PPSMI: Satu Lagi Projek “Tipu Melayu” Kerajaan BN

Mana lebih penting BM di tepi jalan atau BM di dalam kelas sekolah?, itulah yang dinyatakan dalam blog Baha Zain (Datuk)Padan Bahasa Melayu!. PPSMI (Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris) dicanangkan oleh Kerajaan BN kononnya untuk memperkasakan Bahasa Inggeris, akan tetapi mangsanya ialah subjek yang kritikal – Sains dan Matematik.

Statistik terbaru oleh kerajaan menyatakan peratus kelulusan untuk subjek Sains meningkat 1.7% dalam UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) baru-baru ini. Wah! satu peningkatan yang baik, tapi anda perlu tahu satu perkara sebelum membuat apa-apa konklusi.

Aku bagi realiti sebuah sekolah kluster di Kawasan Muadzam Shah yang mejoritinya pelajar Asli. Ya, memang statistiknya memberangsangkan dengan hampir 80% pelajarnya mendapat A dalam sains. Tapi bagaimana korang fikir jika; Pelajar Asli yang hanya datang ke sekolah tidak lebih 10 hari boleh mendapat C dalam sains? Lojik? Tidak mustahil? Dan bagaimana sekolah mejoriti Asli itu boleh mendapat 80% A dalam Sains? Aku bukan memperkecilkan kebolehan anak-anak Asli. Cuma lojik atau tidak korang kira-kira sendiri – Gild

Apa yang sebenarnya terjadi?. Siapa tipu siapa?. Hah! Apa-apa pun jawapannya yang rugi tetap orang Melayu. Mahu perkasakan bahasa Melayu, tapi memusnahkan penggunaannya.

Aku mahu berkongsi dengan pembaca mengenai “trick” peratusan kelulusan yang boleh ditentukan oleh orang atasan untuk “memaksumkan” apa yang mereka buat. Dengan memperjudikan “kualiti” pelajar, maka kerajaan akan dapat “kuantiti” yang boleh dibanggakan.

Kebiasaannya, sekolah akan menetapkan markah 40 adalah markah minimum untuk lulus, manakala markah bawah 40 adalah gagal. Katakanlah hanya sedikit sahaja pelajar yang mendapat markah atas 40, maka sudah pasti bilangan pelajar yang lulus akan menjadi rendah, manakala yang bilangan pelajar yang gagal akan menjadi ramai, kita boleh lihat ilustrasinya seperti graf dibawah ini:

Graf Kelulusan 1

Graf Kelulusan 1

Tapi Kementerian Pendidikan dan juga Lembaga Peperiksaan ada cara yang untuk mengubah graf ini menjadi peratusan kelulusan yang tinggi dan bilangan pelajar yang lulus juga ramai. Ia dipanggil dengan konsep “Cut of Volume“.

Graf Kelulusan 2

Graf Kelulusan 2

Seperti graf diatas, kita boleh lihat apa yang dilakukan oleh kerajaan. Jika Menteri Pelajaran ingin melihat 90% kelulusan untuk satu-satu subjek, maka markah minimum untuk lulus boleh diubah kepada 10 markah. Olah itu kita boleh lihat ramai pelajar yang lulus, dan hanya sedikit yang gagal – Kualiti akan berkurangan, kuantiti akan bertambah demi menjaga hati orang atasan.

Sekali lagi aku nyatakan disini, apakah yang patut kita banggakan dengan  peningkatan peratus kelulusan 1.7% bagi subjek Sains jikalau ia hanya satu permainan politik semata-mata. Yang rugi bukan orang lain, tetapi anak bangsa kita juga.

Posted on November 16, 2008, in Bahasa, Isu Semasa, Otak de Lutut, Politik, Satu Kajian. Bookmark the permalink. 17 Komen.

  1. Ya, ‘dia’ dengan bangga sengehnya telah mencanang kejayaan membahasa inggeriskan sains dan matematik. Adik kawan saya jadi bingung. Sebelum ini markahnya tak pernah tinggi dan dapat D. Tapi boleh dapat A pula exam yang lepas.

    Memangsakan kualiti untuk kuantiti.

    Siapa yang rugi?…. kita juga…

  2. gila babas la diorg ni. hidup mati pikir politik je, nasib masa depan anak2 bangsa tak pikr langsung.

    Yang penting bagi dorang ialah $$$$$$$$…. agama, bangsa dan negara tolak ketepi…

  3. hehehehe.. bersama samalah kita memartabatkan bahasa jiwa merdeka..hehehehe

    Jiwa kita semua…

  4. Bro bagus la lu… buat kajian yang mendalam… tapi gua tengok lu rasa lu sorang je yang bagus… atau kate yg selalu lu guna – maksum…. doa gua moga lu selalu maksum tapi ingat berpijak dibumi yang nyata…

    Aloo… gua tulis semua benda ni pun sebab gua duduk dibumi yang nyata la. Lu kan penulis, takkan lu reti baca atau mengeja. Bahasa Melayu kaya dengan “balaghah”nya, lu duduk kat Utusan Malaysia takkan tak reti kot… takkan la maksud “maksum” pun aku nak ajar…

  5. Menang sorak kampung tergadai. Kononnya PPSMI berjaya, bersoraklah manakala bahasa Melayu entah di mana duduknya lagi. Sekadar di kertas. Rasional dan matangkah begini…nampaknya yang dikendong masih berciciran.

    Selalu dorang tercicir benda-benda macam ni…

  6. oi oi. mana komen aku? ko delete eh?? huhu.

    Aku tak pernah delete komen ko la… kalau spam tu mungkin la… huhuhu

  7. o…cam2 ke. sy xpaham kepentingan ppsmi ni. apa yg pasti sy slh seorg yg sentiasa akan berhadapan dengan dilema ppsmi ni. harap2 ia dimansuhkan sebab realitinya hanya murid2 & guru2 yg tahu…

    Haa… tu la pasal. Kesian cikgu-cikgi kan?

  8. Orang-orang Inggeris pernah dijajah oleh kuasa asing. Pada ketika itu mereka menggunakan bahasa Latin sebagai bahasa ilmu. Orang-orang Inggeris meninggalkan bahasa Latin kerana ia bahasa penjajah dan ia tidak dapat membantu memperkasakan orang-orang Inggeris. Orang-orang Inggeris mula maju selepas mereka menggunakan bahasa mereka sendiri sebagai bahasa ilmu. Di Malaysia agak pelik sedikit kerana ramai yang suka mengambil langkah mengundur ke belakang. Orang Melayu meninggalkan bahasa Melayu dalam mengajar sains dan matematik supaya kedua-dua subjek itu diajar dalam bahasa Inggeris. Ada yang mengeluarkan hujah dangkal di mana PPSMI perlu kerana banyak sumber ilmu dalam bahasa Inggeris. Ini termasuklah buku-buku, jurnal-jurnal dan sebagainya. Idea sebegini amat ganjil kerana ia tidak menyentuh langsung tentang menterjemah buku-buku, artikel-artikel jurnal dan bahan-bahan lain yang berbahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. Ada orang Melayu yang mempunyai kelebihan mahir dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu di samping sains dan matematik. Mereka inilah yang perlu dipertanggungjawabkan untuk kerja-kerja menterjemah. Dimanakah pula galakan kepada cerdik pandai Melayu untuk menulis lebih banyak bahan ilmu dalam bahasa Melayu?

    Ini semua sebab dek orang yang baca sajak “Melayu Mudah Lupa” sudah hilang ingatan!

  9. aku suka baca komen anon

    Siapa anon?

  10. sekarang kita di jajah dalam bentuk minda plak

    Siapa yang benarkan kita dijajah? Jawpannya…. UMNO la

  11. KITA SENDIRI

    Kitaaa..

  12. ajak datuk NAJIS tu berdebat dlu..
    nk tgk stkat mane kbenarn dier…
    ni asyik mengalak…takut r tu…igt la..brani kerna benar, tkut kerna slh..

    KIPP: Berani kerana banyak duit rakyat dah di cilok

  13. Oleh itu maka kita perlu kerajaan perpaduan segera.

    KIPP: Mungkin perlu, dan mungkin juga tidak

  14. x perlu perpaduan.
    PRU 13, PR ambi| a|ih kerajan pusat.
    Dan UMNO dan BN yg dah tak re|evan (krn berkonsepkan bangsa – racist!!) akan |enyap buat se|ama-|amanya.
    – teori pakar po|itik.

    KIPP: Teori RAHMAN yang jelas setakat NAJIB aje… huhu

  15. Kita perlukan kerajaan perpaduan untuk menyatukan orang melayu. Kerajaan perpaduan yang dimaksudkan bukanlah tidak bersyarat. Perlu ada syarat. Syaratnya tentulah yang akan jadi PM nanti orang yg tidak dipersoalkan integritinya. Siapa agaknya orang tersebut? Masihkah ada orang seperti ini. Mereka yang dipersoal integritinya perlu berkorban melepaskan jawatan diseluruh peringkat tidak kiralah sama ada dari parti UMNO mahupun parti PAS atau PKR. Kalau ini dapat dilakukan barulah kita dapat sebuah kerajaan perpaduan yang amanah selaras dengan kedudukan manusia sebagai khalifah di bumi Malaysia ini, kerajaan yang bukan sahaja bersih tetapi dipandang bersih oleh semua rakyat berbilang kaum. Persoalannya …boleh ke ?

    KIPP: Bukan persoalan boleh atau tak boleh, tetapi senggup ke tidak?

  1. Pingback: Jikalau Malaysia Tiada Minyak? « 3K – Kaji, Kritik, Kantoi

  2. Pingback: Membasuh Komen Dari “Rkyat M’sia” « 3K – Kaji, Kritik, Kantoi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: