Keterbukaan Dan Ketegasan

Banyak sekali cerita pasal PAS dalam berita hari ini, bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Haha.

Cerita pertama, kalau pada mereka yang malas nak berfikir, perkara ini akan dianggap satu tamparan buat PAS. Tapi bagi yang suka berfikir anda akan tertanya, PAS itu parti Islam, maka sudah pasti mereka menentang maksiat. Itu sudah pasti. Oleh itu kenapa berita bodoh mengenai Pemuda PAS menentang pertandingan “tarian jalanan” di Butterworth menjadi agenda untuk memburukkan PAS.

Lagi cerita tentang hudud dan qisas. Perdebatan Khairy Jamaludin dengan Husam Musa di Kelantan memperlihatkan kematangan yang lebih matang dari UMNO yang kebudak-budakan tentang prinsip Islam yang diperjuangkan. Apa pun faktor, baik faktor globalisasi, masa atau kemajuan, PAS tetap akan memperkenalkan hudud dan qisas jikalau menerajui pemerintahan pusat.

Mungkin orang luar PAS melihat PAS semakin rapuh dengan kewujudan Pakatan Rakyat yang disertainya, tetapi apa buktinya. Begitu juga dengan hudud dan qisas. Tak ada modal lain selain nak takutkan orang. Semua orang dah tahu bahawa PAS ada Kelab Penyokong PAS Cina dan Kelab Penyokong PAS India. Jadi tak wujud masalah salah faham pada masa akan datang. Kalau adapun sikit aje la, itupun yang jenis degil dan bahok untuk diberi penjelasan.

Pasal PAS nak umum calon untuk PRK Kuala Terengganu pada 1hb Januari pun nak jadi isu. Releks la. PAS nak gempur tempat orang, kenalah mereka cari Jeneral yang bagus. Jangan la nak terus melatah.

Posted on Disember 21, 2008, in Islam, Kempen Pilihanraya, Otak de Lutut, Politik. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: