PRK Hulu Selangor: Aku Akur… Puisi KHAS Untuk Orang Hulu

Aku akur
Kalahnya Pakatan Rakyat di Hulu Selangor
Orang hulu pilih MIC

Aku akur
Mereka ini orang hulu
Orang hulu tak perlu pelajaran tinggi
Kena tipu ijazah palsu
Orang hulu masih tersenyum

Aku akur
Mereka itu orang hulu
Orang hulu banyak duit kerana tak reti belanja
Tak kisah air free kerajaan negeri
Tak kisah kalau minyak naik harga lagi
Tak kisah kalau perlu bayar cukai barang asasi

Aku akur
Mereka itu orang hulu
Orang hulu ini susah dapat maklumat
Dikala orang India Malaysia tolak MIC
Orang Melayu di hulu ini terima MIC
Dikala orang Islam Palestin dibunuh Zionis
Orang Islam di hulu ini terima kerajaan sekongkol Zionis
Dikala umat Islam dunia terima Iran harapan baru dunia Islam
Orang Islam hulu ini terima kerajaan yang setuju dengan sekatan ekonomi ke atas Iran
Dikala masyarakat dunia mengutuk dasar luar Amerika Syarikat
Masyarakat di hulu ini terima kerajaan yang melutut dengan Amerika Syarikat

Aku akur
Orang hulu ini kaya
Orang Felda hulu tak suka tanah milikan
Orang hulu tak suka projek pisang
Orang hulu pilih beras sekampit, telur sesarang dan ayam seekor

Aku akur
Orang Melayu hulu ini pilih Kamal
Orang Cina hulu ini pilih Alan
Orang India hulu ini pilih Nathan
Orang “Kamalanathang” ini penipu ijazah palsu
Orang “Kamalanathang” ini penampah perisa ‘Yes sir’ dalam parlimen
Orang “Kamalanathang” ini tak boleh buat apa-apa

Aku akur
Orang hulu ini suka wakil setia ketua
Bila ketua naik harga minyak, wakil hulu ini kata “Yes sir!”
Bila ketua naik cukai, wakil hulu ini kata “Yes sir!”
Bila ketua buat GST, wakil hulu ini kata “Yes Sir!”
Bila ketua naik tarif elektrik,  wakil hulu ini kata “Yes Sir!”
Bila ketua sekongkol dengan Zionis,  wakil hulu ini kata “Yes Sir!”
Bila ketua sekat ekonomi Iran,  wakil hulu ini kata “Yes Sir!”

Aku akur
Kalahnya Pakatan Rakyat di hulu ini
Kerana orang hulu tak kenal yang mana arang, yang mana permata

Posted on April 26, 2010, in Bebas, Hidup Ini, Isu Semasa, Otak de Lutut, Politik. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: