BN: Bukan Menang Besar

Kalau tempat tu kubu kuat Pakatan Rakyat, hari buang undi kemungkinan besar hari Selasa, Rabu, Khamis.

Kalau tempat tu kubu kuat BN, hari buang undi sudah pasti hari Ahad (hari minggu).

Kalau tempat tu kubu kuat Pakatan Rakyat, pemberita kata calon bukan orang tempatan.

Kalau tempat tu kubu kuat BN, sah calon itu orang tempatan (walaupun calon itu pernah dihukum rasuah – malu orang kampung aje)

Kalau tempat tu kubu kuat Pakatan Rakyat, tempoh antara penamaan calon dan hari buang undi berminggu-minggu.

Kalau tempat tu kubu kuat BN, tempoh antara penamaan calon dan hari buang undi seminggu lebih sikit aje (takut pembangkang buat aduan calon tak layak)

Kalau tempat tu kubu kuat Pakatan Rakyat, Polis kata semua peraih undi, pengundi dan penyokong baik dan berkelakuan sopan (nak tarik undi ke BN)

Kalau tempat tu kubu kuat BN, Polis kata pembangkang berkelakuan jahat (sebab dah tahu BN akan menang)

Kalau Pakatan Rakyat menang, keputusan rasmi lambat nak tahu. Berbagai alasan, peti undi tak sampai lagi la, tak habis kira undi lagi la, kira semula la. Kekadang tu jam 11.00 malam baru boleh tahu keputusan rasmi. Kalau siapa yang malas nak tunggu, pagi esoknya baru tahu keputusan siapa yang menang dan siapa yang kalah.

Kalau BN menang, tak payah tunggu Buletin Utama TV3 pun dah dapat tahu siapa yang menang.

Kalau Pakatan Rakyat menang, berita dan suratkhabar buat liputan sehari aje. Macam tak ada apa-apa berlaku pun semalam.

Kalau BN menang, berita dan suratkhabar meraikan kemenangan sampai 2-3 hari… berhari-hari berita yang sama dan ayat yang sama – BN Menang, BN pilihan rakyat, BN diterima rakyat, BN itu, BN ini. Kalau bernasib baik sampai sebulan cerita ni kita dengar.

Tapi yang paling best,

Kalau Pakatan Rakyat yang menang, ayat skema Najib Tun Razak – “Ini menunjukkan pilihanraya kita memang bersih dan adil“.

Kalau BN yang menang, ayat skema Najib Tun Razak – “Kini rakyat telah menerima kita kembali“.

Nota kaki dan lutut:
Nak tipu orang mati boleh laa..

Posted on Oktober 12, 2009, in Isu Semasa, Kempen Pilihanraya, Lucunya, Otak de Lutut, Politik. Bookmark the permalink. 3 Komen.

  1. hahaha… betui… betui… betui!!!

    KIPP:…:)

  2. Sama samalah kita bersiap sedia untuk meraikan kemeriahan PRU 13!

    KIPP: Dah siap dahhh… huhuhu

    • Tapi yang paling best,

      Kalau Pakatan Rakyat yang menang, ayat skema Najib Tun Razak – “Ini menunjukkan pilihanraya kita memang bersih dan adil“.

      Kalau BN yang menang, ayat skema Najib Tun Razak – “Kini rakyat telah menerima kita kembali“.

      Nota kaki dan lutut:
      Nak tipu orang mati boleh laa..

      ok saudara..memang umno selalu tipu org..banyak contohnya..tp bukan semua peminpin umno penipu..takkan yang baik2 dalam umno (walaupun sikit) kite tak beri kredit kt diorg..
      malas cerita pasal pemimpin penipu dan yg jujur dalam umno..saudara bukan nk percaya pun..tp saya percaya ada juga sedikit pemimpin umno yg benar2 telus dalam perjuangan untuk bangsa dan agama..

      ok soklan saya..berdasarkan petikan ini:

      “Tapi yang paling best,

      Kalau Pakatan Rakyat yang menang, ayat skema Najib Tun Razak – “Ini menunjukkan pilihanraya kita memang bersih dan adil“.

      Kalau BN yang menang, ayat skema Najib Tun Razak – “Kini rakyat telah menerima kita kembali“.

      Nota kaki dan lutut:
      Nak tipu orang mati boleh laa..”
      (ini dari sudut BN)

      mari kita lihat dari sudut PR plak..
      Kalo PR yg menang, mereka akan kata rakyat sudah jemu dengan kerajaan dan mahukan perubahan.
      Kalo BN yg menang mereka akan kata SPR ANJING kerajaan, pilihanraya tak telus,polis mengganggu ketenteraman hari mengundi.

      Sila ulaskan saudara..yg saya lihat SPR bertindak adil malah setaraf dengan negara2 maju..bukannya seperti afganistan atau pakistan yg mana suruhanjaya pilihanraya disana tidak telus..jgnlah lemparkan tuduhan begitu..kesian mereka..kita org islam jgn la fitna..cubalah berprasangka baik..
      pastu katanya polis yg ganggu ketenteraman waktu mengundi? yg diperhatikan bukankah pak2 lebai pakai kopiah dan nenek2 yg berpurdah yg menjerit dan melalak2 mcm anjing yg menghalang pengundi2?

      KIPP: Ini jawapan daripada aku = SIAPA MAKAN CILI, DIA TERASA PEDASNYA….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: