Sah Nizar MB Perak: Apa Kata UMNO?

Memang sah sudah Ir Nizar MB Perak. Maka Zambry bukan MB Perak yang sah, hanya sah dikalangan UMNO.

Sivakumar pulak dimalukan dengan begitu dashyat apabila beliau sendiri diangkat oleh Polis dari singgahsana Speaker Dewan Undangan Negeri.

Apa lagi yang UMNO sudah buat?. Banyak. Semuanya memalukan Pakatan Rakyat Negeri Perak.

Bermula dengan ambil alih Kerajaan Negeri ala-ala gangster.

Menggunakan Sultan untuk pendudukan haram mereka.

Merampas dan meragut kerusi Speaker DUN.

Melelong kereta Toyota Camry yang tidak berdosa.

Melalak satu Malaya menyanyi lagu – Rakyat Perak terima UMNO.

Tapi dibuktikan apabila PRK Bukit Gantang dimenangi oleh PAS (Ir Nizar sendiri).

Hari dibuktikan lagi apabila Ir Nizar ialah MB Perak yang sah oleh Mahkamah.

Apa lagi yang UMNO nak buat lagi…. apa helah mereka….

Apa-apa pun, jikalau Ir Nizar dapat kuasa MB Perak, perkara pertama yang beliau perlu buat ialah BUBAR DUN!

Biar rakyat Perak yang buat keputusan

Posted on Mei 11, 2009, in Isu Semasa, Perundangan, Politik. Bookmark the permalink. 6 Komen.

  1. Gan chee chan

    Memang tengok MB mcm anak haram juga

  2. bawak-bawaklah bertaubat, kalau malu pun ingatlah Allah tu Maha Pengasih, taubat itu lebih mendatangkan kedamaian pada hati dan persekitaran, wahai umno

    • Innallaha ma’al sobirinnn…

      • Pak Itam tu memang cakap sombong dan ego.Aku nak tengok lama dia nak berpelok dengan mufti Perak yang dulu aku sayang sangat. kenapa tak berani tegor kesalahan UMNO.kalau PAS amboi minat sangat nak ambil hati. aku heran sangatlah .

        kalau UMNO buat sure heboh di negeri mufti sendiri diam je.. hai mau apa lagi.

        dulu satu satu mufti yang PAS agongkan mufti Perak lah tapi sekarang aku benci sangat sayang akhir hayatnya dalam kebencian banyak orang. UMNI mana sayang mufti dan ulamak melainkan nak guna dan jadi alat mereka ja.

      • Ulamak dan Mufi dalam UMNO dah macam hilang kewarasan bila berbicara pasal hukum. Entah pergi mana ilmu dorang pun aku tak tau.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: