Sekupang Aje: Surat Terbuka Untuk Pak Lah

Kamarudin Zainal Bin Karim Ismail
No. 665, Jalan Guli Gasing
Taman Mainan Kanak-Kanak
Kuala Nerang
Kedah Darul Aman

25 September 2008

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Pejabat Pentadbiran Malaysia
Putrajaya

Assalamualaikum Datuk Seri,

PER: TAKKAN 10 SEN SAHAJA MINYAK TURUN

Sebelum cheq memulakan bicara, biaq cheq memperkenalkan diri cheq dahulu. Cheq ni anak jati Kedah. Berumoq genap 72 tahun kelmarin. Cheq ada anak lapan orang, semuanya lelaki dan semuanya sudah berumahtangga dan bekerjaya. Cheq adalah seorang pesara askaq. Orang kampung panggil cheq panggil cheq Che Din Soljar sebab cheq bekas askaq dan penyokong kuat UMNO.

Untuk pengetahuan Datuk Seri, cheq ni bukanlah pandai sangat dalam hal-hal ekonomi nih. Tapi cheq paham benaq la pasai duit. Bukan la cheq ni mata duitan, dan duit itu bukan segalanya, tetapi segalanya memerlukan duit. Kelmarin Datuk Seri umum minyak turun 1 kupang. Cheq ingatkan dapatlah hangpa kat kerajaan boleh turunkan minyak sampai 2 3 kupang ka tahun ni. Bukan apa, raya dah nak dekat. Habaq nak bagi hadiah kat rakyat, tapi lain la pulak.

Mana la cheq nak letak muka cheq kat anak-anak cheq masa depa balik kampung raya nanti ni. Cheq dok la bising-bising habaq kerajaan ni adil dan baik sebab kelapan-lapan anak cheq semuanya penyokong Pakatan Rakyat. Isteri cheq pun dah jadi muslimat PAS dah, tinggal cheq aja yang biru. Malu la cheq macam ni. Kelmarin masa pilihanraya umum, cheq sorang-sorang aja yang hayun bendera dacing, depa semua balik kampung mengundi PAS dan PKR. Cheq siap kutuk depa habaq “Tenung la bulan tu sampai mata lebam, Kedah ni tak jatuh ketangan hangpa la!“. Tapi depa balas balik, “Pak sokong dacing tu nanti kena kencing“. Marah tu memang marah la, tapi kalau nak ligan, depa semua dah besaq panjang.

Tapi memang la cheq rasa macam kena kencing dengan hangpa semua. Lebih 50 tahun cheq sokong hangpa, apa pun tak dak. Nak harapkan harga barang turun kalau minyak turun sekupang ni tak payah haraplah. Sejak Datuk Seri naikkan minyak 7 kupang lepas pilihanraya hari tu, cheq sah rasa cheq ni kena tipu dengan hagpa. Lepas tu turun sikit aja. Hangpa hantaq orang KEMAS bagi penerangan kat kami semua, depa habaq kerajaan kena tanggung subsidi banyak sebab nak bayaq pada SHELL, tapi cheq terpikir yang SHELL tu beli minyak kat Malaysia ni pun banyak juga. Jadinya bila beli harga mahal, untung pun besaq juga la, setakat nak bayaq subsidi sikit untuk kami takkan la kedekut.

Cheq ni bukan la penyokong Anwar, tapi bila Anwar habaq minyak boleh turun sampai 5 kupang, cheq rasa baik suruh dia aja yang jadi PM ganti Datuk Seri kan lagi baguih. Lagi pun hangpa semua setiap hari dok berkeloi nak dapat jawatan dalam UMNO. Mana hangpa ingat kami yang dibawah ni. Harapnya bila Anwar jadi PM, harga minyak turun samapai 5 kupang. Senang la kami nanti. Boleh pi jalan-jalan cuti-cuti Malaysia.

Oleh yang demikian, cheq harap Datuk Seri tak kecil hati dengan apa yang cheq habaqkan ni. Bukan apa, kita ni elok menyampaikan hal yang benaq . Betul tak?. Oleh itu cheq harap Datuk Seri pikir la apa yang cheq habaqkan ni. Cheq dahului dengan ucapan ribuan terima kasih dan Selamat Menyambut Idulfitri.

Sekian, yang benaq,

Kamarudin Zainal Bin Karim Ismail

*Surat ini adalah cetakan komputer, tidak memerlukan tandatangan.

Posted on September 25, 2008, in Isu Semasa, Lucunya, Otak de Lutut, Politik. Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. mana ko dapat surat nih kip ? hehehe..

    Ha!.. itu rahsia.. huhu

  2. hang pandai tulis cakap kedah. mentang-mentanglah ibu hang orang kepala batas jitra kedah. Tapi lucu juga surat ini. Kalau yang UMNO karat biru tu taknye faham hal seperti ini. Kesian pak kamaruddin soljar ni. Dalam politik dia kena tinggal oleh anak isteri. Saya kira banyak juga keluarga macam ini. Dalam rumah tangga mereka si UMNO sentiasa tension akibat suasana keliling angkara perbuatan pemimpin-pemimpin UMNO ? Bee End yang syok sendiri.
    Lupa pula Ayam-ayam UMNO sedang berbalah sesama sendiri. Aku patuk hang, hang patu aku. Sebab nak dapatkan sekam dunia.
    Harap bloggers PR buatlah pemerhatian dan buat setire tentang UMNO ni seperti Datuk Shahnon Ahmad buat cerita SHIT. Cuba kita baca SHIT semula kita akan dapati perkara yang disetirekan oleh sahnon tu telah berlaku. Kepala Shit dah keluar nak masuk dubur UMNO semula.

    Betul tu. Shahnon Ahmad dah nampak benda ni lama dulu. Patut kena ungkai balik semula novel SHIT tu… baru kita boleh nampak

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: