Mabuk Zahrain

Sudah menjadi kebiasaan kepada orang politik apabila mereka keluar/dipecat dari satu-satu parti, mereka akan cuba mendedahkan seberapa banyak penyelewengan yang berlaku dalam parti. Lihat sahaja Anwar Ibrahim apabila dipecat dari TPM tahun 1998 dahulu, berbagai info penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa yang didedahkan kepada seluruh rakyat Malaysia, termasuklah bukti rakaman video VK Linggam correct, correct, correct. Tinggal lagi mahu percaya atau tidak itu terpulang kepada anda.

Sejak Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru) keluar dari PKR atas alasan kononnya Anwar Ibrahim ‘main kotor’ dalam PKR berbagai rahsia yang dibongkar kononnya Anwar Ibrahim mengadakan pakatan dengan Timbalan Speaker untuk mempengerusikan undi tidak percaya terhadap bekas Tun Abdullah Ahmad Badawi (Bekas PM) pada 16 September 2008.

Ada la juga mamat Zahrain ini menyebut nama-nama Ahli Parlimen BN yang sanggup melompat parti bagi menjayakan Anwar Ibrahim ke Putrajaya. Tapi sampai hari ni, Zahrain tak lagi mendedahkan nama Timbalan Speaker yang terlibat. Lagipun Timbalan Speaker bukannya ramai, ada 2 orang aje. Jadinya Zahrain tak perlu pening kepala nak pilih. Pilih la satu idaman kalbu. Haha.

Kemabukan Zahrain sampai ke puncak bila Ahli Parlimen BN yang kononnya nak melompat ke PR seperti Bung Mokhtar Radin, Dr Chua Soon Bui malah Kuli langsung tak mengaku bahawa mereka berjumpa Anwar Ibrahim untuk melompat parti seperti Zahrain lakukan sekarang.

Zahrain oh Zahrain, disebabkan tak dapat kontrak kerajaan negeri Pulau Pinang untuk anak, maka kau melatah macam cacing kena goreng untuk dibuat umpan memancing. Entah siapa nak percaya lagi. Siap nak bersumpah lagi. Lantaklah kau Zahrain. Kau sumpah laknak ke, sumpah Monggolia ke, sumpah semerah padi ke kala tak ada bukti, tak ada siapa nak percaya. Nanti kau jadi macam SB a.k.a Siput Babi cum Saiful Bukhari. Orang PR dan BN masing-masing tak nak mengaku apa yang kau katakan. Jadinya sekarang siapa nak percayakan Zahrain? Najib? Mungkin juga Rosmah Mansor. Tapi kalau kau report sama Saiful Bukhari mungkin dia percaya. Muahaha.

Posted on Mac 20, 2010, in Isu Semasa, Lucunya, Otak de Lutut, Politik. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: