Jawatan Kosong: Graduan Sengal?

Aku pun seorang graduan. Tapi aku harap aku tak sengal macam beberapa graduan yang pergi ke Karnival Kerjaya di PWTC baru-baru ni.

Jangan marah bila membaca tulisan ini. Tetapi berfikirlah secara matang sebagai seorang graduan yang menghabiskan masa untuk belajar mengadap buku dan pensyarah lebih kurang 3-4 tahun. Jangka masa yang agak lama.

Masalah dengan para graduan yang dikategorikan sebagai “Graduan Sengal” ini adalah kerana mereka ini terlalu MANJA dan selalu dianggap BAGUS. Semuanya berkaitan dengan permasalahan bila mencari kerja. Mereka terlalu memilih kerja. Akhirnya sendiri yang kecewa.

Karnival Kerjaya di PWTC ini adalah peluang bagi graduan yang baru dan yang lama untuk memenuhi jawatan kosong yang ditawarkan oleh beberapa organisasi yang turut serta dalam karnival ini. Peluang ini memang khas untuk membantu mereka bagi memenuhi kehendak industri dan juga memenuhi kehendak sendiri untuk bekerjaya. Tapi malangnya mereka (graduan) tak matang dan mahu dilayan seperti putera raja.

Dalam akhbar Metro dua hari sebelum ini, ada satu rencana mengenai kekecewaan para graduan yang pergi ke Karnival Kerjaya ini kerana dikelirukan oleh organisasi yang menawarkan kerja yang berpendapatan mencecah lima angka. Wah!.. maka terlompat gumbira para graduan yang sengal untuk bergelar orang kaya sedangkan pengalaman tiada. Tetapi bila mendapat tahu kerja sebenar yang ditawarkan oleh organisasi tersebut – selalunya kerjaya yang ditawarkan ialah bahagian Jualan (Sales) – maka terkedu dan kecewalah mereka.

Mereka lapor dalam akhbar bahawa mereka telah tertipu. Tapi pada aku organisasi tidak menipu, mereka hanya ‘memasarkan’ peluang tersebut. Organisasi mahu mencari orang yang sesuai dalam masa yang sesuai. Organisasi mahu orang yang kuat, tahan cabaran, rajin untuk bekerja dengan mereka. Sudah tentulah dalam keadaan ekonomi sekarang ini, organisasi dan syarikat mahukan kenaikan jualan dan mereka mencari wakil jualan yang benar-benar sesuai. Dan sesuai dengan kerja yang mencabar tersebut, segala insentif seperti komisyen yang tinggi akan pekerja rasai.

Mahu aku bertanya kepada para graduan. Selama anda belajar 3-4 tahun di universiti, pernahkah anda mematangkan fikiran anda?

Adakah dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, organisasi dan syarikat mahu mengambil graduan yang sengal macam anda? Tak tahan cabaran dan terlalu memilih kerja.

Aku sebagai majikan sudah tentu akan memilih pekerja yang kuat, rajin, fleksibal, multitasking dan boleh membuat keputusan sendiri untuk kerja mereka. Lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi sekarang ini, bahagian jualan (sales) menjadi misi utama bagi semua syarikat, tak kira yang kecil atau yang besar, tingkatkan jualan adalah misi utama bagi survival perniagaan mereka.

Oleh itu, bagi graduan yang tak suka dengan kerja jualan (sales), maka jangan berlagak anda layak untuk gaji 4-5 ribu sebulan jikalau anda tak tahan dengan cabaran. Gaji yang layak untuk graduan sengal sepatutnya tak lebih dari 900 sebulan kerana suasana kerja yang kondusif seperti kerja dalam aircond, ada meja sendiri, anda komputer sendiri, pakai tie dan baju tide-in, masuk kerja jam 9 pagi keluar jam 5 petang, dan kerja macam lembu – kerja ikut arahan tanpa kritis.

Jadi bagaimana? Jangan salahkan syarikat atau organisasi jikalau iklan kerja yang mereka tawarkan amat lumayan, tetapi mahu tanya graduan sengal ini – siapa nak bagi duit RM ribu-ribu jikalau hanya kerja setakat data entry sahaja. Adik aku yang tingkatan 3 pun boleh buat. haha.

Renung-renungkan dan selamat mencari kerja..

Posted on Mei 20, 2009, in Bebas, Ekonomi, Isu Semasa, Keusahawanan, Mari Berniaga, Satu Kajian. Bookmark the permalink. 8 Komen.

  1. Ya, saya setuju sangat.

    Saya sendiri mengalami pengalaman yang entah apa-apa bila berhadapan dengan budak-budak u yang praktikal di tempat kerja saya. Masing-masing tidak menunjukkan kualiti sebagai seorang pelajar mahupun bakal pekerja. Dengan mentaliti yang rendah, tidak tahu perkembangan semasa dan paling utama ‘agak’ kurang sopan apabila berhadapan dengan rakan sekerja yang lain. Seharusnya, tempoh praktikal digunakan sebaiknya, bukan untuk seronok-seronok.

    Terus terang, walaupun universiti dan sistem pendidikan kita semakin canggih dan bertaraf tinggi, saya tidak respek kepada budak-budak u sekarang apatah lagi yang belajar di universiti swasta yang mana kita tahu asal ada duit semua boleh masuk u.

    KIPP: Terasa aku pasal “yang belajar di universiti swasta” sebab aku pun dari U swasta, tapi bukan sebab aku ada duit, sebab U IPTA tak mahu amik aku. Bagi aku U swasta adalah alternatif kepada U IPTA. Memang misi U swasta adalah duit, ada duit semua boleh dapat. Tapi yang lain terpulang kepada kita – kita rajin belajar, hasilnya tak ada beza dgn U IPTA. Sememangnya U swasta menganggap ini sebagai bisnes, jikalau produk mereka tak bagus, maka U mereka akan kurang pelanggan. Tetapi jika produk mereka bagus, maka ramailah yang akan menjadi pelanggan mereka. Jadi mereka terpaksa menjadi pengeluar yang bagus. Aku adalah salah satu produk U swasta ini. Tapi bagi aku, melihat kepada rakan2 aku dari keluaran U yang sama semuanya kini bekerjaya. Boleh kata dalam 100 student U swasta ini, hanya 2-5 org aje kerja kerajaan, yang lain kerja swasta, malah 15-20 drp mereka sekarang buat kerja sendiri – ada yang buat freelance, usahawan, dan meneruskan ke peringkat Master dan PhD. Tak ada yang menganggur lebih dari 6 bulan. Mungkin sebab “kesusahan” yang kami rasa semasa belajar – kekurangan infrastruktur – menyebabkan kami menjadi kuat di luar sana.

  2. Itu memang saya akui. boleh dikatakan 80% pelajar graduan tiada kemahiran dan kepakaran, dan mereka tak pernah nak belajar amik tahu masa time stdy dulu. Yang diorg tahu lepas grad kerja dapat gaji tinggi. Sebab tu laa kadar pengangguran kita banyak. padahal banyak kerja2 kosong kat malaysia ini. Tapi bila dah diberi peluang diorg tak nak pulak. Bila kita bagi kerja pada warga asing diorg bising pulak, so salah siapa sekarang,?? adakah majikan, goverment, pelajar?? lu pikir la sendiri…

    p/s: aku pun buat juga sales(cam jualan langsung). tapi secara moden laaa…

    KIPP: Memang aku sentiasa berfikir sendiri.. huhu..

  3. Graduan sengal?? ermm… mungkin ada yang begitu namun masih ada yang berusaha bersungguh-sunggu menunjukkan bakat dan kesungguhan namun peluan untuk berkhidmat dicantas mungkin kerana takut laluan ‘orang lama’ tersekat dek peningkatan kerjaya yang dilakukan… atau mungkin belum ada rezeki.. pengalaman saya sendiri menjalani praktikum di sebuah jabatan kerajaan (sehingga sekarang ini saya masih menghubungi bos lama dan kami mempunyai hubungan baik). walaupun ketika itu saya langsung tidak diberikan duit alaun sabtu dan ahad pun saya datang untuk menjalankan tugas… (bahagian perhubungan awam) dan kini saya menjawat jawatan pegawai kontark juga di dalam jabatan kerajaan namun setelah 2 tahun saya disini dan di Anugerahkan perkhidmatan cemerlang namun jawapan daripada JPA saya tetap di tamatkan kontrak.. tak ada 1 pun sistem sebelum saya masuk dan kini jabatan dengan gembiranya telah menggunakan sistem yang telah ada hasil penat lelah saya (seorang tanpa bantuan mana-mana ketua) kerana sebelum ini unit ini tak pernah wujud… kalau nak dibayar mungkin mencecah sehingga RM49k harga titik peluh saya. belum cerita duit tak ada tapi diarahkan keluar daerah (cawangan) untuk memastikan semua tugas selesai… bab tiket kapal terbang tak pe lah jabatan bayar… bab hotel? bos-bos semua duduk dihotel 5 bintang dan saya? di hotel budjet kerana tiada wang nak didahulukan… betapa sedihnya hati seorang graduan diperbuat begini… dalam beg penuh meggi.. cut cos! bos yang ada kredit kad senang hati bershopping itu dan ini… cubalah bayangkan… betapa sedih hati ini… saya juga manusia biasa… dah lah dulu ketika di universiti ikat perut, tahan diri… bagitau hati yang nanti bila dah dapat kerja saya tak nak makan meggi… dan kini… segala usaha hancur begitu saja… kadang-kadang saya dah putus asa! bosan kerana yang duduk tak buat kerja masih di sini… yang buat salah masih di sini… tapi saya yang berkorban segalanya… dibuang macam tu je.. mungkin kerana bukan rezeki saya… tajuk graduan sengal mungkin bukan semua… ramai juga yang ikhlas dan bekerja bersungguh-sungguh namun tidak dipandang majikan…

    KIPP: Post Graduan Sengal hanya ditujukan kepada graduan2 yang “perasan” lebih. Tak dinafikan bukan semua graduan sengal dalam mencari pekerjaan, tetapi kini dah berlambak yang sudah menjadi sengal – mahu gaji RM ribu2 tapi tak mahu kerja keras. Dalam kes Cik Daun, kes2 macam ni dah biasa dengar, lebih2 lagi kepada mereka yang pandai programmer komputer, last2 ketua jabatan yang copy idea (malah ada yang copy program) dan letak atas nama dia.. memang kurang hajar.

  4. Sabar yer cik daun, saya paham perasaan cik, ramai kawan2 saya senasib cam cik, Masalahnya diorg tu tak nampak intan depan mata, yang diorg nampak arang batu jer..hehe..

    KIPP: Bak kata P.Ramlee.. “nasib badannnn”..

  5. Kepada yang membalas… terima kasih banyak….

    Saya sedang sabar dalam menempuh semua cabaran dalam mencari pekerjaan.. malah sebenarnya tak ada apa nak dibimbangkan kerana setakat ini pun rasa nya cik hubby mampu menaggung perbelanjaan kami berdua.. sebenarnya saya punya plan untuk berdiam diri andai kata tak ada sesiapa yang bertanyakan mengenai password system masing-masing saya akan terus berdiam… buat apa saya kerja dan pk sorang-sorang mengenai jabatan tapi mereka tak pk pun keberadaan saya disini! Huhu kalian rasa bagaimana? Andai semua membatukan diri… tak ada siapa yang nampak kerja-kerja saya lebih baik saya fokuskan diri saya untuk mencari pekerjaan… lain2 hal di jabatan biarkan saja yang tinggal menguruskan… buat apa pening kepala.. kan?? Dan nanti andai 1 masa mereka perlukan saya… masa itu saya tak akan kembali… maaf… untuk pengetahuan semua saya adalah seorang graduan yang bekerja menggunakan kelulusan diploma!

    KIPP: Bagi seorg lepasan diploma seperti anda, tetapi tlh membuat sesuatu yang hebat.. fuh!.. memang aku respek.. tapi jangan risau, rezeki itu milik Allah. Yang baik dibalas baik, dan yang jahat dibalas jahat…

  6. Kalo diorg cari balik cik daun jual mahal jer. Diorg tu semua pikir diri sendiri jer lantak ler kalo diorg cari cik daun balik, biar diorg penin2 kepala,,huhu. Semua tempat sama jer, Sikap perihatin kebajikan anggota takde. So buat donno jerk.

    KIPP: Betul, betu, betul…

  7. Saya setuju, graduan sekarang ni terlalu demand, nak gaji yang lumayan tapi kemahiran takde, lepas tu nak marah bila kena reject. Zaman sekarang ni, semua kompeni nak pekerja yang ada skill, pr yang bagus.

    KIPP: Kekadang otak bagus, tapi common sense zero!

  8. salam
    ni sy nak komen pasal pekerjaan ni kan
    sy slh seorg penuntut dip thn 3 di sebuah u
    sy amat bersetuju dengan si penulis
    sy adalah servey kemasukan student baru intake bulan Julai ni
    perangai mereka semue macam diva
    macam dah senior tahun akhir
    baru masuk semester pertama tapi da macam2 aduan yang mereka keluarkan
    kadang2 kami yang senior ni pun terima je ape yang u da sediakan untuk kami
    mereka semue terlampau dimanjekan
    segala kehendak mereka diikutkan
    apa yang dibuat serba tak kena
    kami yang da lama kat u ni pun tak puan aduan yang remeh temeh
    setakat isu orientasi pun nak dipanjangkan kepda ibu bapa
    apa guna masuk ke u kalau anda tak mampu nak hadapi orientasi yang cuma mencabar kesabarn untuk satu minggu
    masa orientasi tu lah kite akan tau susah senang duduk di kampus
    ini tak xtvt lebih sikit da mengadu pada parents masing2
    bila masuk bahagian kokurikulum pada waktu petang mereka bising bila dilepaskan lambat
    kami dulu mula kokurikulum lebih awal dari mereka dan habis lagi lewat dari mereka
    segala xtvt yang dijalankan untk mereka pasti akan dipertikaikan
    segala kemudahan yang disediakan tidak dihargai malah memberi komen dan aduan yang bukan2
    kami sebagai senior pun tak pernah berani buka mulut untuk mengadu perkara2 remeh temeh
    mereka terlampau dimanjekan.
    tak pandai berdikari kerana kebanyakkan dari mereka datang dari keluarga berada
    yang paling kami tidak puas hati, mereka tak ada rasa hormat pada senior mereka sendiri
    kami pelajar semester lima pun masih lagi hormat pada senior smester enam
    tapi mereka nak hormat pada senior semester dua pun tak dapat nak buat
    pengambilan pelajar baru kami rasakan tidak menepati ciri2 siswa atau siswi yang berkualiti
    pelajar2 macam nilah yang akan beri kesan pada pengambilan graduan pd masa depan
    mereka yang macam ni lah yang akan jadi slah seorang daripada graduan sengal tu
    tak tau tapi tak nak bertanya.
    bak kata orang tue macam bodoh sombong
    sanggup sesat jalan dari bertanya..
    new student have no manner!!
    merekalah yang akan merosakkan graduan2 akan datang..
    merosakkan imej graduan2 yang berkualiti..
    sekian

    KIPP: Itulah realitinya… salah sorang mangsa ialah aku..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: