas berlaku sekitar luar Kuala Lumpur – setiap jalan masuk ke Kuala Lumpur.
Jika Polis memberi keizinan perhimpunan dan menjaga keamanan perhimpunan ini, adakah kesesakan lalulintas ini berlaku?
Selain itu, aku melihat media sekali lagi menyembunyi fakta sebenar perhimpunan ini. Objektifnya adalah untuk menghantar memorandum kepada Yang Di-Pertuan Agong bagi menyatakan 8 tuntutan Pilihanraya yang telus dan adil kepada seluruh rakyat Malaysia. Perhimpunan dilakukan untuk menunjukkan bahawa rakyat bersatu dengan satu suara bagi mendapat Pilihanraya yang bersih!
Oleh itu apa salahnya perhimpunan ini diadakan?
Perhimpunan Bersih 2.0 tidak salah, yang salah adalah POLIS dan BN.