Hilang Dan Runtuh: Apa Pula Selepas Ini?

Malaysia kini sudah ada David Copperfield. David Copperfield Malaysia boleh menghilangkan 2 biji enjin pesawat F-5E milik TUDM tanpa disedari orang, dan yang paling hebat, hanya enjin yang hilang, badan pesawat masih ada. Wow!!! bak terkejut Hussein Lempoyang dalam filem 3 Abdul.

Katanya harga sebiji enjin bernilai RM 50 juta, kalau 2 maknanya RM 100 juta, tak begitu?. Kaya sakanlah orang yang menjual. Bukan senang nak curi 2 biji enjin pesawat, bukan macam curi enjin motor. Kalau nak curi enjin motor, dengan motor-motor lesap, tapi yang ini pelik sikit sebab pesawatnya ada, tapi enjin tak ada. Pencuri tak larat nak angkut badan pesawat, tak muat masuk lori. Yang boleh muat lori hanya enjin, itu pasallah enjin sahaja yang hilang.

Aku ingat Polis kena cari Mat Gian kat kawasan Gudang Material Udara I (Matra I), Pangkalan Udara Kuala Lumpur sebab kalau motor hilang biasanya Mat-mat Gian yang buat pasal. Nak ‘barang’ tapi duit tak ada. Apalagi, curi dan jual spare-part, lepas tu dapat duit boleh lepas gian.

Tapi yang aku peliknya, macam mana Mat Gian ni boleh jual enjin besar gedabak tanpa orang lain sedar. Jual pula sampai Eropah sana tu… Pergh!!… memang besar ‘kabel’ Mat Gian ni. Aku ingatlah, kena bagi orang lain buat siasatan, tak boleh bagi Polis, tak jumpa. SPRM pun aku tak yakin. Tak tahu siapa nak buat siasatan. Mungkin Zahid Hamidi boleh jadi James Bond 007, jadi spy kes enjin pesawat F-5E ni. Kalau nak harapkan orang lain senyap sunyi sepi. Tak ada bunyi pun.

Di sini ada sedikit analisa mengenai kronologi kehilangan enjin pesawat F-5E milik TUDM ini:

1) 26 Jun 2007: Enjin pertama hilang

2) 1 November 2007: Enjin kedua hilang

3) Mei 2008: Kehilangan mula disedari

4) 4 Ogos 2008: Laporan Polis dibuat

5) 13 Mei 2009: Kertas siasatan dihantar ke Peguam Negara

6) 25 Jun 2009: Kertas siasatan dipulangkan dengan arahan untuk lengkapkan siasatan

7) 18 November 2009: Kertas siasatan dihantar semula

– Sumbernya di sini.

Itu cerita di Tentera Udara Diraja Malaysia. Kini kita pergi ke negeri berminyak iaitu negeri Terengganu Darul Runtuh Iman. Kali ni runtuh sana sini. Bermula dari kes runtuh Stadium Sultan Mizan di Gong Badak, ke kes runtuh Masjid Kampung Puteh, dan tak lupa yang terbaru kes runtuh Bangunan Perhentian Bas Kuala Berang. Semua runtuh. Apa cerita?

Setahu aku, Terengganu menerima royalti berjuta ringgit daripada Petronas, tapi takkan setakat nak buat dua tiga biji bangunan tak cukup bajetnya. Aku ingat tak luak pun duit royalti tu, malah Petronas akan bagi lagi sehingga habis minyak Terengganu disedut. Setakat nak buat KLCC kedua di Terengganu pun boleh rasanya.

Ini tak lain mengketedarah duit rakyat. Buat Monsoon Cup lah, buat Masjid Kristal yang tak boleh solah Jumaat lah, buat projek mewah di Pulau Duyung lah, bagi Patrick Lim sikit, kroni ni sikit, kroni tu sikit, lama-lama untuk rakyat hanyalah pasir yang tak berkualiti, runtuk sana-sini. Itupun boleh orang Terengganu tak nampak?… adoyai.. korang ni dah kena pukau jin BN kot?. Tak apa. Di bawah ini aku letak gambar bagi jelas sikit penglihatan tu.

Stadium Tuanku Mizan di Gong Badak, Terengganu yang runtuh pada 2 Jun 2009

Masjid Kampung Puteh

Perhentian Bas Kuala Berang runtuh pada 21 Disember 2009

Satu lagi projek “Runtuh” Barisan Nasional

p/s: Sendiri mau ingat la bro!

Posted on Disember 23, 2009, in Isu Semasa, Otak de Lutut, Politik, Satu Kajian. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: