Lagi Hudud Dan Qisas

Sejak minggu lepas lagi aku dok dengar Buletin Utama canangkan pasal pendirian PAS mengenai hudud dan qisas.

Tayangan forum antara Husam Musa dan Khairy Jamaludin diulang tayang sampai muntah darah aku tengok.

Begitu juga pasal hudud dan qisas. Dalam banyak isu yang dibincangkan, kisah hudud dan qisas juga yang jadi ‘world‘ untuk propaganda UMNO dan BN dalam PRK Kuala Terengganu.

Memang bosan tahap cipan! Agaknya UMNO dah tak ada idea dah kot. Maklumlah Dato’ Zahar Hasyim dah masuk PAS, mau kejut beruk orang UMNO. Beruk pun tak terkejut macam dorang. Siap convert bilik gerakan UMNO jadi markaz PAS. Baru padan. Haha.

Cuba korang fikir pasal hukum ini (hudud dan qisas). Kalau apa yang dikata Husam Musa, hukum ini akan dibuat jika PAS memerintah Malaysia, tapi kalau PR yang memerintah Malaysia, maknanya bukanlah PAS yang memerintah.

Tapi apa yang aku ingat, PAS kata, kalau PR menang, PAS mahu jalankan undang-undang Islam, kalau tidak mereka akan keluar dari PR.

Mesejnya jelas. PAS ada matlamat. Kalau tak jelas lagi, senang je nak. Sengkeh kepala otak dengan lutut aku. Baru jelas kot!. Huhu.

Posted on Disember 25, 2008, in Islam, Isu Semasa, Kempen Pilihanraya, Otak de Lutut, Perundangan, Politik. Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. Kan ke sekarang Pas sibuk nak bertanding pilihan raytu. Kire sekarang ni time kutuk pas. Esok2 kalau ada ADUN mati lagi, parti yang lawan dorang tu la dorang kutuk. Kalau ade isu, geng AKIM pun dorang kutuk. hu hu hu.

    Kesian aku tengok AKIM tu.. teringat kawan aku yang bernama akim yang hingus meleleh bila nangis jatuh beskal.

  1. Pingback: Islam: Harapan Untuk Bersatu « 3K - Kaji, Kritik, Kantoi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: