Jikalau Malaysia Tiada Minyak?

Apa akan jadi pada ekonomi Malaysia jika tiada minyak? Bukankah “memperkasakan ekonomi” itu lebih tinggi martabatnya dari menegakkan Undang-undang Islam mengikut pandangan orang BN? Jadi persoalan kepada BN, apa akan jadi kepada Malaysia jika Malaysia sudah tiada minyak?

Dalam beberapa dekad ini, ekonomi Malaysia makin terkebelakang dan makin menurun berbanding dengan jiran Asianya yang lain seperti Singapura dan Korea. Lihat sahaja Singapura yang negaranya hanya sekangkang semut berbanding Malaysia yang mempunyai GDP perkapita 9 hingga 12 kali ganda dari 3 dekad sebelumnya, sedangkan Malaysia hanya meningkat hanya 4 kali ganda sahaja. Itupun dalam keadaan ekonomi yang dibantu dengan sumber galian seperti minyak.

Persoalannya sekarang, apa yang orang BN boleh jawab dan buat jika tiba-tiba minyak tiada di Malaysia?

Aku tanya persoalan ini memandangkan entri yang aku tulis yang bertajukĀ “Yang Cerdik PAS, Yang Bodoh UMNO” mempunyai kaitan dengan entry ini. Persoalan ini terlintas di kepala aku bila membaca tulisan Dr. Dzulkefly Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor) di sini. Katanya:

Turning our workforce into one that befits into a knowledge-led growth model and industries that are knowledge-intensive enterprises would be a challenging and daunting task. We have been talking about turning our economy into the knowledge-based New Economy more than a decade now but we are still stuck in our over-reliance on our income from our oil and gas revenue.

Yang jelas di sini, Korea dan Singapura mempunyai aset yang lebih bernilai dari minyak dan gas iaitu “rakyat yang berilmu dan berkemahiran“. Peningkatan negara-negara ini dari sektor pembuatan dan perkhidmatan begitu hebat dan aset ini tidak akan habis disedut, malah akan menjadikan ia sebagai satu “value-added” kepada sesebuah negara menjadi maju dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Kegagalan yang jelas selama di bawah pemerintahan BN adalah kerana ilmu dan pendidikan hanya menjadi satu “produk” untuk ampu pemimpin dan mengkayakan kroni-kroni. Lihat sahaja PPSMI yang hanya mengundang malapetaka kepada pelajar-pelajar. Kualiti pelajar turun kerana hanya mahu melihat kuantiti pelajar yang lulus meningkat (untuk keterangan lanjut boleh lihat di sini).

Kelemahan Malaysia di bawah pentadbiran BN bukan sahaja lemah disebabkan oleh kelemahan tambah-nilai (low-value-added), tetapi juga hasil bantuan dari kelemahan BN untuk menetapkan gaji minimum dan gaji rendah (low wage) dan juga struktur produktiviti yang lemah (low productivity structure) disebabkan oleh karenah birokrasi dan kroni-kroni. Motto bawaan Najib Tun Razak Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” mungkin hanya retorik sahaja.

Kita masih terkebelakang dan hanya berharap kepada minyak dan gas untuk “survival” ekonomi. Itupun kedekut nak bagi royalti kepada Kelantan sedangkan hak rakyat Kelantan ada di situ. Tetapi apa yang kita lihat bahawa Kelantan adalah satu negeri yang mempunyai “knowledge-based state” dalam Malaysia berbanding dengan negeri-negeri lain di bawah pemerintahan BN. Perasan atau tidak, ramai guru-guru kebanyakannya mempunyai slang kelate, di universiti pun ramai yang slang kelate. Malah Kelantan ini walaupun dinobatkan oleh BN sebagai negeri miskin di Malaysia, tetapi ramai rakyatnya yang kaya-kaya dan emas berkoyan-koyan, cincin dan gelang emas dari jari sampai ke siku.. haha (berdasarkan pendangan aku).

Apa-apa pun yang sebenarnya pada pandangan aku, BN dan UMNO tak mahu melihat ramai rakyat Malaysia yang cerdik, pandai, bijak, berilmu dan professional kerana susah untuk memperbodohkan mereka. Jika tiada lagi orang yang boleh diperbodohkan, siapa lagi yang ingin sokong BN dan UMNO. Itu la pasalnya….

Posted on Disember 12, 2009, in Ekonomi, Isu Semasa, Satu Kajian. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: