Bijaknya Pak Lah

Sebelum aku masuk ke agenda utama, ingin sekali aku memaki-hamun menasihati penduduk Bukit Antarabangsa yang terlibat dengan kejadian tanah runtuh.

Apa ada pada nama?, kalau kaya harta tetapi miskin budi bicara. Memaki hamun bukan amalan budaya kita, tetapi bila dah kurang belajar itulah jadinya.

Pernah tak anda pergi ke Pantai Timur, bila musim tengkujuh, mereka menjadi bangsa nomad. Berpindah randah dari rumah kediaman yang disayangi menyusuri banjir pergi ke dewan orang-ramai atau dewan sekolah.

Makanan dicatu, pakaian dikongsi, tempat tidur yang terhad, apa lagi? semua mereka hadapi dengan redha. Tapi kamu, memaki hamun YB itu, Askar, anggota RELA. Emosi anda hilang seperti ranapnya rumah anda yang disemai dengan bongkak dan angkuh!.

Aku tak marah, tetapi kecewa dengan sikap kamu.

Berbalik ke agenda yang sebenar.  Pak Lah sedang mengatur langkah-langkah keselamatan sebelum beliau mengundur diri Mac 2009 nanti.

Satu tindakan yang bijak untuk menjahanamkan kesenangan pengganti beliau – Najib Tun Razak – nanti.

Antara yang menarik:

1. Memberi permit dua kali seminggu untuk keluaran Harakah.  Yang mana sebelum ini  pengeluaran Harakah hanya dua kali sebulan. Apa yang Pak Lah fikirkan?, oh! senang sahaja, untuk menjadi ‘lidah’ alternatif beliau selepas bersara. haha. Tengok sahaja Tun M. Dahulu kutuk Harakah, tapi bila beliau bersara, Harakah inilah yang menyuarakan pendapat beliau.

2. Pembentukan Suruhanjaya Rasuah. Ini satu hasrat yang aku amat setuju. BPR bukan lagi ‘badan’ kini BPR sudah ada kaki, tangan, telinga, mulut,dan organ-organ yang lain. Lepas ni Pak Najib Tun Razak kena berhati-hati. Setiap kes tak akan dibawa ke Peguam Negara untuk disemak. Akan ada orang bebas yang berkuasa. Ghani Patail akan kurang kerja, tapi tension lebih. haha.

3. Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman. Oh. Yang ini aku tak study lagi. Sebab ada pro dan kontra. Dalam Harakah, Bekas Ketua Hakim Negara menyatakan  ia akan memberi masalah. Boleh dibaca disini.

Ya!, boleh lah kita katakan langkah yang Pak Lah usahakan ini adalah langkah yang bijak bagi seorang PM. Tapi aku tertanya, kenapa tak buat awal-awal masa menjawat jawatan PM dulu, kan bagus…. huhu.

Posted on Disember 12, 2008, in Isu Semasa, Perundangan, Politik, Satu Kajian. Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. assalamualaikum

    camner dengan komen kou tentang RTM gam dato asri? leh kou komenkan

    Nak komen pun aku tak tahu sebab aku tak tahu hal itu… huhu</blockquote>

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: