Membasuh Komen Dari “Rkyat M’sia”

Aku akan jawab satu komen dari sini secara jantan!. Bukan setakat guna e-mailcuba@yahoo.com” yang palsu dan nickname yang pengecut. Mari aku jawab satu persatu. Komennya berbunyi begini:

UMNO, MIC dan MCA mmgla utk kaum masing2… disitu bermulalah perbincangan tahap pertama… kemudian, kesemua parti2 ni BERSATU dalam Barisan Nasional… kat situ barulah bermula perbincangan hal2 politik tahap kedua!! so that mean, UMNO, MIC dan MCA ditubuhkn utk menjamin kepentingan setiap kaum sebagai parti2 kecil.. kemudian, permasalahan mereka dibawa ke Barisan Nasional.. dengan ini semua kaum dapat menyuarakan pndgan masing2, ngok!! kerana Barisan Nasional la kita merdeka skang ni dekat 52 taun!!

Pas ape tau, asyik mempolitikkan agama, bkn menerapkn nilai agama dlm politik!! ble da takleh nk pikir secara global dan berfikiran kelas pertama, gunakan alasan agama utk pikat org.. tengokla, kebanykn pemimpin2 diorg, skola ntah sampai darjah berape ntah… ade hati nk tadbir negara zaman skrang nie.. kelantan tu pun da berdekad2 cam setinggan je ak tgk.. rumah2 pemimpin je besar2… kota bharu tu cam rumah tinggal, kate ibu negeri!! memalukan islam je.. islam suruh kita mmbangun, bukan fikirkn akhirat je, patut la org luar pandang rendah dkt islam!! diorg kate islam kuno dn tak mmbangun!!

Ramai org m`sia yg bodoh, tapi berlagak pandai.. m`sia bkn negara demokrasi, tapi NEGARA DEMOKRASI BERPERLEMBAGAAN!! memangla demokrasi, tapi berteraskn perlembagaan yg telah ditetapkn mase merdeka utk menjamin ketuanan melayu.. mase tu semua setuju!! so, ape kes?? klu bkn sebab perlembagaan d raja2 melayu, org melayu silap2 jadi macam org melayu pattani kat thailand!! tak blajar sejarah ke!! sejarah pun lingkup ad hati nak pertikaikn perlembagaan… tu yg bodoh tu.. klu dah malu tu mesti padam komen ni, kan??haha, da agak dah..

Kerana BN kita merdeka?
Siapa yang mula mencari kemerdekaan sebelum adanya “barua” penjajah British iaitu UMNO (United Malaysia Nation Organization) yang namanya masih kekal Inggeris?.  Siapa Mat Kilau, Datuk Bahaman, Abdul Rahman Limbong dan lain-lain lagi yang melawan Inggeris secara terang-terangan?. Bukan secara rundingan yang akhirnya kita terpaksa ikut Pelembagaan Persekutuan yang dicipta British. Kononnya mendaulatkan perlembagaan, tetapi maruah Raja-raja Melayu hilang (hanya setakat adat resam, agama dan budaya sahaja), Bahasa Melayu dilacurkan, bangsa Melayu ketua pada nama, tapi hilang maruahnya, Islam diletakkan tempat kedua selepas Perlembagaan Persekutuan. Mana bukti hanya BN sahaja yang boleh bawa kemerdekaan pada Malaysia? Ada dalam al-Quran? Hadis? atau mana-mana wahyu?. BN tak akan bawa Malaysia merdeka kalau tiada pejuang terdahulu yang mahu memelihara agama, bangsa dan negara tapi dengan BN, agama hilang, bangsa hilang, negara pun hilang, tengok sahaja Temasik. Hilang ke tangan Lee Kuan Yew. Siapa yang bagi? Bukan ke PM Pertama?.

PAS politikkan agama?
Siapa yang politikkan agama? Agama dan politik tak boleh dipisahkan, semua orang tahu, tapi BN yang tak mahu. Alih-alih sekarang baru guna agama sebagi topeng politik. Tengok sahaja Islam Hadhari, sekarang apa dah jadi? Mana Imam Hadhari BN? Dah hilang makan dek rimau?. BNlah yang menjadikan agama sebagai topeng politik, ambil imam jadi calon, ambil orang agama jadi calon, tapi tak kemana. Cuba baca pelembagaan PAS, mereka mahu al-Quran sebagai rujukan utama negera bukan Perlembagaan Persekutuan yang di agungkan BN. Cakap dulu sebelum serang.

Siapa yang sekolah entah darjah berapa?
Ko pergi tanya PM Najib Tun Razak sekarang, dia ada First Degree ke tidak?. Bila Tun Razak meninggal dunia, masa tu Najib belajar kat Eropah. Najib terus balik Malaysia pada umur 23 tahun, tak habis belajar lagi masa tu dan terus diangkat jadi calon kat Pekan ganti ayah dia. Nak dibandingkan Nik Aziz dan Haji Hadi.. dua-dua tu ada Master Degree dari Mesir dan Madinah. Lu sapa nak tanya beriya…. taraf pendidikan aku pun ko mungkin tak lepas lagi. Blah la.

BN yang jadikan Islam dipandang rendah!
Sekali lagi aku nyatakan di sini, BNlah yang menghancurkan Islam demi suvival politik mereka. Islam Hadhari macam biskut… kejap ada, kejap tak ada. Apa konsep Islam Hadhari? boleh ko jawab?… Islam yang asli ni tak sama ke dengan Islam Hadhari ciptaan BN ni? Salah cakap jatuh syahadah tau! Sendiri mau ingat la. 23 tahun Rasulullah berdakwah pada permulaan ialah MEMBANGUNKAN aqidah… kuat aqidah, maka kuatlah Islam. Bukan membangunkan BANGUNAN yan guna duit rakyat berbilion-bilion, buat KLCC bagi orang lain, beli jet enjin kena curi, beli kapal selam tapi kapal tak boleh selam. Apa kes?. Boleh jawab siapa yang malukan Islam?, mana buktinya PAS malukan Islam, kalau setakat di Kelantan tak banyak bangunan besar macam KL tak payah kelentong aku la… ko pergi pasar dorang tengok sapa yang pakai gelang emas sampai siku? Ada orang KL pakai emas sampai siku? Orang KL pun ramai yang sengkek. Nak tanya lagi ni, negeri mana yang mempunyai rakyat termiskin? Kelantankah? atau negeri-negeri bawah naungan BN macam Sabah dan Terengganu?. Pergi Google cari maklumat. Jangan asyik tengok berita TV3 suku, Berita Hairan dan Utusan Meloya aje.

Ketuanan Melayu?
Apa ketuanan Melayu? Cuba terangkan kat aku? Aku tak berapa nak paham sebab BN yang banyak menghancurkan bangsa Melayu sendiri. Nak bukti senang aje, tengok program PPSMI, berapa ramai anak Melayu yang merosot (maklumat lanjut ada kat sini), alih-alih nak dibatalkan pula. Dah elok-elok Matematik dan Sains belajar dalam BM, gatal-gatal tukar belajar dalam BI. Nak kuatkan Bahasa Inggeris, kuatkanlah pengajarannya. Otak yang sakit tapi ubat kat lutut, itu pasallah BN ramai yang sakit otak, tak berubat tempat yang betul.

Satu lagi entry yang patut ko baca untuk tatapan minda bengap orang BN/UMNO

11 sebab kita perlu sokong UMNO

1. UMNO ditubuhkan penjajah. Nama pun dalam bahasa penjajah. Semua pemimpin UMNO dok England masa Malaysia berperang. Sekor pejuang UMNO pun tak pernah luka apatah lagi terpenjara atau terbunuh untuk memerdekakan negara.

2. UMNO terima kerakyatan pekerja asing menjadi warganegara. Indon, Bangla, Vietnam dan Nepal zaman dulu skang dah jadi warganegara. Pastu la ni memekak pasal perkauman. Sendiri buat bodoh, sendiri tak sedar.

3. UMNO serahkan Temasik kepada Lee Kuan Yew.

“Ramai orang marah T. Rahman sebab serahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew.. skang ni tengok Pulau Pinang diambil DAP, anak PAP. Lihat bagaimana bijaknya T. Rahman.” Kata Datuk UMNO kepada gua satu ketika dulu (ada dalam N3 lepas).

“So, kenapa tak keluarkan Pulau Pinang itu dari Malaysia skang? Bukankah DAP dah perintah.” Balas gua sambil senyum manis. Spesis paling bodoh jer serahkan tanah milik sendiri kepada orang semudah begitu dan sepasrah begitu.

4. UMNO jual air Johor kepada Singapura dan beli balik dengan harga mahal. Ni berniaga tahap bodoh spesis Melayu.

5. Tanah KTMB kat Singapura pun dah tergadai.

6. Pulau Batu Putih dah bagi kat Lee Kuan Yew. Tapi sibuk ajak Melayu tahap Felda dan kampung marah kepada DAP.

7. Kawasan tadah air di Kota Tinggi diserah kepada Singapura. Sampai Mahathir dan Muhyiddin tuduh menuduh. Nasib baik Melayu tahap Felda dan kampung tak tahu. TV dan suratkabar tak siar. Kalau tak sah, masing2 bunuh diri sebab baru tahu.

8. Wilayah pembangunan Iskandar warga Israel boleh beli ke tak? Sibuk tuduh Awar Ibrahim agen Israel.

9. Sanggup daratkan petrolium negara ke Songkla dari bagi kepada Melayu sendiri Kelantan. Ni sah kerja jahat DAP.

10. Enjin jet hilang, saham syarikat penting negara dibeli Temasik, tapi salahkan budak sekolah dan guru BM.

11. Bagi anak sendiri modal guna duit rakyat. Buat lebuhraya. Dahla guna duit rakyat, lebuhraya tu pulak milik anak sendiri. Rakyat pulak kena bayar lagi tol. Ni meniaga tahap Melayu ke tahap DAP nih? Ayak… x_x

Sumber Utama di sini

Posted on Februari 16, 2010, in Artikel "Copy & Paste", Bebas, Isu Semasa, Kempen Pilihanraya, Otak de Lutut, Politik, Satu Kajian. Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. “UMNO, MIC dan MCA mmgla utk kaum masing2… disitu bermulalah perbincangan tahap pertama… kemudian, kesemua parti2 ni BERSATU dalam Barisan Nasional… kat situ barulah bermula perbincangan hal2 politik tahap kedua!! so that mean, UMNO, MIC dan MCA ditubuhkn utk menjamin kepentingan setiap kaum sebagai parti2 kecil.. kemudian, permasalahan mereka dibawa ke Barisan Nasional.. dengan ini semua kaum dapat menyuarakan pndgan masing2, ngok!! kerana Barisan Nasional la kita merdeka skang ni dekat 52 taun!!”

    Jawapan. UMNO, MIC dan MCA tidak tubuh BN, mereka tubuh PERIKATAN. Jadi fakta ini adalah sangat salah dari segi sejarah. Kalau dah awalnya salah maka fakta berikutnya biasanya sentiasa salah. Untuk pengetahuan penulis email, antara parti yang tubuh BN ialah Perikatan dan PAS, ini berlaku selepas peristiwa 13 Mei 1969 (masa itu aku form 3 sekolah menengah dah faham politik). Lepas itu bila UMNO rasa diri dia kuat dia tendang PAS dari BN, Dato Nik Aziz masa itu dah jadi orang politik (Dia jadi ahli parlimen tahun 1963)
    ” kerana Barisan Nasional la kita merdeka skang ni dekat 52 taun!!” Ini satu lagi kebodohan dalam fakta sejarah. BN hanya wujud tahun 1974, kita merdeka tahun 1957. Dah lah tak tau sejarah matematik pun tak lulus, atau tak pandai. Manusia beginilah yang sangat disukai oleh UMNO/BN sebab semua kelentongan mereka lulus belaka.
    Oleh kerana dua fakta dah salah dalam paragraph pertama yang lain itu tetap salah jadi jangan habiskan masa ….. sia-sia bercakp dengan orang bodoh…

    KIPP: Tak apa cakap dgn orang bodoh ni… kalau orang bodoh lain yang baca mungkin boleh jadi cerdik sikit.. haha

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: