Sajak Kematian & Psikologi Kononnya

Aku bukanlah orang psikologi. Dan sudah pastilah aku tak masuk TV untuk ditemubual untuk berkongsi pendapat mengenai klip video Sajak Kematian yang TV3 heboh-hebohkah. Namun begitu, aku juga ada logik sendiri untuk memberi pendapat tentang klip video ini yang telahpun diarahkan oleh pihak Kementerian Pendidikan untuk dihentikan.

Kata orang psikologi, klip video Sajak Kematian ini akan membuat kanak-kanak menjadi tertekan dan takut. Tak semua kanak-kanak akan menerima mesej yang sama dalam Sajak Kematian. Mana yang ‘pick-up’ lebih mungkin faham, mana yang ‘pick-up’ kurang sikit mungkin akan mengalami masalah depresi dan lain-lain lagi.

Itu kata orang psikologi. Dan ini kata aku; bila bicara tentang kerohanian, maka kita komen dengan psikologi itu, psikolgi ini, tapi bila kita bicara tentang kemajuan dan kemodenan kita kata ini semua ‘halal’.

Kata aku lagi, bila bicara tentang kerohanian, kita kata ini akan menjadikan kanak-kanak takut, tapi bila TV tayang Susuk, Seekers, puaka itu, puaka ini, bunuh sana, bunuh sini, cium sana, cium sini, khalwat sana, khalwat sini, bom sana, bom sini, jom heboh sana, jom heboh sini tak ada pula yang nak komen. Mana ahli-ahli psikologi semua, dah kena sorok dengan hantu kopek ke?

Posted on November 11, 2008, in Bebas, Isu Semasa, Otak de Lutut, Satu Kajian. Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. Aku setuju sangat dengan kritikan pedas kamu….memang best..

    Syukran.. syukran…

  2. budak2 sekarang dah boleh terima semua tu. dulu masa kecik saya sekolah agama jadi dah tau apa maknanya azab siksaan Tuhan ni. boleh ditayangkan untuk pengajaran. mudah-mudahan budak2 ni ada keinsafan so bila jadi remaja kurang sikit masalah sosial.

    Harapannya begitu la dari tengok konsert memanjang. Lagi teruk.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: