Juara Rakyat: Desperate UMNOs

Sudah menjadi kebiasaan bila orang bertanya “Awak sokong parti apa?“, jawapan aku “Parti harijadi… hahaha (sambil gelakkan lawak sendiri)“. Mahu bagi jawapan yang betul, kadang-kadang ia tak membantu, tetapi kebanyakkannya ia membantu aku untuk mendapatkan info mengenai rakyat.

Bila perkara ini terjadi, aku juga terfikir bahawa masih ramai orang yang masih menyokong parti pembangkang kerajaan BN. Secara jelas, momokan BN bahawa ramai rakyat Malaysia kembali kepada mereka 80% adalah tidak tepat, 10% lagi masih buat bodoh dengan politik Malaysia, manakala baki 10% adalah orang-orang tua masih lagi sayangkan UMNO yang tak lama lagi akan kembali ke rahmatullah. Itu hasil pandangan aku berdasarkan pemerhatian harian dengan kebanyakan orang di kawasan aku.

Tapi aku masih hairan dengan perangai pemimpin UMNO yang semakin hari ‘sangap’ dengan sokongan rakyat. Kalau dalam TV ada cerita “Desperate Housewives“, di sini kita ada “Desperate UMNOs” dengan bermacam-macam aktiviti untuk menarik semula rakyat setelah kehilangan sokongan mereka pada PRU-12 dahulu.

Juara Rakyat menjadi agenda politik UMNO untuk menarik semula undi mereka. Kalau dahulu, semasa memerintah Selangor, jarang sekali aku tengok UMNO atau BN buat agenda “murah hati” di negeri ini (kecuali hari raya – buat open house dan bagi angpau). Malah setahu aku, selama aku mendiami tanah Selangor ini rasanya tak pernah pun aku dengar aktiviti seperti Juara Rakyat anjuran UMNO. Kalau ada pun aktiviti tajaan UMNO kebanyakan program yang berunsur hiburan, nyanyian dan makan-makan. Kalau yang berunsur “murah hati”… entah la, rasanya tak ada. Kenapa nak hipokrit sebegini rupa?

Persoalan yang bermain sekarang ini, adakah wang perbelanjaan untuk program Juara Rakyat ini milik UMNO sepenuhnya atau ia adalah wang rakyat yang membayar cukai (wang milik negara)?. Melihat kepada persoalan ini, teringat aku kepada pelajar asrama yang di arahkan balik rumah setiap cuti minggu Sabtu dan Ahad kerana budget makanan asrama tak ada untuk hari cuti, kesian kepada pelajar yang jauh dari rumah, mak ayah perlu datang menjemput anak-anak mereka setiap minggu kerana kalau biarkan di asrama nanti takut mati kebuluran. Ada sesetengah sekolah yang tidak dapat menganjurkan sukan tahunan sekolah dek kerana budget yang telah dipotong. Adakah ini berpunca dari budget yang digunakan UMNO untuk kegunaan politik mereka?

Itu tak masuk lagi makcik cleanner di pejabat-pejabat kerajaan merungut kerana sabun untuk cuci lantai tidak dibekalkan oleh pejabat tersebut kerana alasan yang sama – budget tak cukup. Sekarang mungkin hipotesis bahawa budget Juara Rakyat itu adalah wang rakyat mungkin benar. Kalau ini benar-benar berlaku, siapa juaranya? UMNO atau rakyat itu sendiri?. Malah ini satu ke-MALU-an besar kepada UMNO untuk survival politik mereka yang semakin hari semakin miskin idea, miskin pemimpin, miskin pengundi dan miskin wang.

Pada aku, walaupun masih tiada jawapan sebenar kepada apa yang telah terjadi kepada budget kewangan untuk rakyat yang semakin kecil, akan tetapi ia telah menggambarkan bahawa pentadbiran dan kepimpinan UMNO dan BN semakin teruk. Mereka tidak utamakan apa yang utama, yang penting nama perlu gah. Bak kata orang Perak bior pape, aselkan bergaye.

Posted on Januari 24, 2010, in Ekonomi, Isu Semasa, Politik, Satu Kajian. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: