[Edisi BERSIH 2.0] KeBERSIHan Itu Separuh Daripada Iman

Assalamu’alaikum

Taharah (kebersihan) menjadi tajuk utama dalam bab Feqah semasa aku sekolah dahulu. Malah dalam bab Feqah, kebersihan itu diutamakan dahulu sebelum beribadat. Tertib sebelum solat adalah mengambil wuduk, manakala tertib mengambil wuduk perlu bersih dari hadas besar dan kecil. Begitulah telitinya hal-hal kebersihan dalam memulakan ibadat.

Dalam sesebuah negara juga kebersihan menjadi tonggak kepada kemajuan. Ekonomi perlu bersih dari unsur rasuah, kronisme, ketirisan, pembaziran dan lain-lain untuk memantapkan keteguhannya. Sosial perlu bersih dari budaya luar, hiburan yang keterlaluan (hedonisme) tanpa batasan agar masalah sosial seperti hubungan seks luar nikah, zina, pelacuran, dadah, buli, buang bayi, mencuri dan lain-lain menjadi kurang atau lebih baik hilang terus dari pandangan kita. Begitu juga politik perlu bersih dari fitnah, sumpah seranah, buruk sangka, ketidakadilan, tamak dan macam-macam lagi perkara negatif akan menjadikan hidup kita sebagai hambaNya yang beriman kerana kebersihan itu separuh daripada iman.

Takut kepada kebersihan umpama takut dengan bayang-bayang sendiri kerana sifat bersih itu sendiri adalah fitrah manusia. Satu NGO yang menganjurkan BERSIH kepada sebuah badan ‘bebas’ di negara ini agar tidak berlaku lagi kekotoran telah disalah anggap oleh sebahagian masyarakat negara ini. Apa desakan NGO tersebut adalah untuk membaiki dan mencuci kekotoran yang ada. Baik kekotoran itu disedari atau belum disedari oleh badan bebas tersebut, maka bermulalah al-kisah suara sumbang yang memprovokasi niat baik NGO ini.

Apa yang perlu ditakutkan jika penganjuran BERSIH 2.0 lulus?. 500,000 manusia akan berkumpul di Kuala Lumpur untuk menunjukkan keyakinan mereka bahawa sistem SPR negara ini sememangnya kotor. 500,000 manusia bukanlah jumlah yang sikit, angkanya bukanlah realistik, angkanya hanyalah anggaran, apa yang perlu ditakutkan?

Persoalan yang lazim keluar dari kotak pemikiran aku adalah objektif perhimpunan. Provokasi anti-nasionalisme, komunisme, huru-hara, kacau-bilau, vandalisme dimainkan hampir setiap saat. Bagai sudah tiada berita utama dek ura-ura tarikh kekalutan pihak kerajaan – 9 Julai – ketakutannya bagaikan munculnya hantu Kak Limah balik rumah. Di Facebook, di Blog, di Twitter semua menceritakan provokasi yang sama, bersumberkan berita yang sama, surat khabar lama yang sama – Utusan Malaysia – 70% isinya adalah provokasi yang menjadi sumber ‘hukum’ utama pihak kerajaan mengeluarkan ‘fatwa’.

Bagi rakan-rakan ‘kerajaaan’ di Facebook, modal yang digunakan 100% modal yang sama seperti yang diceritakan dalam akhbar tersebut. Baik cerita moral Anwar Ibrahim, cerita moral Najib, cerita muktamar PAS, cerita hantu Kak Limah balik rumah semuanya sama. ‘C’ kata akhbar tersebut, maka ‘C’ lah cerita yang dibawah dalam Facebook. Pemikiran aku sejenak terfikir bahawa kolot sungguh rakan-rakan ini sehingga langsung tidak menghadam kandungan yang ditulis untuk di kaji. Semua diambil bulat-bulat. Tiada pemikiran diluar kotak. Semua bagai lembu yang dicucuk hidung, mengikut kata tanpa otak. Sayangnya otaknya yang normal telah dikeluarkan dan akhbar tersebut menggantinya. Akhbar tersebut adalah otaknya.

Bila ditanya pada mereka, “Apakah 8 tuntutan BERSIH 2.0 dari SPR?“. Jawapannya adalah “HARAM!” – ‘fatwa’ dari Hishamuddin. Jawapan lain “Huru-hara“, “Nabi tak ajar“, “Merosakkan harta benda“, “Buang masa“, “Traffic jam“. Semua jawapan baghal – baghal tiada otak.

Apa objektif BERSIH 2.0? Itulah persoalan yang patut kita tanya diri sendiri dan perlu kita kaji, bukan tuduhan melulu.

Posted on Julai 4, 2011, in Bebas, Hidup Ini, Isu Semasa, Otak de Lutut, Politik. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: