Al-Falah VS. Tak Apalah!

Dalam aku belajar dan mengajar mengenai perancangan kewangan Islam kepada rakan dan kenalan, masih lagi ada yang lari dan memberikan alasan-alasan yang hebat tapi habat. Bukannya aku meminta wang atau pertolongan, tetapi aku meminta mereka mendengar dan mengambil iktibar dari apa yang aku ingin sampaikan.

Pasti anda setuju bahawa wang bukan segalanya, dan sesungguhnya wang bukan penentu kepada kebagiaan, tetapi kenapa Allah S.W.T banyak menyebut mengenai zakat dan sedeqah dalam Al-Quran?. Menurut Shiekh Yusof Al-Qardhawi, terdapat 27 ayat-ayat dalam Al-Quran menceritakan bahawa zakat itu penting selepas solat. Malah sistem kiraan faraid juga diceritakan oleh Allah S.W.T dalam Al-Quran, tetapi tidak diceritakan pula cara-cara menunaikan solat di dalam Al-Quran. Persoalannya sekarang ini adakah wang itu penting?

Malangnya kita orang Melayu yang menganut agama Islam tidak mempraktikkan dan memandang enteng mengenai soal wang, baik semasa hidup ataupun sesudah mati. Kata orang, harta tak boleh di bawa mati. Tapi kata aku bahawa harta itu boleh di bawa mati. Malah harta itu juga akan membantu kita di alam kubur kelak. Masakan Hadis Rasulullah menyatakan bahawa apabila kita mati, terputus perkara dunia kecuali 3 perkara iaitu:
1. Harta yang disedeqahkan ke jalan Allah
2. Ilmu yang bermanfaat
3. Doa anak yang soleh

Jadi? Apa alasan kita kali ini bagi membincang perancangan kewangan untuk masa hadapan?

Biasanya dikalangan kita, apabila datangnya wakil takaful, wakil unit amanah atau perunding kewangan, meraka akan bertempiaran lari. Alasan yang biasa kita dengar ialah “Tak apalah, aku tak ada duit lagi“, “Tak apalah, nantilah“, “Tak apalah, nanti bincang dengan isteri dulu“, “Tak apalah itu“, “Tak apalah ini“. Apa yang mahu ditakutkan. Apa yang mereka (wakil-wakil) ini ingin buat adalah untuk kebaikan kita.

Di mana Al-Falah yang kita mahu selama ini?

Dalam aku menjadi perancang kewangan Islam, apa yang aku tekankan ialah keadaan kewangan (financial condition) kita pada masa hadapan, sesudah mati dan juga bekalan untuk keluarga jika kita mati awal. Mungkin persoalan ini boleh membuka minta kita untuk menyedarkan kita apa yang kita kadang-kadang tertinggal:

APA YANG KITA TINGGALKAN UNTUK KELUARGA KITA JIKA KITA MATI ESOK?

WANG atau HUTANG

Aku sendiri juga pernah menyoal diri aku perkara yang sama. Takut dan sedih juga ada, malah lebih malang lagi, kita hanya mengetahui tarikh lahir kita, tetapi tidak mengetahui tarikh mati kita?. Masih lagikah perancangan kewangan tidak penting? Dan yang paling ironi ialah apabila kita memandang sebelah mata mengenai wang sedangkan kita hari-hari bekerja awal pagi balik petang kerana inginkan wang. Tidakkah itu sesuatu perkara yang ganjil?

Apa yang aku jelaskan di sini bukanlah sesuatu yang baru. Perkara ini telah lama diperkatakan, sediakan payung sebelum hujan, bukannya lari dari hujan kerana hujan itu rahmat dan berkat yang perlu kita ambil.

Posted on November 12, 2009, in Bebas, Islam, Kewangan, Tagged. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: