Kerja Dan Kerjaya

Apa maksud KERJAYA?

Adakah kita berkerja untuk berjaya, atau kerja dengan jayanya atau kerja dan seterusnya berjaya.

Kalau kerja yang kita buat itu adalah kerja yang kita tidak minat, tetapi disebabkan desakan ekonomi yang memerlukan seseorang itu mendapatkan duit melalui pekerjaan. Adakah itu boleh dikategorikan sebagai kerjaya?

Berapa ramai yang kerja pada waktu ini tetapi hatinya berbolak-balik dengan kerjanya?

Berapa ramai yang kerjanya kini tidak dapat mengaplikasikan apa yang dia belajar dahulu?

Berapa ramai yang bekerja sebagai penjawat kerajaan kerana itu sahaja yang boleh sara kehidupan mereka?

Berapa ramai yang menghabiskan wang ringgit semasa belajar dahulu tetapi hanya mengejar jawatan gomen semata-mata kerana pencen?

Banyak lagi persoalan yang timbul bila melibatkan kerja dan kerjaya.

Malah ada cerita seorang yang belajar hingga ke negara Jepun dalam bidang Kejuruteraan Elektronik, dan menjadi kebanggaan keluarganya. Balik ke Malaysia mendapat jawatan Pembantu Jurutera di syarikat multinational tetapi hanya bertahan hanya dua bulan dan berhenti kerja kerana KPLI.

Kenapa bertindak demikian? Hanya dia sahaja yang ada jawapannya.

Tetapi janganlah kerana kerja sebagai guru boleh kerja relaks, ada cuti banyak, banyak elaun, gaji tinggi dan sebagainya menjadi ukuran.

Pemikiran kerja gomen dapat menjamin hidup adalah pemikiran zaman dahulu. Kini pemikiran itu perlu ditukarkan kepada TANGGUNGJAWAB kepada rakyat. Kerja gomen perlu ketelusan dan keihklasan, jika tidak ia akan menjadi seperti apa yang terjadi sekarang –  rasuah, makan gaji buta, kerja lambat, hasad dengki, iri hati dll – walaupun tak semua begitu, tapi ia tetap ada. Tak perlu nafikan hal ini. Mungkin ia teman sepejabat anda. Mana tahu?

Kerjaya semamangnya kerja, tetapi tak semua kerja boleh jadi kerjaya. Aku memilih untuk kerja sendiri kerja itulah kerjaya aku.

Posted on Oktober 4, 2009, in Bebas, Isu Semasa. Bookmark the permalink. 3 Komen.

  1. Aku sampai skg kerja tidak kekal hingga brtahun bila aku pny masalah yg tidak dpt hndel aku terus bnti Tampa pikir kesan buruk. Aku biar ia nak jd.. Jd lah.. Kini aku merana sngt kerna tnggal kekasih lama..(kerja lama) sb aku blah bgitu tnpa Ada srat bnti penysaln smp mati aku rse.. Nak pi mnta kerja blik malu..aku btindak bodoh

    KIPP: ooooo… dah baca, tapi tak paham komen ni…

  2. hi!saya nurfazilah dr sabah saya ingin komen tntg kerjaya.banyak org zaman skrg ne mendapat sijil tinggi pelajaran malaysia tetapi masih menganggur mencari kerja kerana peluang tuk pekerjaan d malaysia sudah terlalu bnyk oleh itu,bnyk org dr malaysia mencari kerja ke luar negara..kerjaya ne memang membabitkan kerja tetapi x semesti nya kerja itu sudah berjaya..

    KIPP: Kalau setakat STPM dan menganggur tu aku tak heran.. tapi kalau ada degree dan mengganggur tu yang heran sikit… sikit aje la herannya..

  3. These courses provide high quality study materials with
    high definition videos as practical training. One way that flashcards are useful is that you can carry them around with
    you. That crossroad provides a choice, a choice that can be made out of fear or faith.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: