[Edisi BERSIH 2.0] Hak Suara Yang Di Hina

Apa hak suara kita dalam sistem negara yang demokrasi ini? Banyak cara untuk menyuarakan hak kita sebagai rakyat negara ini, akan tetapi kebanyakan saluran semua telah tersumbat dengan karenah birokrasi dan double standard yang telah diamalkan oleh sistem kepimpinan negara ini.

Hak suara rakyat hanya didengari pada hari pilihanraya. Sistem pilihanraya negara ini menjadi satu bukti bahawa negara ini negara demokrasi. Tetapi sayangnya hak ini juga telah dicabul oleh pihak-pihak yang berkepentingan kuasa.

Terdapat banyak cerita dan bukti bahawa sistem pilihanraya negara ini yang dikawal oleh SPR telah longgar. SPR bukan lagi badan bebas untuk pilihanraya negara, tetapi telah menjadi badan pencacai kerajaan BN yang mahukan kuasa mereka terus kekal di takhta negara ini. Sebagai survival kuasa, wujudlah entiti misteri seperti pengundi hantu yang memainkan peranan yang paling besar untuk terus berkuasa. Terdapat kekhuatiran terhadap anggota Polis dan Tentera yang mempunyai dua kad pengenalan menjadi bukti kuat bahawa wujud pengundi hantu – undi kedua selepas undi pos.

Kebebasan bersuara juga disekat dari siaran media perdana, pihak yang berkuasa seperi BN menggunakan seluruh jentera media untuk berkempen – baik untuk kebaikan mereka dan memburukkan PR, manakala PR bagai berdiam diri malahan terus-terusan dibobrokkan kehinaan mereka oleh media ini. Tapi nasib kini telah menyebelahi PR kerana teknologi IT telah menjawab segala tohmahan yang zalim dari pihak BN yang hanya menganggap rakyat Malaysia ini bodoh bagai lembu dicucuk hidung.

Provokasi Bersih 2.0 semakin menarik, George Soros (Penyangak matawang dunia tahun 1997-1998) mula kembali dalam arena politik negara setelah sekian lama menyepi. Tuduhan pihak penganjur Bersih 2.0 menerima dana dari Soros untuk menampung perhimpunan ini memperlihatkan satu lagi lawak jenaka baghal ciptaan media pro-BN. Apa dana yang perlu ditanggung?, kos cetakan T-Shirt?, kos cetakan flyers?, kos penginapan hotel?, kos pengangkutan?, kos makanan?… Kebiasaan dana-dana ini hanyalah untuk perhimpunan anjuran BN sahaja, maklumlah nak kumpul manusia seperti pada Hari Sejuta Belia perlukan bas untuk mengangkut pelajar sekolah, pelajar universiti dan kolej, pelatih PLKN, pelatih Polis dan Tentera, orang kampung belia 4B dll, semuanya memerlukan kos dan kerahan (upah) barulah perhimpunan atau event anjuran BN dapat sambutan.

TV perdana semakin mengganas iklannya. Provokasi melampau iklan perhimpunan seperti ini dianggap akan mengundang padah bagai dilanda taufan Katrina – kematian, kehancuran, darurat dll. Hidangan TV diselangi dengan berita penangkapan kumpulah militan, bom koktel molotov, parang, pisau bersama-sama beberapa helai T-shirt kuning Bersih memperlihatkan agenda perhimpunan ini sangat kotor dan bahaya.

Dimana hak suara rakyat selain pilihanraya jika kebebasan seperti ini tidak diberi. Jika pilihanraya juga kotor, maka objektif perhimpunan ini adalah untuk membersihkannya. Tetapi sayang, pencacai BN hanya nampak keburukan yang mengikut emosi, tetapi objektif yang mengikut kepala otak tiada difikirkan. Matlamat untuk memperbodohkan rakyat melalui provokasi ini nampaknya hampir berjaya. Bila ditanya pihak yang menentang perhimpunan ini apakah objektif perhimpunan ini, jawapannya lebih teruk dari suara seekor baghal – mereka tak tahu apa yang mereka tak tahu.

Mungkin patut aku letakkan apa 8 tuntutan bersih 2.0 bagi memmartabatkan suara rakyat dalam Pilihanraya yang adil di Malaysia.

1. Bersihkan senarai undi

Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.

Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos

SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.

Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.

Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal

Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari

Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.

Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil

RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.

Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.

Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam

Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.

Contohnya:

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.

Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.

Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.

Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah

Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.

Pembelian undi harus dihentikan!

Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

8. Hentikan politik kotor

BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.

Satu soalan kepada penentang perhimpunan – Apakah yang salah dengan tuntutan ini?

Posted on Julai 5, 2011, in Bebas, Hidup Ini, Isu Semasa, Otak de Lutut, Politik. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: