1 Indonesia, 1 Malaysia, 1 APCO

KUALA LUMPUR, 13 April: APCO Wordwide bukan sahaja memberikan nasihat perhubungan awamnya kepada kerajaan Malaysia bahkan juga kerajaan Indonesia selepas Israel.

Ini dinyatakan dalam laman web APCO sendiri. Yang menariknya, konsep yang hampir sama digunakan antara Malaysia, Indonesia dan juga Israel. Yang bezanya di Israel menggunakan One Israel manakala di Malaysia dan Indonesia digunakan 1Malaysia dan 1Indonesia.

APCO telah dibuktikan di Dewan Rakyat sebagai syarikat yang berpengkalan di Amerika dan mempunyai hubungan rapat dengan Zionis Israel yang membunuh berpuluh ribu umat Islam Palestin.

Konsep 1Malaysia dikatakan hasil nasihat dari APCO kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memandangkan konsep itu serupa dengan konsep One Israel yang digunakan di Israel oleh Ehud Barak (Perdana Menteri Israel) pada tahun 1999.

Namun begitu APCO di dalam laman webnya menafikan bahawa syarikat itu terlibat dengan konsep 1Malaysia. Kenyataan ini dibacakan oleh anggota Parlimen Rembau yang juga Ketua Pemuda Umno di Dewan Rakyat, Khairy Jamaludin. Tetapi adakah rakyat Malaysia boleh mempercayai kenyataan dari syarikat Yahudi ini?

Menurut satu laman web, milosuam.blogspot.com, apa yang lebih menghairankan di sini ialah bagaimana Indonesia yang juga menggunakan khidmat dari APCO ini menggunakan konsep yang sama seperti One Israel dan 1Malaysia? Malah lambang dan slogan konsep 1Indonesia juga dilihat terlalu mirip dengan 1Malaysia yang digunakan di Malaysia.

Jika di Malaysia slogan 1Malaysia ialah “Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan” slogan 1Indonesia pula dilihat begitu mirip sekali iaitu “Masyarakat dahulukan, Pencapaian utamakan“. Adakah sekadar kebetulan?

Sekiranya ia satu kebetulan, ia menjadi satu kebetulan yang ajaib! Sila lihat gambar dibawah ini konsep 1Malaysia dan 1Indonesia begitu serupa.

Ini pula bukti bahawa kerajaan Indonesia juga menggunakan penasihat Yahudi APCO. Dokumen bukti bahawa kerajaan Indonesia menggunakan khidmat yahudi APCO boleh dimuat turun di link ini www.apcoworldwide.com/Content/pdfs/Indonesia_Brochure.pdf

Persoalan yang timbul dari persamaan ini, menurut milosuam.blogspot.com adalah :

  • Adakah Kerajaan Indonesia atau kerajaan Malaysia yang meniru antara satu sama lain?
  • Adakah perkara ini sekadar satu kebetulan yang ajaib?
  • Sekiranya Indonesia meniru Malaysia, tidakkah pemimpin Indonesia akan malu apabila rakyat mengetahui bahawa idea 1Indonesia diciplak dari negara jiran? Begitu juga jika perkara sebaliknya yang berlaku.
  • Adakah idea 1 (one) ini terlalu agung sehingga Malaysia dan Indonesia memakai konsep yang sama?
  • Perlukah konsep 1 Malaysia ini ditiru bulat-bulat oleh Indonesia sehinggakan lambang 1Indonesia dan juga slogan yang digunakan begitu serupa?

Sumber: HarakahDaily

KIPP:

Gapo jadi gini weh?… haha. Aku ingat kepala otak anak Razak ni bagus sangat, rupa-rupa tin kosong ajaaa.. 1 Malaysia di ambil dari One Isreael ditiru pula kepada 1 Indonesia. Tak lama lagi ada la pulak 1 Hulu Selangor!.. hahaha.. mabuk la mamat Najib sorang ni. Adoyai!!!

Mau sokong apa kalau idea pun kutip dari orang lain. Tak ada wawasan langsung. Ini pemimpin yang disanjung?.. hahaha.. haprak!


Posted on April 14, 2010, in Artikel "Copy & Paste", Isu Semasa, Kempen Pilihanraya, Otak de Lutut, Politik, Satu Kajian. Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. Dasar MALON begok. “Masyarakat dahulukan, Pencapaian utamakan” ini bukan ejaan Bahasa Indonesesia. Begok loh MALON !!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: