Bercerai Kita Roboh!

UMNO masih lagi menanti di Penanti, walau apa jua ulasan dan alasan kekalahan mereka di Penanti bukanlah satu kejutan. Kejutan kepada kejatuhan UMNO baru sahaja bermula.

Mungkin orang Terengganu perlu belajar dengan orang Kelantan mengenai pemilihan bagi mewakili suara mereka. Manek Urai akan menjadi medan perjuangan kali ke-7 selepas PRU ke-12 yang sudah. Bagi UMNO, desakan perubahan suara rakyat menjadi trauma yang memakan diri.

Tragedi tersungkurnya Stadium Sultan Mizan menyembah bumi akan menjadi agenda “fresh” untuk PAS di Manek Urai. PAS bagai orang yang mengantuk disorongkan bantal, bagai kucing buta terlanggar bangkai tikus diwaktu malam, bagai rezeki yang datang bergolek dengan tragedi ini diwaktu UMNO sedang berpeluh darah untuk tidur malam di rumah pengundi dan menoreh batang getah untuk memancing undi. Apa pula alasan UMNO kali ini?

Mungkin kecelaruan kepimpinan UMNO di Terengganu dengan dua kumpulan – kumpulan Ahmad Said dan kumpulan Idris Jusoh – menjadi klu tragedi ini. Umur stadium baru sahaja setahun, tapi kecelakaannya seperti sudah berumur 100 tahun!. Sudah tentu masa pembikinan stadium ini sebenarnya dibawah kepimpinan Idris Jusoh. Ahmad Said baru sahaja pegang MB setahun lebih. Siapa yang makan lebih ni? Patrick Lim kot?.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya, percayalah. Hikmah yang jelas ialah membuka peluang besar bagi PAS di pentas kubunya di Kelantan untuk mempertahankan kerusinya. Ini isu besar. RM 300 juta duit rakyat sudah roboh!. Apa yang terjadi ini perlu UMNO fikir berkali-kali, berfikirlah secara rasional, secara realistik, secara statistik, secara sedar!… adakah ini waktu sesuai untuk meletakkan calon untuk melawan PAS di sana?

Mungkin aku lebih menyukai perkataan “provokasi” dalam artikel ini. Dalam hati memang mahu melihat kekalahan UMNO, tetapi takut terjatuhnya ‘takbur’ diatas diri. Nau’ Zubillah. Apa yang penting, rekod PAS di Manek Urai perlu dipertahankan. Rekod UMNO mungkin bercalar-balar sudah, tak perlu nak diperkatakan lagi.

Muktamar PAS akan bermula esok di Shah Alam. Isu kepimpinan antara professional dan ulama’ perlu diperjelaskan untuk ahli mereka. Kedua-duanya penting bagi pembangunan parti itu sendiri. Bagi aku ulama’ itu adalah professional. Tak perlu dipersoalkan lagi. Dan sudah menjadi trademark PAS bagi “Dibawah Kepimpinan Ulama” menjadi teras kepimpinan mereka. Tetapi professional juga amat penting untuk pembangunan duniawi ini. PAS bukan lagi parti lebai dan serban, PAS kini adalah wadah kepimpinan dan kepercayaan rakyat Malaysia untuk keadilan dan keimanan yang tiada pada UMNO.

Oleh itu, bersatulah demi Islam dan rakyat, jangan jadi seperti stadium tadi, baru setahun tersergam indah hingga lupa diri akhirnya tersembam ke bumi kerana lalai. Ingat!, rakyat lihat apa yang PAS buat, apatah lagi Allah S.W.T yang Maha Melihat apa yang pemimpin PAS buat. Jangan jadi seperti UMNO, mungkin inilah istidraj oleh Allah S.W.T sebagai bala kepada mereka. Wallahu ‘Alam.

Posted on Jun 4, 2009, in Islam, Isu Semasa, Kempen Pilihanraya, Politik. Bookmark the permalink. 3 Komen.

  1. SALAM ziarah.
    *blogwalking

    KIPP: Salam juga keatas anda..

  2. salam ziarah

    KIPP: salam juga keatas kamu..

  3. salam….

    xderk aper yg ana mahu coretkan…
    yg pasti..ape yg anta tulis ana s0kong spnuhnya…
    selamat maju jaya….

    ~salam~

    KIPP: Syukrannn…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: