Kes Liwat: Kalau Tiada Angin, Masakan Pokok Bergoyang

Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, pemuda yang mendakwa diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan dirinya selama ini terlantar sakit, lumpuh dan menghidap penyakit kelamin. Di dalam kenyataan media yang dibaca oleh Saiful di perkarangan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pagi ini, dia menganggap tohmahan itu adalah satu fitnah yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. “Saya dengan ini menyangkal segala tohmahan dan fitnah yang dibuat terhadap diri saya yang tersebar di laman-laman web serta cakap-cakap yang mengatakan kononnya saya kini terlantar sakit, menjadi lumpuh dan menghidap penyakit kelamin hingga ke tahap saya telah meninggal dunia. Itu semua adalah tidak benar dan merupakan fitnah serta suatu pembohongan besar yang direkacipta oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab” kata Saiful.

Tambahnya, dia kini berada di dalam keadaan yang baik dan tidak seperti yang digembar-gemburkan oleh pihak-pihak terbabit.”Saya ingin menegaskan bahawa keadaan kesihatan saya adalah sangat baik dan tidak sebagaimana yang difitnah oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab” katanya. Saiful keluar membacakan kenyataan itu setelah 25 minit berada di dalam pejabat unit siasatan bahagian penguatkuasaan JAWI, namun kembali semula menuju ke pejabat tersebut selepas itu. Dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang kehadirannya di situ pagi ini. Terdahulu, Saiful dilihat tiba di JAWI pada jam 11.10 pagi dengan dikawal rapi oleh tiga lelaki. Turut hadir mengiringi Saiful ialah bapanya, Azlan Mohd Lazim dan peguamnya, Zamri Idrus. Menurut sumber, kehadiran Saiful adalah berhubung laporan tuntutan qazaf (tuduhan palsu) yang dibuat oleh Anwar terhadapnya di Mahkamah Syariah pada 9 Julai lalu. Anwar pada 7 Ogos lalu turut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap tuduhan meliwat Mohd Saiful di sebuah kondominium di Damansara, di sini pada 26 Jun.

[Pahang Daily antara blog terawal yang membuat pendedahan perihal Saiful ditimpa penyakit misteri itu sebelum ini. Biar apapun maklumat tentang Saiful ini, kami tetap dengan pendirian yang beliau ditimpa “malang” itu. Saiful boleh berkata apa sahaja, kerana kami turut mendedahkan yang beliau telah berubat penyakitnya dengan ramai bomoh dan tabib. Mungkin agaknya beliau sudah agak “baik” dan boleh berjalan untuk ke JAWI. Kenapa sebelum ini beliau menyepi, dan sekarang sesudah beberapa bulan baru ingin menafikan penyakitnya itu. Agak aneh juga baru kini beliau tampil. Lagi pun penyakit yang beliau alami ialah “kelamin” dan sememangnya kita tidak dapat melihat kerana tidak ditunjukkan. Jika berani “buka seluar dan tunjuk”. Apapun, sebenarnya maklumat tentang penyakit beliau itu didedahkan sendiri oleh salah seorang saudara terapat beliau. Maka itu usahlah Saiful berbangga kononnya dia di fitnah dan ini satu pembohongan besar!. Walhal dia sendiri melakukan fitnah dan pembohongan besar terhadap Anwar Ibrahim. Tunggu laporan seterusnya, kenapa Saiful disorok oleh pihak-pihak tertentu selama ini].

– Dipetik dari Pahang Daily Online.

Posted on November 29, 2008, in Bebas, Isu Semasa. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: