PRK Hulu Selangor?

Al-Fatihah kepada Zainal Abidin Ahmad (Ahli Parlimen Hulu Selangor) yang meninggal dunia pada jam 9.27 malam tadi di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang akibat barah otak. Seorang lagi AP dari PKR meninggal dunia yang akan meninggalkan satu lagi peristiwa penting bagi rakyat Malaysia dan penduduk Hulu Selangor khasnya.

Aku tak mengundi di sini, tapi orang rumah aku salah seorang pengundi Parlimen Hulu Selangor. Apa yang menariknya di sini adalah kawasan MIC walaupun begitupada PRU-12 yang lepas G. Palanivel kalah dengan Arwah Zainal Abidin Ahmad, tetapi mejoriti undi sangat rendah iaitu 198.

Secara kiraannya agak memalukan bagi MIC kerana kalah dengan mejoriti rendah sebegitu dengan PKR yang setahun jagung sedangkan PRU-11 tahun 2004 dahulu G. Palanivel menang besar mengalahkan PAS (Ismail Kamus) dengan mejoriti 14,483.

Teorinya sekarang, BN mati-mati nak memang kawasan Parlimen ni sebab mereka nak cukupkan qouta 2/3 dewan yang memerlukan lebih kurang 5 orang Ahli Parlimen lagi selepas ‘membeli’ 5 orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Dapat 2/3 dewan bolah buat persempadanan semula dan GST. Tapi masalahnya sekarang siapa calon yang sesuai?. Nak letak orang UMNO, itu kawasan MIC, nak letak MIC nanti takut kalah lagi.

MIC sekarang tengah dalam masalah dalaman. Ye la, Najib Tun Razak dok layan Makkhal Sakhti, lupa yang MIC ada dalam BN. Jadinya, mungkin Najib Tun Razak nak calon Makkhal Sakhti di Hulu Selangor. Tapi for sure MIC kena jaga kawasan  maa…. Bilik gerakan MIC di pekan Kuala Kubu Bharu pun dah dicat baru, letak bendera baru, di renovate baru, takkan nak letak Makkhal Sakhti di Hulu Selangor? Mau mengamuk sakan geng-geng MIC nanti. Tapi itu tak penting bagi PR. Kalau benarlah teori ini, maka bergembiralah PR dengan kekacauan dan kebilauan BN di Hulu Selangor.

Bagi PR, arwah dulu orang PKR. Kalau letak orang PAS mungkin sejarah akan berulang macam Ismail Kamus, letak orang DAP susah sikit sebab PRU-12 orang DAP letak di DUN di Hulu Selangor kalah. Apa-apa pun PKR kena buat strategi calon yang sesuai. Yang penting biarlah calon tu sihat wal afiat dan bukan jenis “ong ong clan” yang boleh dibeli BN. PKR kena ingat, ramai calon mereka berasal dari UMNO. Kalau silap gaya, menang hari ni, esok terus melompat Bebas. Naya dibuatnya.

Dilema PR ialah dengan PKR yang paling ramai calon melompat parti. Calon DAP pun ada yang lompat parti. Tinggal lagi PAS sahaja yang masih berpegang dengan perjuangan (harap-harap tak ada yang melompat). Tapi melihat kepada kawasan Hulu Selangor ini, mungkin calon PKR sahaja yang sesuai untuk diisi. Nak letak calon PAS dan DAP pun boleh, cuma takut nanti percaturan silap maka kerusi lepas ke tangan lawan.

Itu semua hanya teori aku semata-mata, hanya berdasarkan pemerhatian yang kasar. Mengikut peraturan, Pilihan Raya Kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari setelah Speaker Dewan Rakyat dimaklumkan mengenai kekosongan kerusi Parlimen Hulu Selangor. Siapa yang jadi calon nanti kita tunggu dalam masa 60 hari ini.

Posted on Mac 26, 2010, in Isu Semasa, Kempen Pilihanraya, Politik, Satu Kajian. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: