Maka Mereka Melompat Macam Katak

Salahkah melompat?

Tak ada salahnya, yang salah bila melompat tak kena pada tempat. Itu yang salah sebenarnya. Tapi setiap sesuatu kejadian ada sebabnya. Masakan pokok bergoyang kalau tiada angin yang meniup.

Selepas PRU-12 dulu, Anwar Ibrahim ada sebut 30 Ahli Parlimen BN akan sertai PKR bagi membentuk kerajaan baru. Tapi hingga kini ura-ura itu masih lagi tidak menampakkan batang hidungnya. Malah yang lebih parah bila Perak jatuh ke tangan BN menggunakan modal yang sama untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih rakyat.

Hari ini bilangan bertambah lagi. Salehudin keluar, Fairus keluar, Zahrain keluar, Mohsen keluar, Tee Beng keluar… lepas ni tak tahu siapa lagi yang keluar, ditambah lagi dengan hiruk pikuk Zul Nordin yang makin lama makin busuk pula bila membaca kenyataannya. Kalau hanya refer kepada media kerajaan, nampak sangat la PKR teruk hancur luluh hal dalaman parti. Apa nak jadi pada PKR nanti entah la. Sampai atau tidak umur hingga PRU-13 nanti.

Kalau Anwar Ibrahim kata ada 30 Ahli Parlimen nak ‘pindah’ ke PKR tapi sampai hari ini masih tak ada. Pada aku ini hanyalah ‘bluffing‘ seorang pemain politik. Macam main poker juga. Kalau dapat daun terup yang daunnya tak cantik, maka bluffing action penting untuk psiko pemain lain bahawa dia mempunyai daun cantik, maka pemain yang lain masing-masing tarik diri dari mempertaruhkan wang mereka sehinggalah dia seorang yang tinggal dan kalau daun tak cantik sekalipun dia tetap boleh menang wang pertaruhannya ditambah dengan wang pertaruhan pemain lain.

Tapi ‘bluffing‘ ini nampaknya memakan diri sendiri. Haha. Mungkin benar ada Ahli Parlimen BN yang nak masuk PKR, tapi Anwar Ibrahim masih memikir masalah-masalah mendatang seperti kes di Perak bila BN ambil alih kerajaan menggunakan modal lompat parti ini. Dari mencari masalah hingga rakyat terabai adalah lebih baik dibiarkan hingga PRU-13 nanti. Biar rakyat yang pilih sendiri.

Di Perak, kerusi DUN bagi BN 28 kerusi, dan PR juga 28 kerusi, manakala 3 kerusi yang di pegang oleh 3 ekor katak yang berpihak kepada BN. Zambri di sekarang dalam gundah gulana. Diluah mati mak, ditelan mati bapa. Nak layan 3 ekor katak-katak itu atau layan rakyat? Zambri dalam delima, tak dilayan 3 ekor katak tu nanti, kuasa BN hilang. Kalau dilayan pula, macam-macam minta. Itulah yang akan berlaku kalau ura-ura Anwar Ibrahim itu menjadi.

Tak payah lompat parti pun, yang sedia ada dalam PKR pun dah sama macam UMNO. Maklumat yang aku dapat, Salehuddin keluar sebab tak jadi CEO Perangsang. Zahrain keluar sebab anak dia tak dapat kontrak kerajaan negeri. Fairus keluar sebab PKR tak dapat bayar 2 kereta mewah miliknya dan gaji RM 14 ribu sebulan untuk dia berada dalam PKR. Tee Beng keluar sebab PKR tak dapat bayar hutangnya sebab dia kuat judi. Mohsen keluar sebab tak dapat projek. Jadinya mereka mencari-cari siapakan pembiaya yang boleh biaya mereka untuk fulus poket sendiri, sah UMNO/BN lah jawapannya.

Bayangkan kalau 30 orang yang dalam UMNO/BN sekarang masuk PKR. Aku rasa Anwar Ibrahim mabuk pening dengan masalah dalaman sahaja. Itu tak masuk lagi masalah negara, masalah rakyat, masalah Saiful Bukhari. Mau darah tinggi orang tua tu. Mungkin inilah hikmahnya.

Apa pun, tahniah kepada mereka yang melompat parti sebab lepas ni harap maaf kalau nak bertanding lagi memang tak laku. Haha. Entah-entah UMNO/BN sendiri buang dorang macam sampah, habis madu sepah dibuang. Sedangkan Anwar Ibrahim yang TPM boleh disingkirkan, inikan pula YB Ahli Parlimen…. apalah sangat. Lepas ni kalau jumpa di pasar malam pun peniaga jual mahal. Haha.

Posted on Mac 6, 2010, in Hidup Ini, Isu Semasa, Kempen Pilihanraya, Otak de Lutut, Politik. Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. A friend of mine just emailed me one of your articles from a while back. I read that one a few more. Really enjoy your blog. Thanks

    KIPP: Thanks…

  2. ambo setuju dengan artikel demo ni Kip…
    nikmatilah hayat2 terakhir kamu sebagai ahli parlimen, PRU seterusnya tok sah la bermimpi akan terpilih menjadi calon… hahahahahahahhaHARAMJADAH punye katak!!!

    KIPP: Semuanya duniawi… biarlah mereka terjun dengan labu-labunya..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: