3gp Qunut: Lawak, Persenda atau Nasihat?

Pernah dapat klip 3gp tentang seorang mamat yang disuruh jadi imam solat subuh, tapi tak tahu baca doa qunut. Kawan si mamat tersebut mengajar doa qunut ada 2 jenis, iaitu qunut panjang dan qunut pendek. Qunut panjang dibaca “Qunuuuuuuuuuuuttt“, manakala qunut pendek dibaca “qunut!“. Maka terbahak-bahaklah kita ketawa kerana dek kejahilan dua mamat yang cetek ilmu agama ini.

Sebenarnya klip 3gp tu menayangkan banyak lagi adegan-adegan cetek ilmu agama dari dua mamat tersebut. Cuma yang penting yang aku mahu tekankan di sini ialah, adakah klip-klip 3gp seperti ini sebagai bahan lawak atau satu persendaan kepada orang Islam atau nasihat supaya kita dilengkapi dengan ilmu agama yang cukup?.

Memang banyak klip-klip seperti ini, tak susah nak cari, pergi YouTube pun boleh jumpa. Tapi adakah kita sedar dengan kemungkinan ini seperti mempersenda kita sebagai umat Islam. Tapi dilihat dari perspektif yang lain, ia menunjukkan dan menasihat kita umat Islam supaya tidak lupa akan agama.

Tetapi… perlukah cari ini digunakan. Dari nasihat menjadi bahan jenaka yang di “foward” melalui bluetooth dan terus di”upload” ke YouTube untuk tontonan umum tanpa mengira agama, bangsa dan negara.

Apakah pandangan penganut agama yang lain apabila melihat klip-klip ini?

Mungkinkah kita perlu melihat ini dari sudut yang positif? Tapi manakah sudut positif, dan yang manakah sudut negatif itu?

Mungkin hanya kita sendiri yang perlu tapis dan mengkaji apa yang terbaik untuk kita.

Posted on November 6, 2009, in Bebas, Islam. Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. xpatut lah benda2 camni… banyak unsur negatif dari positif

    KIPP: That’s the point!

  2. Damn Israel and U.S.A (United State Asshole)..Go 2 Da hEll jEwish..D mna kEkuatan kaum islam yG dahulu??? palestin di hancurkan bagai buih D lautan,bodoh sekali umat islam itu jika tunduk kpd org kafir…Allalhuakbar!!!..im with u palestin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: