Barack Obama: Ubah Dan Perubahan

Barack Obama.

Presiden US ke-44

Pertama kali dalam sejarah Amerika Syarikat apabila seorang warga kulit hitam menjadi Presidennya (ke-44).

Barack Obama (Parti Demokrat) berjaya menewaskan John McCain (Parti Republikan) menunjukkan rakyat mahukan perubahan.

Rakyat Amerika Syarikat sudah muak dengan peperangan walaupun mereka merupakan kuasa besar dunia. George W. Bush tidak sedar. Masih membawa dasar-dasar bapanya untuk memerangi militan (yang sebenarnya ingan memusnahkan Islam).

Sejak itu, Islam dicop dengan keganasan. Tapi kini “azab” sedang menimpa mereka apabila Amerika Syarikat kini berhadapan dengan kemerosotan ekonomi.

lebih kurang USD 700 billion bailout oleh kerajaan untuk menyelamatkan industri mereka . Meryll Lynch dan Lehman Brother jatuh muflis (sebahagian besar dibeli oleh Barclays dari Britain).

GE (General Electric) berusia 130 tahun dan merupakan sebuah syarikat yang kukuh juga mengalami kemerosotan. GE terpaksa meminta pertolongan Warrent Buffet untuk suntikan USD 3 billion bagi menanggung liabiliti yang dahulunya ialah aset yang menguntungkan, tetapi kini sudah tiada apa-apa.

Kini apa yang tinggal hanyalah “perubahan” untuk keselamatan. Janji Barack Obama untuk membawa pulang tentera US dari Iraq mesti dipenuhi. Banyak wang yang rugi. Tiada hasil dalam menjatuhkan Iraq. Minyak kering.

Yang penting kini ialah kesan kepada kita seluruh dunia. Persoalannya, adakah Barack Obama akan meneruskan agenda “menjajah” negara-negara Islam seperti Bush atau tidak?

atau,

Adakah kemenangannya akan memperbaiki hubungan mereka dengan negara Islam?

atau,

Apakah impak pada ekonomi kita akan datang?

p/s:
Harga minyak dah turun, tapi harga sayur di pasar makin naik… Shahrir Samad tolong jawab!

Posted on November 5, 2008, in Isu Semasa, Politik. Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. Sharir Samad tak boleh nak jawab…mungkin Pok Pa (Mustapha Mohamed) boleh beri jawapan…

    Oh ye ke.. huhuhu.. Tok Pa tolong jawab

  2. salam..

    saya ada analisis tentang hal ini tapi saya coretkan di laman web rastom. Analisis itu di bahagian komen. Komen saya komen di bawah nama admin. Klik di sini.

    http://romantis.wordpress.com/2008/11/05/kemenangan-obama-apa-kena-mengena-dengan-kita/

    Dah sama macam bush pulak!…. ish,ish,ish…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: