Sabar Atau Lembab?

Pernah tak anda terfollow satu kereta gempak, siap spoiler, sticker depan, belakang, kiri dan kanan tapi lembab nak mamp*s?

Hari ni, aku ada terfollow kereta macam tu, dalam keadaan jalan double lane, aku beranikan diri lintas kereta tu. Kalau kena saman, Insya Allah aku tak akan menyesal, tapi kalau eksiden… itu lain cerita, aku akan sumpah 7 keturunan pemandu kereta lembab tu walaupun aku tak bertulah. Haha.

Punca kepada traffic jam, kemalangan jalan raya, jalanraya sesak sememangnya berpunca daripada pemandu sebegini. Kerajaan selalu berpesan agar rakyatnya memandu dengan sabar, pandu perlahan, berhati-hati dijalan raya, tapi kalau berhadapan pemandu lembab macam ni, memang tak boleh tahan.

Dalam sebarisan kereta, mungkin pemandu kereta yang dihadapan sekali boleh jadi seorang yang sabar, boleh pandu perlahan, dan berhati-hati dijalan raya, tetapi pemandu-pemandu yang mengikuti dari belakang yang terpaksa berhati-hati agar tak terlanggar kereta hadapan, main break, main clutch nescaya tak dapat menahan sabar dan akan memotong kereta hadapan kalau ada peluang.

Paling sakit hati kalau kereta yang lembab tu sporty macam kereta rally. Spoiler tinggi macam boleh terbang, ekzoz besar boleh masuk kepala kambing, sticker banyak macam ditaja tapi lembab macam siput babi. Kadang-kadang pemandu seperti ini macam suka bila ada kereta lain yang beramai-ramai follow keretanya. Bengap dan bengong.

Itu tak sebut lagi kereta yang penuh dengan bantal, Spiderman dan Pink Panther tersangkut di tingkap dan lain-lain lagi. Pernah tak anda terfikir, apa faedah kita hias kereta tu sebegitu?

Apa faedah spoiler?
Adakah dengan spoiler tinggi menjulang, besar gedabak boleh buat satu kereta itu laju atau terbang?. Aku tak salahkan kalau kereta mereka itu kereta Evo ke, Impreza ke, BMW M3 atau M5 ke, tak apa la juga. Tapi yang paling sedih, kereta tu hanyalah Wira, Saga enjin standard. Hah!.. buang duit sungguh.

Apa faedah sticker?
Kekadang aku tengok ada satu kereta Wira, Waja, Saga, Kancil dan lain-lain kereta Malaysia yang biasa yang letak sticker di pintu, dicermin belakang, cermin depan. Sticker Sparco, Recaro, Toyo, Spoon, RallyART.co.jp, dan macam-macam lagi. Tapi terfikir juga aku, mereka yang tampal sticker ni dapat komisyen atau royalti dari syarikat-syarikat ni?. Jawapannya tak ada satu sen pun syarikat tu banyar pada mereka. Jadi kenapa buang duit tampal benda alah yang tak berfaedah macam tu?.

Apa faedah banyak bantal dalam kereta?
Dah tak mampu sewa rumah ke sampai nak bawa bantal, tilam, teddy bear dalam kereta?. Kekadang tu letak bantal sampai tutup cermin belakang. Itu pasallah tak nampak kereta belakang yang ikut beramai-ramai, langsung tak ada kesedaran sivik.

Ciri-ciri yang aku sebutkan di atas tu sebenarnya memang berkaitan dua buah kereta yang aku terpaksa follow dengan lembab. Hampir 5 kali aku nyaris eksiden kerana nak melintas, tapi aku bersyukur Alhamdulillah tak jadi apa-apa pada aku. Terkeluar juga dari mulut aku sumpah seranah kepada pemandu lembab macam tu. Bak kata kawan aku, Emi (memang nama sebenar), “Orang depan ni main k*te ke sampai naik stim tak boleh bawa laju sikit. 40km/h aje lajunya, sengal nak mamp*s!“. Itu hanyalah sebahagian sumpah seranah kepada pemandu-pemandu lembab macam yang aku ceritakan di atas. Itu tak masuk lagi sumpah seranah orang lain.

Kepada pembaca yang mempunyai kereta-kereta yang sepeti yang aku sebutkan di atas, aku harap anda tak terasa, kalau terasa, itu masalah anda. Bukan masalah aku. Haha. Siapa yang makan cili, dia yang terasa pedas, panas dan hangat…

Posted on November 26, 2009, in Bebas, Otak de Lutut. Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. Aku rasa kereta tu lembab sebab diaorang ada aktiviti kokuriKULUM!

    KIPP: Bukan aku tak cakap… hahaha….

  2. Brader Kipp, kat Tanah Kanggaru ni sangkut tanda salib kat rearview mirrow pun satu kesalahan.Lagi²lah nak hias pakai bantal Pink Panther dsbnya.Spoiler?Tukar ekzos yang buleh muat seekor kucing?Itulah lagilah kelakar…kalau tak silap, kene ade permit kalau nak modify keta.Sekarang ni pun dengar citer, geng buat undang-undang nak buat law baru, bebudak berlesen ‘P’ tidak dibenarkan bawak ‘power cars’ yakni keta yang enjin mengalahkan helikopter, sports car etc.Nampak gayenye, Tanah Kanggaru nak lawan Tanah Air when it comes to accident rates.True story.

    KIPP: Aku pikir la, kalo Malaysia buat camtu, tak le cari makan tokey-tokey aksesori kereta kat Malaysia ni.. haha

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: