Menang Lagi!

Takbir!. Allahu Akbar!

Menang lagi.

Selepas kemengan besar PKR di Permatang Pauh, kini Kuala Terengganu pula PAS tawan.

Persaingan sengit yang membawa padah pada BN dan UMNO. Setiap hari dalam media perdana (lebih-lebih lagi Buletin Utama TV3) memburukkan kerajaan negeri dibawah Pakatan Rakyat. Ada sahaja yang diprovokasinya. Cerita yang berbulan lamanya diungkit semula untuk menunjukkan keburukan dan kelemahan kerajaan dibawah pentadbiran PR.

Dalam berita perdana esok kita akan dengar beberapa ayat standard yang akan diucapkan oleh Najib Tun Razak sempena kekalahan BN disana.

Apa kata Najib Tun Razak….

Kalau BN menang di PRK Kuala Terengganu:

1. Ini menunjukkan rakyat masih mempercayai Barisan Nasional. Hidup Melayu!
2. UMNO masih kuat!. BN masih kuat!. Rakyat masih mahukan kita!.
3. Rakyat tahu hanya BN sahaja yang dapat menolong mereka dalam mencari kemajuan. Itulah sebab kita menang.

Bila PAS menang di PRK Kuala Terengganu:
1. Ini menunjukkan negara kita negara demokrasi.
2. Ini menunjukkan pilihanraya kita adalah telus dan bersih.
3. Kita menerima kekalahan ini dan kita akan buat post-mortem dan perubahan struktur dalam parti bagi memperkuatkan lagi parti kita.

Apa yang Buletin Utama TV3 buat….

Kalau BN menang di PRK Kuala Terengganu:
1. Setiap hari mereka akan tayangkan kemenangan BN selama 44 hari, 44 malam di berita.. haha
2. Terus mempromosi kemenangan BN dan memprovokasi kekalahan PR.
3. Akan menayangkan klip ucapan Najib Tun Razak setiap hari.

Bila PAS menang di PRK Kuala Terengganu:
1. Besar kemungkinan berita tersebut terus hilang seperti tiada apa-apa berlaku semalam.
2. Suasana kekalahan BN akan terus di senyapkan dengan berita alam sekitar ataupun berita dugong terdampar di pantai Port Dickson… hahaha

Kalau nak lebih tahu, kita tengok berita malam ini. Mungkin ada ayat baru dari Najib Tun Razak. huhu.

Posted on Januari 18, 2009, in Isu Semasa, Lucunya, Politik. Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. memang sudah terlalu amat sangat reaksi begitu kita baca…tetapi yang paling haram jadah ialah tulisan Awang Selamat di dalam Bisik Bisik Mingguan ketika beliau menyebut perihal mungkin masyarakat China juga akan menerima hudud PAS. Apa punya kafir laknat punya suratkhabar?

    Lepas ni Awang tu dah tak Selamat dah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: