Korban & Tanah Runtuh

Takbir Eidul Adha sudah berkumandang Maghrib tadi. Esok acara sembelih beramai-ramai lembu untuk korban juga bermula. Di kampung aku, 15 ekor lembu akan tumbang bagi meraikannya. Alhamdulillah. Nikmat makan daging korban, tapi yang ada gout dan penyakit orang kaya dan penyakit tiga serangkai diharap agar beringat. Haha.

Terfikir aku,  terdapat berjuta umat Islam di Tanah Suci Makkah sedang menunaikan ibadat haji, dan sudah tentu angka lembu dan kambing yang dikorbankan pun sama banyak dengan jemaah haji. Fuh!… banyak tu!. Mesti tukang sembelih dah expert buat kerja ni.

Di Malaysia sambutan Eidul Adha macam biasa. Tapi tahun ada lain sikit. Para Polis, Bomba, Tentera, JKR, YB-YB kena kerja lebih. Lebih-lebih lagi mereka yang berada di Bukit Antarabangsa, Hulu Yam, juga mereka yang berada dengan kawasan cerun bukit. Di Bukit Antarabangsa buat masa ni, empat mangsa korban tanah runtuh sudah dikenalpasti. Beberapa banglo musnah, anjing pun tak terkecuali.

Dihari mulia ni aku nak ucapkan takziah kepada keluarga mangsa agar bersabar menghadapi ujian ini. Jangan cepat melatah. Jangan cepat marah. Jangan salahkan tanah atau hujan kerana setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.

Selamat Menyambut Eidul Adha

Posted on Disember 7, 2008, in Bebas. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: