Yang Cerdik PAS, Yang Bodoh UMNO

Itu bukan aku yang cakap. Tapi Tun Mahathir yang cakap. Boleh lihat di sini.

Semalam aku terbaca Utusan Malaysia sebab berita utama mereka ada nama Nik Aziz. Tok Guru Nik Aziz lebih popular dari Najib Tun Razak hari semalam sebab lebih kurang 3 mukasurat dalam akhbar tu ada nama Tok Guru Nik Aziz. Semua berkisar mengenai kemarahan orang UMNO terhadap Tok Guru Nik Aziz mendoakan kebinasaan Najib Tun Razak dalam hal royalti minyak Kelantan.

Dalam keseronokan pihak akhbar menghentam perbuatan Tok Guru Nik Aziz, Tun Mahathir pula dalam blognya semalam mempersoalkan kredibiliti ilmu pemimpin UMNO peringkat cawangan yang tidak memiliki pelajaran yang tinggi. Malah aku tertarik dengan beberapa perenggan ayat dari beliau:

4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

Haha. Sudah terang lagi bersuluh memperlihatkan bahawa pemimpin UMNO sekarang kebanyakan lebih bodoh kurang terpelajar dari kita yang belajar peringkat Ijazah, Sarjana atau PhD sekali pun. Tun Mahathir cakap seperti itu sebab beliau seorang yang terpelajar, beliau seorang Doktor. Tetapi sayang, generasi UMNO sekarang tidak sepertinya.

Apa yang kita boleh harapkan dari generasi UMNO yang bodoh melantun-lantun kurang terpelajar ini untuk mengemudi Malaysia?. Bak kata ayah aku, “Aku sokong orang yang lebih cerdik dari aku sahaja“. Aku ada Sarjana, maka aku akan sokong orang yang ada Sarjana ke atas sahaja. Tun Mahathir cakap kebanyakan ahli profesional ada dalam PAS, kalau ahli profesional semestinya mempunyai Ijazah ke atas, malah lebih tinggi seperti Tok Guru Nik Aziz dan Haji Hadi Awang yang mempunyai Sarjana. Maka sokongan aku ialah untuk mereka. Kalau Najib Tun Razak pula?, aku pasti dia tidak mempunyai Sarjana, malah Ijazah pun masih diragukan.

UMNO sekarang, buruknya dah sampai berbau satu Malaysia!. Lepas ini tak tahulah jenis manusia bagaimana pula yang menjadi pemimpin UMNO kalau yang ada sekarang dah buruk, akan datang “Lu Pikir Lah Sendiri!“.

Posted on Disember 1, 2009, in Kempen Pilihanraya, Otak de Lutut, Politik, Satu Kajian. Bookmark the permalink. 3 Komen.

  1. salam bro.. lm xnampak dl sll gak masuk web ni….

    KIPP: Terima kasih sebab selalu jengah blog ni walaupun dah lama tak update

  2. Update yang mantap. HAHA.

    KIPP: Tengah ada idea ok la… tapi kalo tak ada idea.. merapu gak..

  1. Pingback: Jikalau Malaysia Tiada Minyak? « 3K – Kaji, Kritik, Kantoi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: