Najib: Adakah “Esok Masih Ada?”

Insya Allah. Esok masih lagi ada. Tiada yang berkuasa lawan Yang Esa.

Pahit-pahit hempedu, terpaksa juga aku telan dengan keputusan YDPA untuk menerima perlantikan Najib Tun Razak sebagai PM Malaysia ke-6.

Dalam keadaan ekonomi yang parah ini, Najib Tun Razak ambil alih pemerintahan. Boleh ke dia teraju Malaysia?.

Pada awal tahun 2009, Najib Tun Razak kata Malaysia tidak akan terkena tempias kemerosotan ekonomi dunia. Tapi hari ini bukan tempias, tetapi hujan panas yang tak tahu bila ia berhenti.

Tapi nak salahkan siapa, Najib Tun Razak bukan tahu tentang ekonomi, kata orang dia pun belajar tak habis. Mungkin degree pun tak ada. Siapa tahu?. Tapi kalau benar begitu, patutlah banyak  statement dia merapu. Haha.

Masih ingat lagi anda pada S. H Alattas. Seorang penulis yang popular dengan panggilan Nujum Pak Belalang. S. H Alattas pernah meramalkan bahawa Ashaari Muhammad (Abuya Al-Arqam) akan menjadi PM Malaysia ke-5.

Padah ramalan tersebut, Tun Mahathir semasa pemerintahannya menahan Ashaari Muhammad dibawah ISA kerana membawa ajaran sesat Aurad Muhammadiah dan mendakwa dirinya Pemuda Bani Tamim – Imam Mahdi.

Padahal itu hanya ramalan. S. H Alattas silap. Tapi kali ini ramalannya mungkin menjadi kenyataan. Teori RAHMAN. Teori RAHMAN dipratik dengan “siapakah yang akan menjawat sebagai PM Malaysia?“. Terdapat enam nama. Tapi ada juga yang kena tahan ISA disebabkan ramalan ini – siapa pula mangsanya?

R – Tengku Abdul Rahman Putra Al-Haj
A –  Abdul Razak
H Hussien Onn
M Mahathir
AAbdullah (Mungkin sepatutnya Anwar Ibrahim, tetapi ISA yang berkuadsa)
N Najib

Teori ini nampaknya berhasil. Tetapi aku ada teori baru. Teori ramalan aku mudah sahaja.

Selepas RAHMAN, apa pula?.

Jawapannya mudah sahaja.  Selepas RAHMAN maka lenyaplah UMNO dan BN. Haha.

Mungkin tiada lagi PM Malaysia dari kalangan UMNO dan BN. Mungkin PM Malaysia selepas ini terdiri daripada Pakatan Rakyat.

Apa-apa pun teori yang akan dikeluarkan. Rakyat semakin hari, semakin bijak. Tiada perlu sogokan.

3 PRK pada April ini akan memberi imej baru kepada Malaysia keseluruhan. Imej bersih dalam UMNO telah tiada. Yang ada hanya imej kotor. Kotor kepalanya, maka kotorlah badannya.

Posted on April 2, 2009, in Isu Semasa, Kempen Pilihanraya, Politik, Satu Kajian. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: